BAB 70

5.7K 199 2
                                    


"Sayang..." panggil AD.

Dayah tak menjawab.

"Dayah..."

"Baby..."

"Darling..."

"Intan payung..."

AD hairan. Mana Dayah pergi. Panggil pun tak menyahut. AD mula bangun menapak ke bilik... Dayah tiada di bilik... senyuman dia lebar bila dengar bunyi air. Terkedu Dayah bila pintu bilik air dibuka. Sengih AD melihat Dayah sedang berendam dalam tab mandi.

"Abang panggil dari tadi... ingatkan tidur..." kata AD.

"Hehehe... saya panas... tu yang berendam ni.... Abang nak apa?" tanya Dayah laju.

"Nak ajak sayang keluar dating... cari barang baby..." ajak AD.

"Sekarang ke? Saya baru mandi..." soal Dayah sambil menggaru kepalanya.

"Kita mandi dulu... nanti kita keluar..." AD berlalu pergi.

"Okay..." jawab Dayah sebelum meneruskan aktivitinya.

Dayah termenung sejak. 'Kenapa aku dengar macam dia sebut perkataan kita tadi? Ke aku salah dengar...'. Pintu bilik air dibuka kembali. AD segera masuk sebelum menutup pintu.

"Abang...!!!"



**********



Mata Dayah terpandang sepasang kasut comel di rak kasut. Tak sempat dia mahu ambil, kasut tersebut diambil oleh seseorang.

"That's mine..." marah Dayah sebelum memandang kepada wanita yang mengambil kasut tersebut.

"I got first..."

"Sophia..." tegur Dayah laju.

"Err... Hidayah right? Cik Dayah kan..." tanyanya kembali.

Melompat mereka kesukaan dalam kedai barangan bayi. Tak peduli dengan mata yang memerhati.

"Rindu... lama tak jumpa... 5 tahun kot..." Sophia memeluk Dayah erat.

"Ahahaha... me too... ta datang wedding I... sampai hati..." Dayah menarik muka.

"Sorry Cik Dayah... saya dekat overseas waktu tu... rugi gila kot tak dapat hadir... by the way sapa jejaka bertuah tu? En. Aliff ke?" soal Sophia laju.

"Tak payah la ber'cik' bagai... saya bukan lagi boss awak... panggil je Dayah..." Dayah ketawa.

"Dah terbiasa... Hahaha, nak buat macam mana? Mana suami? En. Aliff ke?" soal Sophia lagi sekali.

"Haah... he my husband... ada dekat sana tu..." tunjuk Dayah dekat ruangan katil bayi.

"Dah kata dah... korang ni memang ada jodoh..." usik Sophia.

Dayah senyum suka. Mana taknya, lelaki yang suka buat dia sakit hati kini menjadi penyeri hidupnya.

"Kan... gaduh kuat dulu... last – last kahwin berdua... what about you? With Zakif...?" soal Dayah balik.

"Haah... tudia..." tunjuk Sophia bila Zakif menuju ke arahnya.

"Walawei... lama tak jumpa..." tegur Zakif terkejut.

"Lama kot... kau sihat... chubby kau sekarang? Bambam der..." perli Dayah.

"Kurang ajar eh... perangai tak berubah... shopping sorang ker?" Zakif tengok sekeliling.

Gengster TergurisWhere stories live. Discover now