BAB 2

245 10 0
                                    

Alam yang terasa seolah sunyi sepi tadi kembali hingar. Ya. Memang pasti lelaki di depan Rania itu
Kim Ayden. Penyanyi terkenal di seluruh Korea bahkan turut terkenal di Asia. Tiket konsertnya sentiasa sold out dalam tempoh yang sangat cepat.

Kim Ayden penyanyi kegemaran Rania. Yang Rania gilakan separuh nyawa. Kalau check phone Rania seluruh playlist dari atas sampai ke bawah lagu Kim Ayden semata. Cuma dua, tiga lagu penyanyi lain je terselit. Wallpaper home screen, lock screen semua gambar Ayden.

Pantang ada majalah atau surat khabar dengan muka Ayden, semua Rania beli. Semua cerita tentang Ayden, Rania tau.

Cuma Rania belum berkesempatan nak pergi Konsert Asia Tour Ayden. Nak pergi macam mana kalau harga tiket mencecah ribuan ringgit. Paling murah pon hampir seribu ringgit. Itu pon seat paling jauh dari pentas, macam langit dan bumi.

Sebab tu bila jumpa Ayden tanpa diduga macam ni, Rania terus hilang kata. Putera impian depan mata!

Rania pandang Ayden. Memang Ayden yang sedang tersenyum dan begitu asyik mencuit pipi Mi Yeong dengan jarak tak sampai satu langkah di depan Rania.

Rania jeling keliling. Keadaan sudah sedikit hingar. Thia dan Iris ikut terkaku. Mak Mi Yeong sudah keluarkan handphone. Mesti nak abadikan kenangan Mi Yeong dicuit Kim Ayden! Sekumpulan remaja memakai uniform sekolah sudah menghampiri. Dua orang wanita muda juga semakin mendekat. Semakin ramai mula menyedari kehadiran Kim Ayden. Lelaki lelaki berbadan besar, pengawal barangkali cuba mengawal keadaan.

Beberapa lelaki berbaju hitam pula memegang camera. Ohh. Itu. Pengacara popular. Ha Ming Hee. Okey sekarang Rania faham. Tentu Kim Ayden sedang dalam penggambaran program realiti, If I'm Not Born Popular.

If I'm Not Born Popular adalah sebuah program tentang artis popular Korea cuba menjalani kehidupan seperti orang biasa selama 3 hari 2 malam. Naik subway, berniaga di pasar, menangkap ikan di laut, bercucuk tanam dan macam macam lagi.

Banyak kali Rania terbaca pihak itu sudah berkali kali cuba untuk mendapatkan Kim Ayden untuk program If I'm Not Born Popular tapi belum berjaya. Bukan senang nak menyelit di jadual Ayden yang sentiasa padat. Maknanya kali ni mereka berjaya!

''Can I hold this cute little baby?'' soal Ayden.
"No, you can't." Ehh. Mana datang keberanian Rania? Rania sengaja pulak mengusik si Ayden. Badannya dipusing sedikit menjauh dari Ayden. Beberapa orang yang menyaksikan situasi itu sudah ketawa kecil.

Ayden terus mendekat dan Rania terus menjarak. "Ohhh please. I want to hold her. Please!" Ayden terus menagih dengan tangan dihulur dan mata dikelipkan. Hampir hampir Rania rebah melihat wajah manja Ayden!

"You can hold her if and only if you want to take picture with me." Rania mengenyit mata sebelah. Gatal punya Rania. Dia ingat dia berdua dengan Ayden ke dalam tren ni?

"Why not? Come. Let's take a picture!" Persetujuan pantas Ayden memekarkan senyuman di bibir Rania. Laju je dia menghampiri Ayden. Iris tanpa disuruh sudah bersedia dengan kamera. Pantas.

"one, two, say Kimchiiiiii"
Snap.
Snap.

Bukan setakat kamera Iris je tapi cahaya flash datang dari pelbagai sudut. Terus Rania perasan artis. Ala ala keluarga bahagia. Rania jadi ibu, Ayden jadi ayah dan Mi Yeong jadi anak mereka. Auwww.

"Nah." Rania menghulurkan Mi Yeong. Kemudian Rania beredar ke arah Thia dan Iris. Tiba tiba seorang wanita tua bersuara dari jauh, memanggil Ayden. Ayden ala ala cucu yang baik terus pergi menghampiri. Peminat peminat yang berkumpul berhampiran wanita itu sudah menjerit kegembiraan.

Wanita itu berkata sesuatu kepada Ayden. Ayden sudah merah pipinya. Kenapa? Nenek tu berkenan nak ambik Ayden jadi cucu menantu ke? Ishh. Perasaan ingin tau Rania meluap namun apa daya mereka berbual dalam bahasa Korea, macam mana nak faham. Nak suruh Thia terjemahkan Thia pon tak dengar memandangkan mereka bercakap seperti berbisik. Nasiblah. Takpe. Ada gambar sebagai kenangan.

"Jom. Kita dah nak sampai." Thia bersuara. Tren menghampiri stesen dan akhirnya berhenti. Rania melangkah keluar bersama Thia dan Iris. Matanya ditoleh ke arah Ayden. Menatap untuk kali yang terakhir.

Mana tau Ayden juga sedang memandang ke arahnya. Mata mereka bertemu seketika. Rania melambai dan terus pergi.

Macam mimpi. Rania tersenyum sendiri. Iris dengan Thia sudah riuh bercerita tentang Ayden. Rania turut menyampuk. "Untunglah kau dapat bergambar dekat dekat dengan dia. Ehh tak semua orang dapat peluang macam tu lah." Iris membelek gambar gambar yang sempat diambil dengan kameranya.

"Entah entah Ayden jodoh aku kot." Rania mula perasan. Thia buat gaya nak muntah. Rania ketawa besar. "Ala jangan risau nanti aku jemput korang datang wedding kitorang ok. Aku belikan korang baju cantik cantik ikut tema..."

"Wait! Yes you! Waitttt!!"

Putera Impian Milik CinderellaWhere stories live. Discover now