Rania bergolek ke kiri dan kanan. Matanya sudah sembab dek kerana menangis tanpa henti namun dia masih belum berjaya untuk tidur. Dia mahu tidur segera. Dia mahu lupakan semuanya. Dia harap bila dia bangun nanti nama Ayden sudah terpadam dari kotak memorinya.
Ahh. Mana mungkin sesenang itu nak lupakan lelaki sebaik Ayden. Rania menanggung beban kekesalan yang bukan sedikit. Menyesal dengan perbuatannya sendiri yang sudah pasti mengguris hati Ayden. Hingga lelaki yang suka ketawa itu boleh berlalu pergi dengan muka yang ketat.
Kenapa kau bodoh sangat Rania? Terlepas Ayden. Kalau dia tak cintakan Ayden tak apa. Ini dia memang separuh nyawa sayangkan Ayden. Pertemuan singkat bukan penghalang dia untuk jatuh cinta pada Ayden. Tidak susah untuk mencintai lelaki seperti Ayden.
Tak boleh jadi. Rania bingkas bangun. Jam sudah melewati detik tengah malam. Kalau berterusan melayan perasaan macam ni makin kronik jadinya nanti. Rania segera menukar pakaian. Jeans navy blue dan blouse putih disarung. Sweater dipakai laju. Instant shawl dibelit sebelum tangannya mencapai handbag dan kunci kereta.
Malas mahu mengganggu tidur Iris, Rania cuma menitip pesan lewat WhatsApp tentang pemergiannya. Dia juga meminta Iris memanggil part time tutor untuk menggantikan tugasnya buat sementara waktu. Setelah memastikan pagar dikunci, kereta Rania meluncur laju menuju negeri kelahirannya, Kayangan. Harap harap reda sedikit gundah di hati.
Hampir enam jam perjalanan tanpa henti, Rania tiba di Perlis. Kereta diparkir di halaman. Jam sudah melepasi waktu subuh. Motorsikal milik ayahnya tidak kelihatan di mana mana. Pasti Encik Daniel Shahraan dan Puan Zulaikha sudah ke surau untuk solat subuh dan kuliyah pagi.
Pintu utama Rania buka dengan kunci miliknya. Bilik milik Zenia dan Tania gelap sahaja. Pasti keduanya sambung tidur lepas solat subuh. Rania campak handbag sebelum berlalu ke bilik air. Solat subuh segera dikerjakan sebelum dia merangkak naik ke katil dan berbaring. Matanya semakin layu. Tubuhnya juga lesu dek kerana perjalanan jauh.
'Ayden, neo eodiya (where are you)?' Handphone di tangan dibelek. Tiada sebarang mesej atau panggilan dari Ayden. Ayden betul betul dah lupakan dia ke? Padan muka kau, Rania. Padan muka! Kau yang pilih untuk hilang Ayden, now bare the pain. Semoga kau tak meroyan andai satu hari nanti kau nampak Ayden dengan orang lain. Rania akhirnya terlena dengan kekesalan yang masih membelenggu.
Lena Rania terganggu dengan bunyi riuh rendah dari dapur. Pastinya Zenia dan Tania ada di rumah. Itu yang riuh rendah jadinya. Rania mengeliat membuang lenguh. Hidungnya menangkap bau haruman masakan Puan Zulaikha. Serentak itu perutnya berkeriut minta diisi.
Handphone dicapai. Jam sudah menghampiri waktu makan tengahari patutlah lapar teruk. Kali terakhir dia makan, malam tadi dengan Ayden. Ayden lagi. Sama macam subuh tadi, langsung tak ada sebarang mesej dan panggilan dari Ayden. Entah apa Ayden ni. Tak reti nak pujuk ke? Rania merungut.
Rania segera mencuci muka dan menggosok gigi. Apa apa pon perutnya perlu diisi dulu. Rania kalau lapar boleh bertukar jadi Shrek. Hahhh baru mak kau hijau! Dia kemudian melangkah menuju ke dapur.
"Makkkkk. Rindunya!! Kenapa tak kejut kakak sarapan? Kakak lapar sangat ni." Rania sudah merengek rengek. Tubuh Puan Zulaikha yang sedang mengacau asam pedas dipeluk erat dari belakang.
Puan Zulaikha ketawa kecil. Faham sangat dengan perangai manja Rania yang melebihi Zenia dan Tania. "Kalau rindu kenapa tak balik?" Tanganya mengusap lembut tangan Rania yang masih erat memeluknya.
"Mana boleh asyik cuti je, mak. Kang bankrap la pusat bahasa kakak tu." Puan Zulaikha hanya ketawa kecil. Bukan dia tak tahu pusat bahasa itu ibarat nyawa Rania.
"Dah dahh. Tu bawah tudung saji ada nasi goreng lebih sarapan tadi. Sambal sotong pon ada. Tadi mak dengan Zenia dah cuba kejut kakak nak ajak sarapan sama sama tapi kakak tidur mati. Sikit pon tak bergerak." Puan Zulaikha menutup api. Asam pedasnya sudah siap. Sekarang tinggal goremg sayur, buat air asam dan tunggu ikan bakar siap lepas tu bolehlah mereka makan tengahari.
"Kakak penat sangat la, mak. Langsung tak sedar. Nanti aje la kita makan sama sama. Ayah mana?" Dari tadi kelibat Encik Daniel Shahraan dan adik adiknya tidak kelihatan. Hanya suara mereka yang dia dengar.
"Tu kat luar tengah bakar ikan." Puan Zulaikha memuncungkan mulut ke arah pintu dapur. Segera Rania menuju ke pintu.
Terlihat di matanya Encik Daniel Shahraan, Zenia, Tania dan Ayden sedang ralit membakar ikan sambil bersembang dan bergelak sakan.
Ehh chopp. Kenapa macam terlebih ahli keluarganya? Ayden!! Macam mana lelaki itu boleh tiba tiba muncul kat sini? Mana dia tau rumah Rania?
"What are you doing heree?" kalut Rania menyoal. Pelik dan terkejut sebenarnya. Sah di depannya memang Ayden, bukan hantu!
"Kakak!" Encik Daniel Shahraan memanggil anak sulungnya itu sambil memberi isyarat ke arah kepala.
Rania yang baru teringat dia tak bertudung segera menarik sehelai selendang dari ampaian tidak jauh dari tempat dia berdiri. Selendang segera dibelit. Biarlah senget benget macam joyah sekali pon, dia tak peduli. Yang dia peduli, kenapa Ayden boleh ada dekat sini.
"Ayden, what are you doing here?" Rania ulang semula soalan bila Ayden langsung tak menunjukkan tanda mahu menjawap. Ayden masih lagi tayang muka I-don't-want-to-talk-with-you sambil tangannya acah acah sibuk membalik balikkan ikan. Muka Rania pon dia tak pandang.
"Kakak ni kenapa? Abang Ayden tengah bakar ikan la takkan tengah main buaian." Tania sengaja mengusik kakaknya. Pecah ketawa semua yang di ada situ kecuali Rania dan Ayden.
"Babyyyy!!" Rania bengang dengan Tania yang seakan akan mempermainkannya.
"Ayden, are you sure you want to take this lazy-hard-to-manage-keep-on-screaming girl as your wife?" Encik Daniel Shahraan menyoal tiba tiba. Zenia dan Tania sudah mengekek.
"Ayahhh!!" Rania menjerit lagi. Kakinya dihentak hentak. Terasa dirinya dibuli.
"What to do, ayah. What did you say just now Zenia?" Akhirnya Rania dapat dengar suara Ayden. Ohhh dah pandai panggil ayah. Fine Ayden finee.
"Cinta mati?"
"Yeahh cinta mati, ayah." Semua ketawa kecuali Rania. Kelakar la sangat.
"Maybe Ayden should reconsider?" Encik Daniel Shahraan masih belum puas mengusik Rania. Anak gadisnya itu sudah masam mencuka. Lagi la dia seronok mengusik.
"Maybe I should, ayah." Ayden ikut serta dalam permainan Encik Daniel Shahraan. Rania sudah hampir pengsan diusik berterusan macam tu. Habis semua komplot dengan Ayden. Siapa nak back up dia?
"Maybe Abang should take me instead?" Tania menawarkan diri. 'Amboii baby. Depan depan kau cuba sailang boyfriend kakak kau?' 'Boyfriend apa kau sendiri yang tolak dia Rania.' 'Fineee aku menyesal!'
"Yess. Maybe I should take you instead. You're much sweeter than you-know-who." Ayden mengenyit mata ke arah Tania. Terjerit kecil Tania. Encik Daniel Shahraan dan Zenia sudah ketawa besar. Akhirnya mereka jumpa satu lagi geng untuk membuli Cahaya Rania.
"Kim Aydennnn!!" Rania sudah separuh gila.
YOU ARE READING
Putera Impian Milik Cinderella
Romance"Because this place is not save anymore." "Hah? Why??" Rania menggelabah. Cerita cinta tiba tiba jadi cerita seram ke? Kenapa tak selamat? Ada hantu? Macam macam persoalan muncul di fikiran Rania. Ayden merapati Rania. "They're coming." Ayden berbis...