Rania melangkah ke kereta sambil menyanyi kecil. Selesai sudah tugas hari ni. Tak sabar nak balik mandi pastu layan KDrama. Tadi dia dah download siap siap so malam ni boleh tengok episod baru sambil makan malam. Hari ni dia tengok sorang la nampaknya. Iris mengajar kelas malam. Pukul 10 baru habis.
Setelah pintu ditutup, Rania hidupkan enjin. Laju tangannya on aircond. Sepatutnya kena tunggu kejap, baru boleh on aircond tapi Rania memang selalu curang dengan peraturan yang satu tu. Tak tahan panas!
Belum sempat Rania tekan main lock, pintu sebelah tiba tiba dibuka dan seorang wanita melangkah masuk sebelum pintu ditutup kembali. Rania kaget. Dia ingin menjerit tapi suaranya seolah olah tersekat di skala enam. Okey tak kelakar. Seluruh tangan dan kaki Rania terasa sejuk walaupun suasana dalam kereta masih panas. Siapa perempuan ni? Aku kena rompak ke?
"You didn't know me I guess." Wanita itu bersuara tegas. Rania merenung wanita pertengahan umur itu. Cukup bergaya dari sepersalinan sut yang kelihatan sangat mewah hingga ke sepasang stiletto kelabu berhias batu berkilauan. Sepasang sunglasses berjenama mahal menutup matanya. Rambut perangnya juga disanggul kemas. Ini bukan sebarangan wanita, Rania percaya. Tapi siapa dia?
"Done evaluating me?" Soalan itu mengejutkan Rania yang asyik memerhati dari tadi. 'Kantoii la aku dok perhati dia.' Bisik hati kecil Rania.
"I'm... ehemm.. I'm sorry but who.. who are you?" Tergagap gagap Rania menyoal. Itu pun setelah puas ditelek wajah wanita itu namun kotak memorinya langsung tak memberikan sebarang jawapan. Muka wanita itu terasa familiar tapi dia tak mampu mengingat.
"You're deadly in love with my son but yet you don't know me?"
Soalan wanita itu seolah olah halilintar. Perlahan tapi cukup tegas seolah olah menampar telinga Rania. OH. MY. GODDDDD. Mak Ayden! You'll die, Rania! You'll die! Sekarang baru kotak memorinya memberikan jawapan. Itu ibu kepada Ayden. Mrs Choi. Pemilik butik terkenal. Dia pernah nampak wajah wanita itu sebagai cover story majalah bersama Ayden sempena Hari Ibu dulu.
"I'm.. sorry.. I.. didn't recog..."
"Stop all the sorry. I want to know what have you done with my son until he completely fall for you?"
"I didn't do any....."
"You must be doing something! If not, my son won't be like this! Tell me what have you done? Do you really love my son?" Mrs Choi terus mengasak dengan soalan. Satu soalan belum dijawap soalan baru sudah muncul.
"I..." Rania gagal meneruskan kata. Sampai sekarang hatinya masih belum memberi jawapan untuk soalan seperti itu. 'Do you really love my son?' soalan itu berlegar legar di fikiran Rania.
"Or you just after his money and popularity?" sekali lagi Mrs Choi menyoal sambil ketawa sinis. Rania tersentak.
"No I'm not." kali ini Rania ikut tegas. "I'm not pretty sure whether I really love Ayden but I'm completely sure that I'm strictly not after his money nor popularity." Rania mengawal suaranya agar tidak kedengaran biadap.
"Okey, young lady let's make it simple. I'm not going to be like all those drama-like moms with all those super cliché take-this-money-and-leave-my-son thingy, but I, as a mother, asking you, could you please stay away and leave my son alone."
Rania tersenyum. Hatinya yang pedih diletak tepi dahulu.
"Mrs Choi I'm sorry if I might sound rude but I'm not like all those drama-like heroin either. I won't just go just because I was asked to. I need to know too, based on what reason I should leave Ayden and if the reason is reasonable enough, no worries, I'll make my move and Ayden will never see me again not even my shadow."
YOU ARE READING
Putera Impian Milik Cinderella
Romance"Because this place is not save anymore." "Hah? Why??" Rania menggelabah. Cerita cinta tiba tiba jadi cerita seram ke? Kenapa tak selamat? Ada hantu? Macam macam persoalan muncul di fikiran Rania. Ayden merapati Rania. "They're coming." Ayden berbis...