BAB 30

90 3 0
                                    

Selesai makan tengahari, Rania masih gagal merapati Ayden. Dah berapa kali dia cuma menghampiri tapi Ayden pantas menjauh. Peliknya, dengan ahli keluarga yang lain elok saja Ayden berbual. Siap bergurau senda ketawa berdekah dekah.

Leher Rania dipanjangkan ke arah jalan di hadapan rumahnya. Sedari tadi dia duduk di pangkin itu menanti kepulangan Ayden namun bayang lelaki itu masih belum kelihatan.

Tadi Ayden beria ia mahu menghantar Encik Daniel Shahraan ke surau menaiki motorsikal milik ayahnya itu. Ayden kelihatan teruja. Walaupun berkali kali dia cuba start tapi tak berjaya. Zenia dan Tania sudah bantai gelak. Ayahnya jugak ikut ketawa sebelum mengajar Ayden menggunakan starter sahaja.

Rania sudah menjengah jengah ke arah jalan. Hatinya bagai ditampar kerisauan. Azan Zohor telah lama berkumandang. Ayden sepatutnya sudah pulang. Dia hanya perlu meninggalkan Encik Daniel Shahraan di surau kemudian pulang. Encik Daniel Shahraan akan pulang selepas Asar kerana ada aktiviti di surau. Mana pergi Ayden? Sesat ke? Tak jumpa jalan pulang ke? Kemalangan ke?

Tak boleh jadi. Rania sudah tidak mampu bersabar dan menunggu. Ayden perlu dicari. Dia melangkah segera ke arah rumah mahu mengambil kunci kereta. Sebaik Rania berada di muka pintu, bunyi motorsikal milik ayahnya kedengaran makin hampir. Rania laju berpaling. Wajah yang dinanti muncul di hadapan mata. Ayden menjeling ke arah Rania. Hishhh. Orang separuh nyawa risaukan dia, dia main jeling jeling kita pulak!

“Where have you been?” Tanpa membuang masa, Rania menyoal. Ayden masih kekal dalam mood drama bisu. “Are you lost?” Rania seperti bercakap dengan pokok. Cakap dengan pokok ada juga respon agaknya.

Rania memerhatikan Ayden yang yang melangkah menuju ke pangkin yang baru ditinggalkan Rania tadi. Matanya dikecilkan sedikit. Ada sesuatu yang pincang pada langkah Ayden. Ada yang tak kena pada mata Rania. Laju Rania menyaingi langkah Ayden. Lengan Ayden disambar. “What happened to your leg?” soal Rania gelojoh.

Ayden rentap lengannya dari pegangan Rania. Punggungnya dilabuhkan di pangkin. Soalan Rania terbiar sepi. “I'm asking you, what happened?” Ayden masih kekal bisu. Rania sudah sedikit berang. Handphone di tangan Ayden dirampas. Pantas kedua tangan Ayden dibelek. Ayden mendengus kurang senang tapi langsung tidak dipedulikan Rania.

Rania terkejut besar melihat tapak tangan Ayden melecet. Siku kirinya luka. Rania periksa pula kaki Ayden. Lutut dan buku lali kirinya turut luka. Seluar yang dipakainya turut koyak di bahagian lutut. “Did you fall down?!” Rania kerisauan. Mau tak risau. Elok elok anak orang ni datang, belum sehari dah habis luka luka dan calar balar.

“Hurm.” Ayden mengiakan dengan nada malas. Kalau tak dijawab takut nanti sampai ke malam Rania terus menyoal.

Mata bulat Rania merenung Ayden yang asyik pamer muka kayu. Dah sakit macam ni pon masih nak tayang muka toya. Ikutkan hati nak je Rania cekik cekik leher Ayden tapi sayang pula. Pastu mata Ayden asyik sangat merenung bunga bunga yang ditanam Puan Zulaikha. Apa Rania tak cukup cantik ke nak dipandang?

“I told you to be careful didn't I?” Lembut Rania bertanya. Dia tau amarah Ayden tak boleh dilawan. Kalau Ayden sudah jadi api, Rania perlu jadi air. Walau hakikatnya Rania hampir saja bertukar jadi api. Rania tidaklah se'air' mana. “You wait here, I'll get the first aid kit.”

“You don't have to.” Mendatar suara Ayden sekali lagi menoreh hati Rania. Ayden hela nafas berat. Bukan senang mahu berpura pura tidak peduli sedangkan gadis itu pemilik hatinya. Dia bukanlah marah sangat dia cuma kecewa teramat bila lamarannya ditolak mentah mentah. Kalau Rania tidak cintakannya tak apa, ini terang terang terlihat gadis itu turut menyimpan perasaan yang sama.

“Just stay here. I'll get the medication.” Suara Rania sedikit tegas sebelum menghilang ke dalam rumah.

Rania muncul kembali dengan kotak pertolongan cemas di tangan. Dia duduk di sebelah Ayden. Tangan Ayden ditarik ke ribanya. Ayden menepis. “I can do it by myself.”

Putera Impian Milik CinderellaWhere stories live. Discover now