3 tahun lepas...
Alif Danial
AD melangkah laju ke hotel Vanila setelah mendapat mesej tentang mamanya. Dia tak percaya dengan mesej yang sampai padanya sebentar tadi. Dia terus menerajang pintu bilik 1050. Matanya terarah pada katil melihat mamanya sedang bercumbuan dengan seorang lelaki yang lebih muda dari usia ibunya. Hatinya terguris. Dia menumbuk muka lelaki tersebut berkali-kali. Dia marah. Datin Aira menolak AD. Dia menyuruh lelaki tersebut pergi.
"Mama...apa semua ni ? What the hell ? Mama sedar tak apa yang sedang mama buat ? " katanya dengan suara separuh menjerit . " Mana kamu tahu mama ada di sini ? Kamu intip mama ? Kamu tak layak soal apa yang mama buat.." kata Datin Aira.
AD bengang. " What !!! Mama cakap AD tak layak tegur mama. Mama, I'm your son. I'm your child. How could you do this to me ? Mana mama AD yang dulu. Mama dah berubah. AD tak sangka AD ada mama yang perangainya lagi teruk dari pelacur. Dia melepaskan semua yang terbuku di hatinya. Selama ini dia mendengar dan menolak apa yang dikata tentang mamanya. Dan hari ini dia melihat dengan matanya sendiri.
Datin Aira melempang anak sulungnya itu.
" Kamu sepatutnya bersyukur mama lahir kamu ke dunia ini Alif Danial. Tanpa mama kamu tak akan lahir ke dunia. Jangan jadi anak derhaka .." kata Datin Aira.
Hati anak mana tak terluka dengan apa yang mamanya ucap sebentar tadi.
"Okay...fine...mulai hari ini..mulai detik ini, saya Alif Danial B. Dato' Kamal tak ada seorang ibu. Tak ada seorang ayah...Ibu dan ayahnya dah meninggal. Dah mulai hari ini, hubungan kekeluargaan antara kita dah putus. Fullstop ". AD terus meninggalkan hotel tersebut. Dia tak mahu lagi toleh ke belakang. Dan dalam hatinya tiada lagi tempat sebagai ibu untuk perempuan bernama Aira Syatilla.
Datin Aira terduduk. Dia terdiam. Kerana sikapnya, anaknya sekarang membuang dia. Dia tahu anak dia sedang marah. Marah dengan perilakunya. Dia menangis. Sekarang dia hilang kedua-dua anaknya kerana sikapnya sendiri.
Nur Hidayah
" Cik Hidayah yakin dengan keputusan cik untuk membuat pinjaman dengan saya dalam tempoh 4 tahun. Apa yang Cik Hidayah mampu bagi sebagai jaminan yang Cik Hidayah akan bayar balik semua pinjaman ini ?" tanya Dato' Kamal.
Dayah terdiam.
Gerun dan takut akan amaran itu. Tapi dia perlukan untuk menyambung pelajarannya dalam bidang pengajiannya dalam Industrial Design. Dia mahu mengubah nasib keluarganya.
Dia tak mahu lagi bergantung kepada sesiapa. Dia mahu menjaga ibunya. " Saya akan terima apa sahaja hukuman yang Dato' akan berikan sekiranya saya tak mampu membayar balik pinjaman ini. Saya tak ada harta untuk digadai pada Dato'. Saya hanya mampu berharap suatu hari saya akan mampu membalas semua jasa Dato'..." katanya ikhlas.
Dato' Kamal menyambung " ikhlas saja tak cukup Cik Hidayah...orang, bila dapat duit, mereka dah lupa daratan...RM 500 ribu bukan satu jumlah yang kecil. Baiklah, saya lulus pinjaman awak RM 500 ribu ini. Tapi ingat...apa sahaja syarat saya nanti awak kena tunaikan sekiranya awak tak mampu bayar balik pinjaman ini. Sign surat ini dan ingat...bayar balik pinjaman bila sampai masanya..." katanya sambil senyum.
" Baik Dato'...saya tak akan lupa jasa Dato' dan saya akan cuba bayar secepat mungkin.." jawabku dengan senyuman pahit.
Dayah tahu dia meletak dirinya dalam bahaya. Dia terpaksa mengambil risiko. Bagi Dayah, dia perlu mengubah nasib keluarganya. Dia tak mahu bergantung simpati dari saudara maranya. Dia tak mahu lagi ibunya diejek hanya kerana keluarga mereka susah.
" Harap aku dapat bayar balik RM500 ribu dalam masa aku belajar ni...ya Allah.. permudahkan urusan hambaMu ini..." kakinya mula keluar dari syarikat Langkasuka Holding.
YOU ARE READING
Gengster Terguris
General FictionAlif Danial @ AD Kerana keluarga, dia berubah. Hati mana tak terguris melihat keluarga sudah musnah. Melihatnya ibunya bermesraan dengan lelaki lain di hotel. Ayahnya berfoya-foya-foya dengan wanita muda di club. Dan adiknya, sudah lama melarikan di...