BAB 24

26 3 0
                                        

TIADA YANG LAIN SELAIN KAMU
Bolehkah andainya kau pinjamkan sedikit waktumu?

BAB 23

"Warda, kerja awak macam mana?"

  Warda yang saat itu baru hendak menyuap japchae yang dipesannya, terhenti. Dia mengangkat kening kepada Amrullah.

  "Apa maksud awak dengan macam mana?" Soalan dipulangkan semula oleh Warda kepada Amrullah.

  Amrullah kelihatan sedikit teragak-agak hendak bertanya. Pun begitu, dengan jelas Warda dapat menangkap keprihatinan yang terpantul daripada iris lelaki itu. "Maksud saya... saya ingat yang awak pernah cerita pada saya fasal apa yang awak expect untuk kerja awak. Masa belajar dulu, awak selalu kena oncall, extend jadual and it makes up a lot of your stress."

  Warda mengangguk-anggukkan kepala. Dia sepertinya sudah mula dapat menangkap perihal yang hendak Amrullah tanyakan kepadanya.

  "Sekarang ni, dah jadi houseman. Mesti the challenges were bigger than how it was before. Genuinely asking, awak okey ke?"

Warda meletakkan garfu dan sudunya di atas pinggan. Sepasang iris miliknya bertatapan lama dengan Amrullah. Suasana dihuni sepi buat sementara waktu sebelum Warda membuka mulut. "Awak betul-betul nak tahu?"

Amrullah mengangguk sebagai jawapan.

"Awak betul-betul peduli ke?"

Riak wajah Amrullah berubah saat dia mendengar perlian yang datangnya tanpa dia sangka itu. Sedaya upaya Amrullah cuba mengawal kerisauan agar tidak terpancar pada wajahnya. "Saya tak pernah berhenti risaukan awak sejak hari pertama kita bertunang, Warda."

Warda tersenyum sinis. "Well then, I will tell you."

Suasana sepi sejenak saat Warda mengambil nafas. "Sejak hari pertama awak masuk latihan, Amrullah. Ada satu perkara yang sentiasa berlegar dalam kepala saya, sampailah sekarang. Sampai saat saya sedang bercakap dengan awak ni iaitu... betul ke keputusan saya ni? Apa jaminan yang saya ada bahawa awak tak akan jadi macam apa yang saya bayangkan suatu hari nanti?"

Warda masih dengan senyumannya. Tawar. Langsung tidak manis seperti sebelum-sebelum ini.

"Saya tak pernah berhenti berfikir tentang adakah situasi akan berubah sekiranya kita masih lagi bergelar kawan sampai sekarang. Kalau kita bukan tunang, mungkin saya akan jadi antara orang yang paling support awak sekarang Amru tapi memikirkan yang awak bakal jadi seorang pegawai dan pegawai tu adalah bakal suami saya, banyak benda yang menumpuk dalam kepala saya."

Amrullah mengetap bibir sedikit. Pun begitu, tatapan matanya masih tidak lekang daripada terus dipasung sepasang iris milik Warda.

"Jujur, sepanjang beberapa bulan housemanship ni... I could never think of any moment in which I am at my lowest. Hampir setiap hari, saya rasa nak meraung, menjerit, menangis tapi saya tak tahu pada siapa. Sebelum ni, saya masih boleh simpan semuanya sendiri. Saya masih okey tapi—" Warda berhenti berbicara apabila suaranya mula bergetar.

Amrullah menunduk sesaat sebelum kembali menatap wajah tunangnya. Dapat dia lihat setitis air mata mulai menodai pipi gadis di hadapannya. Pun begitu, Warda masih tegar untuk bercerita.

"Bohong kalau saya kata... saya tak harapkan perubahan dalam hidup saya lepas saya dah ada tunang. Masa saya belajar, saya simpan semua jatuh bangun saya sendiri. Saya pernah berangan untuk share semuanya dengan seseorang yang boleh saya harapkan masa saya bekerja sebab saya tahu, the challenges is going to be even more than what I have faced that time." Warda berhenti sejenak. Dia mengambil nafas perit.

"Senior saya pernah cakap, find your support system and hang on with their support. Awak pun tahu saya tak boleh bergantung pada ibu saya. Jadi, saya mengharapkan awak, Amru. Saya pun macam perempuan lain juga yang mengharapkan tunang dia ada dengan dia dalam jatuh bangun dia tapi mana awak Amru?"

TIADA LAIN SELAIN KAMUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang