TIADA YANG LAIN SELAIN KAMU
Bolehkah andainya kau pinjamkan sedikit waktumu?
Warda hanya mampu tersenyum kelat saat pintu rumahnya terkuak luas. Dia membuka kasutnya seraya melangkah masuk ke dalam rumah yang serba gelap itu. Tangan pantas menekan suis sekali gus menghalau pergi kegelapan yang sejak siang tadi menghuni rumah sewanya.
Sebaik sahaja pintu ditutup, Warda terus melabuhkan duduk di atas sofa berdekatan. Mata dipejamkan lama. Cuba melayan serba sedikit kantuk yang menemaninya sepanjang perjalanan pulang daripada hospital dalam masa yang sama cuba menelan kesunyian yang berumah di dada.
Warda membuka mata. Pandangannya melilau ke segenap ruang.
Kosong. Sebagaimana ruang hatinya saat ini.
Fikirnya setelah berkahwin, boleh juga Warda merasa kehidupan seperti orang-orang yang beru bernikah tetapi tidak pernah Warda bayangkan bahawa kesunyian yang dia rasa dahulu, semakin menebal semenjak dia bergelar seorang isteri, sebulan yang lepas.
Senyuman pahit terkoyak di bibirnya. "Haih..."
Warda mengeluarkan telefon bimbit di dalam poketnya. Aplikasi berwarna hijau dengan lambang telefon putih, ditekan. Ruang mesej antara dirinya dengan kontak yang disimpan sebagai 'husband' dibuka. Mesej terakhir daripada lelaki itu adalah petang tadi pada jam dua setengah.
Meskipun tiada mesej baru selepas itu, ada satu tanda misscall berwarna merah daripada nombor yang sama. Warda hanya mampu mengeluh melihat tanda misscall berkenaan. Walaupun waktu panggilan daripada Amrullah itu masuk adalah jam rehat untuk jadual kerjanya, dia berada di dalam dewan bedah membantu doktor bedah yang bertugas.
Saat itu, Warda memilih untuk menggeleng kepada jururawat yang sudah bersedia untuk membantu menyambungkan talian dan melekapkannya di telinga Warda.
Bukannya Warda sengaja tidak mahu menjawab panggilan lelaki itu. Hanya saja Warda kira, kurang manis kalau mereka sekadar hendak berbual perihal remeh di dalam dewan bedah. Kalau ada panggilan kecemasan yang masuk sahaja barulah Warda angkat.
Sekarang, Warda hanya mampu menyorot jarinya untuk membaca semula teks-teks yang dikirimkan oleh Amrullah siang tadi.
'Assalamualaikum isteriku Puan Aminatul Warda, macam mana hari ni? Awak dah makan tengah hari?'
'Tadi abang call awak sekejap sementara ada line tapi awak decline. Ada dalam OT ye? Tak apa, abang faham aje. Jangan risau. Abang saje call ingatkan nak teman wife abang ni makan tengah hari.'
Warda tersenyum kecil membaca mesej-mesej daripada Amrullah itu. Entah mengapa, meskipun Amrullah membiasakan kata panggilan baharu untuk mereka berdua sejak lelaki itu berlepas ke latihan operasi, Warda langsung tidak kisah. Hakikatnya, dia berasa begitu dilindungi saat lelaki itu membahasakan dirinya sebagai 'abang.' Tampak kecil tetapi besar maknanya untuk Warda.
'Hari ni, abang tak ada apa-apa sangat. Cuma latihan aje nonstop tapi abang okey awak jangan risau. Abang dah trained dah. Penat tu apalah sangat nak dibandingkan dengan rindu abang ni dekat awak. Kan?'
Warda ketawa lagi. Terbayang wajah mengusik lelaki itu dengan nadanya seiring mata Warda membaca satu demi satu aksara yang disusun oleh lelaki itu.
'Nanti awak dah free, reply mesej abang. Kalau boleh voice sebab abang nak dengar suara awak. Okey?'
Sepasang pipi Warda terus memerah tanpa dipinta saat dia membaca permintaan Amrullah kepadanya. Walaupun boleh dikata banyak kali juga Amrullah meminta Warda untuk memberi update dengan voice message. Itu pun, Warda cuma beri kalau seharian mereka tidak sempat bervideocall langsung. Sekiranya tidak, memang hanya mesej sahajalah Warda kirimkan.
ANDA SEDANG MEMBACA
TIADA LAIN SELAIN KAMU
RomanceKalau jumpa, mesti gaduh. Kalau gaduh, mesti jumpa. Amrullah Akbar dan Aminatul Warda, sudah seperti berikrar untuk menjadi kawan gaduh sejak kecil. Mana tidaknya, masing-masing tidak pandai hendak menurunkan ego namun masing-masing sentiasa sahaja...
