BAB 34

40 6 0
                                        

TIADA YANG LAIN SELAIN KAMU
Bolehkah andainya kau pinjamkan sedikit waktumu?


Warda berkerut dahi membaca mesej suaminya yang dia terima selepas waktu Maghrib tadi.

'Warda anggaran balik what time? Masih ada procedure lagi ke malam ni?'

Warda terkebil-kebil. Rasanya dia sudah berikan seluruh butiran jadualnya hari ini kepada Amrullah waktu lelaki itu bertanya pada jam lima petang tadi. Takkanlah Amrullah lupa kot?

'Warda tak oncall hari ni, abang. Around pukul sembilan macam tu Warda boleh clock out dah."

'Alright, faham. Okey nanti dah nak balik beritahu abang tau.'

'Kenapa, abang?' laju Warda membalas semula sementara Amrullah masih berada di dalam talian.

'Tak ada, saje abang nak tahu update isteri abang ni. Kita buat style macam budak-budak universiti bercinta kejap, saling update mengupdate macam gitu. Alright abang nak solat Isyak kejap ni. Love you.'

Warda hanya tersenyum kecil. Dia tidak membalas. Hanya sebuah sticker berbentuk hati dikirimkan sebagai balasan. Dia tertawa kecil seraya menyimpan telefonnya ke dalam poket. Mata kembali fokus kepada dokumen-dokumen yang sudah ditulis tangan olehnya sebagai laporan bagi procedure terakhir di dalam jadualnya hari ini.

Mata yang sedikit sakit mengenangkan prosedur demi prosedur yang sudah dilaluinya hari ini, diabaikan. Tangan mengerling pada jam di tangan. Lagi lima belas minit pukul 8.30. Insya-Allah jam 9 dia sudah boleh balik.

Sebaik sahaja tugasnya habis sewaktu jam sudah menginjak pukul sembilan setengah, Warda meregangkan lehernya. Dia bangkit dan menyusun fail-fail berkenaan di work station agar mudah untuk diakses oleh pegawai-pegawai kesihatan yang akan oncall malam ini dan mana-mana pegawai yang perlu menyemak rekod berkenaan nanti.

Warda laju sahaja angkat kaki menuju ke bilik menukar pakaian. Sempat tangannya menyampaikan mesej kepada suaminya bahawa dia sudah benar-benar hendak pulang. Sempat Warda memberikan satu selfie wajah 'busuk' selepas kerjanya kepada si suami.

Setelah itu, laju-laju Warda menukar pakaian dan keluar daripada dewan bedah. Bukan apa, takut karang-karang kena 'tahan' dan extend waktu kerja pula. Sudahlah jadualnya sepatutnya tamat pukul lima tadi tapi prosedur terakhirnya habis jam lapan malam tadi. Manakan tidak, banyak pula emergency Caesarean section yang terpaksa dia cover hari ini.

Nasiblah dah staf tidak cukup. Hendak buat macam mana lagi? Hadap sahajalah dengan hati yang ikhlas meskipun sedikit syahdu.

Keluar sahaja daripada dewan bedah, anak mata Warda terpasung pada satu arah. Langsung langkah kakinya
terhenti. Terkebil-kebil dia menganalisa susuk dari atas ke bawah. Sebaik sahaja matanya dipasung oleh sepasang iris milik figura itu, rahang Warda jatuh.

Lelaki tinggi lampai itu langsung membuka langkah menghampirinya. Tautan mata mereka langsung tidak terlepas. Senyuman manis jejaka berkenaan, bagaikan mematikan segala saraf yang ada dalam badan Warda sehingga dia terpaku tidak berkutik.

Dalam masa tidak sampai satu minit, kini mereka berdua hanya dipisahkan dengan jarak setengah kaki sahaja.

"Nak balik dah, Dr Warda?" sapa lelaki itu.

"Abang... how come?"

"Surprise?" soal Amru sekali lagi. Kedua belah tangannya didepakan menanti si isteri masuk ke dalam dakapannya yang sudah lama mendambakan kehangatan suri hatinya itu.

Warda mengigit bibir sejenak. Dia menggeleng setelah itu. "Dekat public, abang. Tak sopan."
Amrullah tertawa kecil mendengar usikan si isteri. Sebelah tangannya naik menggaru belakang leher. "Okey sorry-sorry."

TIADA LAIN SELAIN KAMUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang