Kekok Dayah bila AD ajaknya keluar. Nasib baik Farid dan keluarganya ada sekali. Dia ingatkan hanya dia dan AD. Mana taknya, AD menelefon dua hari lalu ajak dia keluar. Hampir gugur jantung dia petang tu.
" Dayahkan...nama awak..?" tanya isteri Farid, Layla.
Aku mengangguk.
"Makan la..jangan segan-segan...biar dia orang bakar ayam..." kata Layla ramah.
Aku tersenyum. Mata aku tak henti-henti memandangnya. Cantik. Kenapa dia mahu berkahwin dengan lelaki macam Farid. Gengster dan bahaya.
"Kenapa awak pandang saya macam tu..? tanya Layla bila dia rasa tak selesa aku merenungya lama.
Aku tersengih lantas menjawab "Awak cantik..".
Dia ketawa kecil.
"Nak ayam lebih la tu...nah, makan.." selorohnya lagi.
Kami berdua ketawa.
Farid memerhati dari jauh. Mengumpat aku la tu...gumamnya dalam hati.
"Bakar ayam ni..jangan bakar mata,.." sindir AD.
Farid menjegil padanya.
"Mesti awak hairan macam mana saya terpikat dengan Farid kan...lepastu awak terfikir apa yang ada pada Farid.. dia gengster pulak tu, bahaya lagi..itu yang awak fikirkan..?" jelas Layla.
"Sikit.." jawapan aku mengundang ketawa Layla.
Layla membuka cerita... " saya kenal degan Farid sebelum dia jadi gengster lagi. Dulu Farid dan saya kerja sebagai cleaner di sebuah syarikat. Lepas kami kahwin, Farid tak benarkan saya bekerja. Dia mahu jaga kami. Dia kata itu tugas dia sebagai suami. Lepas kami dapat anak, Allah uji kami.. anak kami dapat penyakit leukemia. Duit gaji dihabiskan dengan membeli ubat. Itu pun tak cukup. Kadang-kadang kami terpaksa ikat perut. Dan akhirnya, Farid menjadi gengster. Kami pernah bergaduh sebab kerjanya tapi akhirnya saya mengalah disebabkan anaak.Kerja dia meminta hutang pada peminjam belum bayar. Duit itu yyng menyara kmi selama ini..".
Aku terdiam. Rupanya bukan niat mereka sendiri nak jadi gengster. Namun hanya kerana sesuatu, mereka terpaksa melakukan perkara tersebut. Sebak pulak mendengar kisah mereka ni.
"Layla..sabarlah, sungguh tanda sayang kita, Dia menyediakan ujian untuk hamba-hambanya yang mampu bersabar. Dia tidak akan menguji hamba-hambanya melebihi tahap kemampuan kita. Sampai bila..? Sampai kita sendiri letak satu pengharapan yang tinggi pada pencipta kita bukan orang lain..in sya Allah moga anak ini bila besar nanti, dia akan menjadi syafaat untuk ibu dan ayahnya di akhirat nanti.. La Tahzan, Allah selalu bersamamu.." kata aku cuba memberi sedikit kekuatan pada Layla.
Farid dan AD duduk dibelakangnya. Dia sendiri tak sedar mereka mendengar apa yang dia cakap. Dayah menoleh.
Terkejut dia melihat ada orang di belakang. Mesti diaorang fikir aku tengah mencuci fikiran Layla. Dia mengubah tempat membiarkan mereka duduk untuk makan.
Layla menghulur makanan pada mereka. Aku mula menghabiskan sisa suapan terakhir aku. Anak Farid menangis. Farid bangun untuk mendapatkannya.
"Farid, kau makan la..biar aku jaga.." jawab aku sambil bangun mengambilnya.
"Ok..sorry susahkan.." balasnya.
Aku membawa Adam berjalan – jalan sekitar taman.
Layla dan Farid memerhatikan dari jauh. AD sibuk makan tanpa menoleh kiri kanan. Kecil hati Dayah tak menegurnya dari tadi.
YOU ARE READING
Gengster Terguris
Ficción GeneralAlif Danial @ AD Kerana keluarga, dia berubah. Hati mana tak terguris melihat keluarga sudah musnah. Melihatnya ibunya bermesraan dengan lelaki lain di hotel. Ayahnya berfoya-foya-foya dengan wanita muda di club. Dan adiknya, sudah lama melarikan di...