"But she's a Muslim." Mrs Choi terus ke alasan utama. Itu yang paling dia risaukan. Mereka berbeza agama. Dia selalu baca banyak benda tak elok tentang Islam. Dia naik risau. Risau itu menghalang dia dari terus menerima gadis pilihan Ayden.
"What is wrong of being a Muslim?" Ayden sedar Rania seorang yang menganuti agama Islam tapi dia tak nampak apa apa masalah tentang itu.
"You're not being fair, yeobo. Her religion is not the point. It doesn't matter." Mr Kim juga tidak berapa berkenan dengan alasan yang digunakan Mrs Choi.
"It matters! It does matter. Because Muslim can only marry a Muslim. To marry her, Ayden need to change his religion. He have to leave our religion." Meluncur ayat itu dari bibir Mrs Choi. Apa yang tersimpan di hati semua diluahkan. Segala ketidakpuasan diluahkan.
"What's wrong if I change my religion? I'm still Kim Ayden, your son." Ayden masih berlembut walaupun suasana sudah sedikit tegang.
"Ayden!!" Terjerit kecil Mrs Choi mendengar jawapan anaknya yang tidak kisah bertukar agama. Ini soal tukar agama, bukan tukar baju!
"Yeobo, it doesn't matter what religion he is, Ayden will still be your son." Berbeza dengan Mrs Choi, Mr Kim lebih terbuka menerima. Baginya, pucuk pangkal adalah hati. Bukan tak ada penganut Kristian yang teruk perangainya.
"But Islam is a bad religion! It teach bad things. It teach its believers to do violence. To kill people, to protest, to start all the wars. To do all the bad things and hiding behind the name of religion." Mrs Choi mula berhujah.
"Stop the nonsense, yeobo! You're being ridiculous." Mr Kim menegaskan. Kurang gemar bila isterinya menyalahkan agama bagi tindakan salah segelintir pihak. Dia juga memiliki sahabat sahabat beragama Islam. Semuanya sangat baik dan tidak pernah memberi sebarang masalah. Malah tidak berkira menghulurkan tangan sekiranya dia memerlukan bantuan.
"I'm not talking nonsense!"
"Eomma.. Appa.. stop it! Stop the argument, please. I'm begging." Ayden jadi gelisah bila ibubapanya mula bertelingkah pendapat. Mr Kim dan Mrs Choi terlalu jarang bergaduh. Gaduh gaduh manja tu ada la. Jadi bila melihat wajah tegang keduanya, Ayden jadi kekok. Tak tahu mahu sebelahkan siapa. Lebih lebih lagi bila semuanya berpunca dari dia.
Mr Kim dan Mrs Choi terdiam sebentar. Kesian pula mendengar suara Ayden merayu. Bukan salah anak itu jatuh cinta. Cinta bukan boleh dipilih pilih.
"Eomma.." Ayden memanggil ibunya lembut. Dia kemudian menyambung, "No religions are teaching bad things. Every religion want its practitioners to be good and do good things. There only bad people but there's no bad religion. It's only certain people who do bad things and try to hide themselves behind religion. It wasn't only Muslim but there bad people in other religion too. There are Christian who do crime too. Despite the religion, we're all the same. Human."
Ayden jeling ke arah Mr Kim, bapanya hanya tersenyum sambil memberi insyarat menyuruh Ayden terus menegakkan pendapatnya. Memang selama ini pun hanya Ayden yang mampu mematah dan menyangkal hujah Mrs Choi.
Mrs Choi menimbal balik apa yang dihujahkan Ayden. Anaknya itu menggunakan suara yang paling lembut. Ternyata sedikit sebanyak terkesan juga di hati Mrs Choi. 'There's no bad religion, there's only bad people.' Ahhh. Ayden memang bijak mengawal fikiran orang. Hati Mrs Choi mula terikut bersetuju dengan apa yang dikatakan Ayden. Bukan tidak ada orang seagama dengannya yang berkelakuan serong.
Cuma dia risau andai Ayden dilukai. Dia juga takut andai Ayden dirampas darinya. Anaknya cuma dua. Itu sahaja yang dia ada. Sekarang pun mereka sudah jarang bertemu entah bagaimana pula bila Ayden sudah berkahwin dan berbeza agama dengannya. Mungkin mereka akan terpisah terus. Makin gusar hatinya.
YOU ARE READING
Putera Impian Milik Cinderella
Romance"Because this place is not save anymore." "Hah? Why??" Rania menggelabah. Cerita cinta tiba tiba jadi cerita seram ke? Kenapa tak selamat? Ada hantu? Macam macam persoalan muncul di fikiran Rania. Ayden merapati Rania. "They're coming." Ayden berbis...