BAB 1

294 12 0
                                    



"cepatlahhh Iris cepatt! Palli palli!" Rania menjerit kecil sambil berlari menuruni anak tangga di stesen subway. Subway di bumi Korea ni sangat terkenal dengan ketepatan masanya. Tidak terlambat seminit bahkan tidak jugak tercepat. Tepat pada waktu.

Iris dah makin panjang langkah. Hampir semput mengejar langkah Rania. Thia si pemandu pelancong lagi jauh ke depan. Yelah nama pon pemandu pelancong mestilah kat depan takkan kat belakang kan.

Thia sudah berdiri di tepi pintu subway, sementara Rania dan Iris terus berdesup masuk ke dalam subway sambil diikuti Thia. Tak sampai 5 saat mereka masuk, pintu subway tertutup rapat dan mula bergerak meninggalkan stesyen. Pheww nasib sempat. Kalau terlepas dah satu hal kena tunggu tren seterusnya.

Rania menghela nafas sambil bersandar di dinding. Semua kerusi berpenghuni, terpaksalah mereka bertiga berdiri. Tapi tak apa, mereka masih mampu berdiri. Hari ni mereka akan ke Namdaemun Market.

"Nandaemun Market ni ada lebih 5000 kedai tau. Ada jual macam macam. Jangan korang terbeliak mata sudah." Thia sudah mula bercerita. Thia student Malaysia yang belajar di Korea. Nak cari duit poket lebih, dia buat part time jadi tourist guide. Pulak tu Thia pandai berbahasa Korea, lagi senang jadinya. Selalu bab tawar menawar memang serah pada Thia. Nak harapkan Rania dengan Iris memang macam ayam dan itik.

"Tak sabarnya!!" Iris sudah mula teruja.
"Aku pon!" Rania ikut tidak sabar.
Thia hanya ketawa. Dah biasa tengok keterujaan pelancong pelancong bila sebut pasal tempat shopping. Mahu beribu ribu won terbang melayang.

"Eh comelnyaaa!" Rania melangkah menuju ke arah seorang wanita yang sedang memangku bayi yang sangat comel dan montel. Bayi itu dipakaikan baju tebal bercorak beruang. Cute.

Thia dan Iris ikut menghampiri. Thia menegur wanita itu. Bestnya boleh berbahasa Korea. Senang nak berbual.

"Cubalah pegang baby tu." Thia bersuara.
"Ehh takpe ke? Nanti mak dia cakap apa pulak tiba tiba nak pegang anak dia." Rania takut takut. Iris sudah sedia dengan kameranya. Mesti nak abadikan wajah si comel.

"Takpe. Thia dah mintak izin. Nak pegang boleh. Nak bergambar pon mak dia izinkan" klik. Iris laju mengabadikan gambar kenangan.

Rania segera mengambil bayi tu dari dakapan ibunya. Berulang ulang kali Rania berterima kasih dalam Bahasa Korea. Excited.

Bayi itu, Song Mi Yeong. Langsung tidak menangis bila dipegang sebaliknya asyik ketawa bila diagah.

"Ambik gambar aku weyy." Pinta Rania.

Thia memegang belakang Rania bila tren menghampiri stesen. Takut Rania terjatuh bila tren berhenti.

Saat pintu terbuka, masuk hampir sepuluh orang lelaki dan perempuan. Iris menarik Rania menghampiri dinding subway. Rania masih asyik mengagah Mi Yeong.

"Omoo. So cutee!! Who's daughter is this?" Soalan itu tiba tiba menerjah pendengaran Rania. Dikuti tangan seseorang mencuit pipi merah gebu Mi Yeong.

Rania angkat kepala. Thia juga. Iris yang sibuk dengan kamera pon ikut berpaling.

Ehh. Jantung Rania hampir gugur. Lutut dia terasa lemah. Nak je dia suruh Iris dan Thia tampar pipi dia kuat kuat, mana tau dia sedang bermimpi.

Nahh. Di depan matanya figura lelaki sempurna yang selalu hadir lewat mimpi mimpi Rania. Selalu muncul dalam khayalan dan anganan Rania.

Elok di depan mata Rania.

Ayden.
Kim Ayden!!

Putera Impian Milik CinderellaWhere stories live. Discover now