BAB 73

5.9K 192 2
                                    



Kedatangan Mak Uda merosakkan mood BBQ malam itu bersama dua orang anaknya. Katanya ada sesuatu yang mahu diberitahu.

"Menantu – menantu Mak duduk sini bakar ayam... biaq kami cakap dengan depa..." kata Hazim sebelum menarik tangan Dayah kuat.

"Hang pi jalah... aku tak mau..." jawab Dayah.

"Cepatlah, nanti Mak marah..." Hazim membebel.

Dayah mengikut saja Hazim duduk di pangkin tak jauh dari mereka. Dayah membuat muka seposen je mendengar.

"Eh, Dayah ada... Mak Uda ingat tak balik..." tanya Mak Uda ramah.

Dayah senyum... "Cek balik ni..."

"Lama tak dengar cerita... berapa bulan dah mengandung?" tanya Mak Uda lagi sambil memandang baby bump pada perut Dayah.

"Tiga bulan..." jawab Dayah sepatah.

Hana menyampuk... "Mak cakap Mak Uda ada benda nak cakap... sampai nak jumpa kami semua... ada apa Mak Uda?"

Mak Uda senyum. Tak tahu nak cakap macam mana. Nuar muncul sambil menghantar ayam pada mereka. Duduk dia di belakang Mak mahu mendengar sebelum dihalau Hazman.

"Mak Uda nak pindah... nak duduk Melaka dengan Tini dan Tiya..." Mak Uda membuka cerita.

"Oh, habis tu rumah Mak Uda sapa nak jaga? Duduk lama ka kat sana?" tanya Hazman pulak.

"Pindah terus... Mak Uda tak balik sini dah... lagipun Melaka dekat dengan kampung Mak Uda..." sambung Mak Uda lagi.

"Mak Uda balik sana bila?" soal Nasrun.

Puan Fizah memandang Nasrun geram seakan tak suka dengan pertanyaannya.

"Bulan depan... Mak Uda ingat nak settle semua benda dulu baru nak pindah... Mak Uda nak serah balik rumah tu pada hangpa semua..." jawab Mak Uda.

"Tu hak Mak Uda... tak payah la bagi balik kat kami... kami dah dapat bahagian kami masing – masing... Mak Uda pindah la nama atas nama Tini ka Tiya ka..." suara Aliah.

Puan Fizah menyampuk... "Betui cakap Aliah... tu hak Uda... buat apa bagi dekat kami balik..."

"Kami bukan balik sini dah kalau ubah nama pun... lepas kahwin Mak Uda nak duduk Singapura... jadi rumah tu baik Uda bagi dekat kak balik..." senyum Mak Uda.

"Apa tadi? Kahwin? Mak Uda nak kahwin?" tanya Hazim terkejut.

"Mama nak kahwin dengan orang Melaka... kami pindah duduk Singapura lepaih ni..." cerita Tiya bangga.

"Tahniah..." Dayah senyum meleret. Puan Fizah menjeling geram.

"Bila nak kahwin?" tanya Hazman laju.

"In sya Allah... lagi dua bulan... selepas settle semua benda... tu yang saya mai nak settle pasal rumah saya... saya nak serah dekat kak... borang saya dah bawa... tinggai kak tandatangan ja..." Mak Uda mengeluarkan borang penukaran nama.

"Baca dulu Mak... mana nak taw dia tipu kita..." pesan Nasrun.

"Nasrun..." tegur Hazman tegas.

Tiya bangun menuju ke arah mereka yang sedang bakar ayam. Seronok dia melihat mereka bayar ayam.

"Wahhh... macam best ja bakar ayam... Tiya nak try bakar boleh dak?" Tiya bersuara manja.

"Ha, nah..." Nuar menghulur kipas dengan penyepit kepada Tiya.

Gengster TergurisWhere stories live. Discover now