BAB 37

61 0 0
                                    

“Zura aku balik dulu. Kau tu kenapa tak balik lagi dah pukul berapa dah ni." Rania melambai ke arah Zura. Zura bertugas sebagai kerani di Pusat Bahasa milik Rania dan Iris.

"Aku nak settlekan kerja sikit ni. Kejap lagi aku balik. Ehh kejap, ada barang untuk kau!" Zura terkedek kedek bangun dari kerusi melangkah ke arah rak putih di belakangnya. Dengan keadaan berbadan dua dan usia kandungan sudah mencecah enam bulan, Zura sudah sedikit terbatas pergerakannya.

“Apa ni?” Rania menyoal dengan muka pelik. Memang dia ada tunggu beberapa barang yang dibeli online tapi bungkusan empat segi itu nampak lain. Tak ada nama atau alamat. Tak ada nama syarikat penghantaran pon. “Entahlah, Rania. Tadi ada perempuan datang suruh bagi pada kau. Peminat kott. Maklumlah kau sekarang dah retis.”

“Ehh kau ni Zura. Retis celah mana?” Zura suka benar mengusik Rania. Dapat anak muka macam Rania baru dia tau. Ehh okey apa muka macam Rania. Comel! “Celah Ayden!” “Oii!” Pecah tawa mereka berdua. Malas berfikir panjang, Rania kelek kotak segi empat yang tak seberat mana itu sambil berbalas lambaian dengan Zura.

Langkah Rania diatur laju menuju ke arah keretanya yang diparkir agak jauh. Pagi tadi parking berdekatan semua penuh terpaksalah dia parking jauh sikit. Tiba-tiba bulu roma Rania terasa meremang. Suasana terasa sunyi lain macam walaupun jam baru melewati 7.10 malam. Selalu kawasan situ riuh rendah. Langit jingga sudah semakin gelap. Lampu jalan juga sudah menyala menyambut datangnya malam.

Rania rasa macam ada yang sedang memerhatikannya. Dia mematikan langkah. Matanya meliar meninjau ke belakang. Namun matanya tidak dapat menangkap sebarang figura atau pergerakan. Rania kembali meneruskan langkah. Kali ini lebih laju. Alarm kereta ditekan sebelum dia segera meloloskan diri ke dalam kereta. Setelah memastikan pintu dikunci, Rania sekali lagi mencari-cari. ‘Ahhh mungkin perasaan aku je!’ Rania menghidupkan enjin. Perlahan-lahan kereta Rania bergerak meninggalkan ruang parkir.

Tanpa Rania sedar, ada sepasang mata sedang memerhatikannya di sebalik cermin kereta bertinted hitam. Tanpa Rania sedar juga, kereta itu mengundur keluar dari parking dan mengekor kereta Rania dari belakang.

Tiba di rumah Rania segera menutup grill dan menguncinya. “Kau dah kenapa?” “Arghhhhh!!” Rania menjerit kuat. Terkejut bila disergah tiba-tiba. “Wey kau kenapa?” Iris pulak ikut cuak. Dah kena sampuk ke apa si Rania maghrib maghrib ni?

“Aku rasa macam ada orang tengah perhatikan aku.” Rania tarik tirai menutup sliding door. “Hahh biar betul kau ni? Siapa perhatikan kau? Kau nampak ke orangnya?” Meluru Iris menyoal. “Entahlah. Bila aku toleh aku tak nampak siapa-siapa pun. Tapi aku macam dapat rasa.”

“Perasaan kau je kot wey. Dah jangan fikir sangatlah.” Iris menenangkan Rania walaupun hatinya juga tidak tenteram. “Hurmm mungkin kot.” Rania malas nak ikutkan perasaan. Mungkin betul cakap Iris.

“Dah dahhh pergi mandi. Kau dah solat ke belum ni?” Iris menegur setelah melihat Rania hanyut dalam khayalan. “Alamak belummm!” Rania terkocoh-kocoh bangun menuju ke bilik. Sibuk fikirkan hal duniawi sampai lupa nak menyahut seruan Penciptanya.

“Hahhhh elok sangatlah! Dah hujung-hujung waktu ni tak solat lagi. Entah-entah malaikat maut kot yang ikut kau. Tengah tunggu nak cabut nyawa orang yang melewatkan solat.”

“DIAMMMM!!” Rania melaung dari bilik. Hishh Iris ni. Kalau menyindir memang makan dalam betul. Orang nak solat la nihh. Iris memang pantang betul kalau Rania sengaja melambatkan solat. Pernah sekali Iris cabut cable laptop dia sebab dah azan dia masih fokus tengok Kdrama.

“Apa diam-diam? Kau ingat kalau malaikat maut datang kau boleh cakap dengan dia, ‘ehh jap la jap saya nak solat la ni japp laa’.” Iris membalas laungan Rania dari ruang tamu.

Putera Impian Milik CinderellaWhere stories live. Discover now