"Everyone, It's a wrap!!" Laungan lelaki itu mengukir kegembiraan setiap wajah di situ. Petanda selesai sudah kerja masing masing.
Ayden menundukkan kepala tanda hormat kepada setiap crew yang bertugas hari ini. Habis sudah photoshoot cover majalah itu. Sesi interview juga sudah tamat. Senyuman tak lekang dari bibir Ayden.
Sebab itu ramai pihak gemar berkerjasama dengan Ayden. Bukan sahaja lelaki itu popular dan punya banyak peminat tetapi Ayden juga seorang yang sangat berdisplin dan senang berurusan. Semua kerja yang melibatkan artis bernama Kim Ayden akan berakhir dengan pantas dan jaya.
Ayden bukanlah typical artis yang sering dikaitkan dengan masalah displin ataupun gosip gosip liar. Nama Ayden bersih, menjadikan dia duta untuk pelbagai produk selain turut dikenali sebagai Nation Hottest Bachelor.
Ayden melabuhkan duduk di kerusi berhadapan dengan warmer. Seorang crew perempuan berambut dark brown menghulurkan minuman panas buat Ayden. Ayden sambut sambil tersenyum. Minuman itu dihirup perlahan.
"I need to settle something, we'll go in few minute." Tae Hoon menerangkan. "Then we need to grap a reallyyy quick lunch before heading to radio station for another live interview." Tae Hoon menyambung.
Ayden mengangguk tanda faham.
"There'll be no rest for you today. As a punishment for taking a sudden day off yesterday and for turning everything upside down." Tae Hoon menyindir. Tuhan saja tahu macam mana dia kelam kabut menyusun kembali jadual Ayden semalam bila tiba tiba Ayden buat gila mahukan day off.
Nasib baik semua pihak memahami untuk menganjak sedikit date masing masing. Lagipun apa sahaja demi Kim Ayden. Nama Kim Ayden cukup untuk menutup mulut ramai orang. Namun Ayden tak pernah mengguna namanya untuk mengambil kesempatan. Ayden sendiri berkerja keras demi untuk berdiri di mana dia hari ini.
Ayden menyeringai dan tersengih. Sedar tentang kegilaannya telah memberi extra work untuk Tae Hoon. Nasib baik Tae Hoon bijak menguruskan semuanya.
"Sorryyyy. You know it's the matter of heart." Ayden masih tersengih tayang gigi.
"Go to hell with your sorry." Tae Hoon tumbuk bahu Ayden. Persahabatan sejak sekolah menjadikan mereka sangat akrab dan tidak kekok untuk bergurau senda.
"Tae Hoon I love youuuu!" Jeritan Ayden mengundang tawa orang keliling. Kepala Tae Hoon ditarik dan pipinya cuba dicium. Pantas Tae Hoon melepaskan dirinya. Kepala Ayden ditolak. Ayden ketawa besar melihat Tae Hoon yang sudah melarikan diri.
Ayden keluarkan handphonenya. Tiada sebarang mesej dari Rania. Hurmm. Sibuk berjalan la tu! Pagi tadi Rania ada beritahu hari ini mereka bertiga akan ke Hongdae. Rania cakap nak usha oppa oppa. Menyirap je Ayden dengar. Rania boleh selamba gelak. Bukan dia nak faham Ayden ni cemburu ke apa ke. Ehh Ayden cemburu ke?
"What the hell is happening?!" Ayden yang sedang ralit dengan handphone tersentak bila disergah begitu. Kepala diangkat.
"Sandraa.."
"Who's she?" Sandra campak beberapa surat khabar bermukadepankan gambar Ayden bersama gadis yang entah dari mana tiba tiba datang dan mengocak ketenangan di hati Sandra.
Ayden jeling surat khabar yang dicampak di hadapannya. Gambar gambarnya bersama Rania sebagai cover utama. Sekarang dia faham kenapa Sandra mengamuk sakan.
Mengenali Sandra sejak dari sekolah tinggi cukup untuk buat Ayden faham, Sandra cintakannya. Namun dalam hati Ayden tiada cinta buat Sandra. Pernah juga berkali kali Ayden belajar mencintai Sandra tapi setiap kali itu jugalah Ayden gagal.
Memang dia sangat sayangkan Sandra tapi sekadar sayang seorang kawan. Berbeza dengan Rania. Bersama Rania hatinya terasa aneh. Sukar mahu dijelaskan.
"Kim Ayden! I'm talking to you!!"
"I'm sorry I'm..."
"Who the hell is her?"
Ayden raut muka. Tak tahu macam mana nak terangkan pada Sandra siapa Rania di hatinya.
"She's Rania..."
Sandra tundukkan wajah begitu hampir dengan Ayden. Hanya beberapa inci jarak yang memisahkan mereka. Matanya merenung tepat ke mata Ayden mencari kebenaran. Hatinya panas bercampur sakit. Ayden berbalas pandang dengan Sandra.
Sandra benar benar sudah naik hantu. Begitulah Sandra setiap kali ada khabar angin mengenai Ayden dengan mana mana artis perempuan. Habis semua diugutnya. Sampaikan artis artis tersebut selalu mengelak setiap kali terserempak dengan Ayden. Takut punya pasal.
"I don't want to know her name. I already know her name! I want to know who's her to your heart?" Dengan bibir yang bergetar Sandra menyoal geram.
"She's just someone...."
"Come on, Ayden! Stop telling lies!" Sandra membentak. Dia kembali berdiri tegak. Dadanya berombak. "How can you say she's 'just someone' you rent a theme park for her and you're saying she's just someone?!"
"Sandra! Could you please slow down your voice. For God's sake, we're at people's place. Give some respect!"
Esok sah sah akan keluar cerita Sandra serang Ayden di set! Ayden pandang sekeliling semua seolah olah sedang tekun dengan kerja masing masing tapi Ayden percaya ada telinga yang mendengar dan mulut yang akan menyampai. Apatah lagi mereka kini di syarikat majalah, sudah tentu banyak wartawan bergaji dan tidak bergaji.
"I don't care! I don't careee!! Let the world know what's happening let it be!" serentak dengan jeritan Sandra, Ayden bingkas bangun. Tangan Sandra diheret ke rooftop. Sandra cuba melepaskan cengkaman tangan Ayden namun tidak berjaya.
Sampai ke rooftop, Ayden lepaskan cengkaman tangannya. Lega melihat ruangan itu kosong. Sandra boleh terus mengamuk di situ sekirannya gadis itu mahu.
"Let me tell you, Sandra. Let me tell you. Yess. She's not just someone. She's someone special. I'm sorry Sandra but I think I've fall for her."
"You WHAT?!" Sandra menyoal garang. Angin dingin di bumbung bangunan itu tidak berjaya menyejukkan hatinya yang panas.
"I love her, Sandra. I'm sorry if it hurts you." Ayden berterus terang. Lembut suaranya. Tangannya meraih tangan Sandra.
Ya memang dia cintakan Rania tapi dia juga sayangkan Sandra. Dia tidak berniat untuk menyakiti hati gadis itu. Sandra tetap sahabatnya. Dia tak mahu kehilangan sahabat baiknya. Sandra gadis yang baik. Periang dan mengambil berat walaupun kadang kadang panas baran. Namun hatinya bukan untuk Sandra.
Sandra tarik tangannya dari genggaman Ayden. Mendengar dari orang lain itu menyakitkan tapi mendengar luahan dari mulut Ayden sendiri lebih memeritkan. Ayden cintakan orang lain? Sandra kawal air mata yang hampir jatuh.
"I thought you knew that I love you."
"I knew that and I love you too, Sandra. But as a friend. A good friend of mine."
"I don't want to be loved as a friend, I want to be loved more than that. As a lover." Sandra ketawa kecil menutup rasa sakit di hati. Pandangannya dibuang pada deretan bangunan dan jalan yang bersimpang siur di bawah sana. Kusut. Sekusut hatinya.
"I want to be that special someone that come to your mind the moment you open your eyes in the morning and still in your mind right before you go to sleep."
"Sandraaa..."
"You'll be mine, Ayden! You'll always be mine. If you're not belong to me, you'll never belong to anyone. Take my word, Ayden! If I can't have you, no one else will."
"Sandra!" Ayden tersentak dengan ugutan Sandra. Gadis itu terus berlalu pergi. Sedikit pon tidak menoleh pada Ayden. Tubuh langsing itu kemudian menghilang di balik pintu tangga rooftop itu.
Ayden hela nafas berat. Buntu dengan ugutan Sandra. Dia taktau sejauh mana Sandra akan berpegang pada kata katanya.
"Arghhhhhhh." Ayden menjerit kuat. Membuang rasa gelisah yang membelenggu di hati.
YOU ARE READING
Putera Impian Milik Cinderella
Romance"Because this place is not save anymore." "Hah? Why??" Rania menggelabah. Cerita cinta tiba tiba jadi cerita seram ke? Kenapa tak selamat? Ada hantu? Macam macam persoalan muncul di fikiran Rania. Ayden merapati Rania. "They're coming." Ayden berbis...