Sejak dari tadi Dayah duduk tak senang. Mana taknya, beberapa kali AD memandangnya.
Kehadiran Haikal membuat Dayah lagi rimas.
Dayah, can we talk for a while...?" kata Haikal.
"Cakap ja dekat sini..." balas Dayah acuh tak acuh.
"Aku janji aku tak akan ambil masa kau...kejap je..." pinta Haikal lagi.
"Okay..." balas Dayah setuju sebelum dia mengikut Haikal ke pejabatnya.
Mei Mei dan Zakif memerhati.
"Dah kenapa tu? Dayah dah accept En. Haikal ke ?" soal Zakif.
Tak senang dia mendengar kata – kata Zakif. 'Yang Dayah pun melayan dia apasal?' desis AD dalam hati.
"Haiyaa, tak mungkin la... mesti kejap lagi gaduh...." balas Mei Mei.
"Kalau Datin Rose tahu ni, mesti kena pecat si Dayah tu..." bebel Zakif.
"Have a seat, Dayah..." kata Haikal.
"Kau nak cakap apa ?" tanya Dayah lepas dia ambil tempat di hadapan Haikal.
"Aku nak minta maaf, aku betul – betul rasa bersalah... aku tak ada niat nak buat kau macam tu... sampaikan kau sanggup berhenti kerja..." luah Haikal.
"Okay...." jawab Dayah sepatah.
"Dayah, aku tahu kau tak ikhlas maafkan aku... aku tahu aku banyak sakitkan hati kau..." kata Haikal.
"Kalau aku maafkan kau sekalipun, kau akan buat lagi....aku dah fed up Haikal... aku masuk kerja balik sebab aku bagi muka dekat ayah kau... aku dah tak ada hati nak kerja sini for everything you have done to me..." bidas Dayah.
"Tapi kali ni, aku betul – betul kesal. Tolong maafkan aku... aku tak nak kau benci aku..." jeas Haikal.
Dayah mengeluh perlahan. Maafkan itu satu perbuatan mulia sedangkan Allah Maha Pengampun. Ingat dia Surah An – Nur ayat 22 "... dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."
"Okay...aku maafkan...tapi ingat Haikal...kau buat sekali lagi aku tak akan maafkan kau..." jelas dan tegas kata – kata Dayah.
Haikal mengangguk laju.
Linda yang baru datang terkejut melihat Dayah dalam ofis Haikal.
"Sayang, what are you doing with her...you ada apa – apa ke dengan dia ? You curang dengan I?" soal Linda bertubi – tubi.
Haikal geram. Apa lagi perempuan ni nak ? Mesti dia datang dengan mummy ni.
"You buat apa dekat sini ? Datang dengan mummy I ke ?" soal Haikal balik.
You not answer my question, sayang...what are you doing with her...?" marah Linda menggedik.
"Saya keluar dulu En. Haikal...kalau dah tak ada apa – apa... one more girls...saya dan En. Haikal tak ada apa – apa..." bidas Dayah pada Linda sebelum dia langkah keluar.
Linda geram. This woman should be teach.
"Wait..." kata Linda.
Dayah menoleh dan sekilas terasa ada air pada mukanya. Linda menuang air kopi milik Haikal pada muka Dayah.
"Linda..." jerit Haikal.
"What? I ajar dia supaya jangan berani dekati you..." balas Linda.
Dayah segera keluar menuju ke tandas. AD yang berada di pantri terkejut melihat Dayah dalam keadaan basah.
YOU ARE READING
Gengster Terguris
General FictionAlif Danial @ AD Kerana keluarga, dia berubah. Hati mana tak terguris melihat keluarga sudah musnah. Melihatnya ibunya bermesraan dengan lelaki lain di hotel. Ayahnya berfoya-foya-foya dengan wanita muda di club. Dan adiknya, sudah lama melarikan di...