"Dengar tak aku cakap?" tanya AD.
" Aku tak pekak lagi... aku tak nak masak... aku ni kena culik..orang gila ja suruh mangsa culik masak.." balas aku tak puas hati.
"Takde...takde... kalau makanan tak siap kejap lagi sebelum pukul 8 malam.. jaga kau..." ugut AD.
" Eh, apahal nak paksa-paksa...? Jangan mimpi lah aku nak masak.. kau buat la apa pun..." aku mula geram.
" Sapek datang kejap lagi " AD berkata sambil berdiri.
Kata-kata tu membuat aku terdiam. Aku tak caya. Mesti dia nak tipu aku. Dah berapa kali aku terkena. Aku tak akan percaya.
Aku buat-buat mengantuk. Mula merebahkan diri di atas katil.
"Hoi...bangun la..kau tak dengar ke aku cakap apa ? Sapek nak datang...bangunlah " arah AD.
Aku tetap tak bangun. Aku mula tarik selimut tanda nak tidur. Telefon tadi aku mula alihkan dan sembunyi di dalam bantal.
AD mula geram. Minah ni kalau tak cari pasal dengan aku tak sah.
"Sebelum aku angkat kau, baik kau bangun..." ugut AD lagi.
Terkejut dengan kata-kata tu..Aku tak akan percaya lagi...suka sangat ugut aku.
AD bengang. Cabar aku minah ni. Dia mengangkat Dayah.
Aku terkejut. Badan aku diangkat. Oh no...he serious. Diturunkan aku dekat dapur.
Muka aku merah malu...Arghh... bengang gila.
"Masak sekarang, kalau tak aku betul-betul masak kau kali ni.."arahnya lagi.
Siot mamat ni..memang nak suruh aku masak.
"Kau kutuk aku dalam hati..aku tahu..." katanya.
Tak guna.. dia tahu...Fine...you win.
Aku pergi ke arah peti... mula mengeluarkan bahan-bahan untuk memasak.
AD senyum.. Tahu pun takut.
********************
"Aina, jom makan " ajak Fiya.
"Erm...kau makanlah dulu..aku tak lapar lagi " jawab Aina.
Hmm...dulu Dayah, sekarang Aina.
"Aina, kau kalau ada masalah share dengan aku. Jangan pendam sorang-sorang " luah Fiya.
Aina tetap diam.Risau dirinya akan meluah segalanya pada Fiya. Risau dia akan menangis.
" Dah...aku tak ada apa lah...jom makan..." ajak Aina.
Aina menarik tangan Fiya ke meja makan. Harini dia tak menolong Fiya masak. Sibuk memikirkan Andika. Sibuk memikirkan Dayah.
" Sedapnya... kalau Dayah ada ni mesti semua makanan dia habiskan..." kata Aina.
" Ha ah, dia bukan boleh tengok makanan...semua dia makan..tolak sayur dan makanan pelik-pelik " balas Fiya.
Senyap mengunyah makanan masing-masing.
" Aku rindu Dayah.." balas Aina perlahan.
Fiya sentak.
Aina mula bercerita. " Aku anggap Dayah tu macam kakak aku. Even selama dua bulan baru kita rapat, aku rasa aku ada tempat untuk ketawa. Dia tu sengal..suka buat loyar buruk banyak. Dia banyak mengingat kepada abang aku..." luah Aina jujur.
" Aku rindu dia jugak..selama aku berkawan dengan Dayah, dialah mak, dialah doktor, dialah kawan, dialah ustazah dialah pakar kaunseling. Selalu aku kalau ada masalah dengan Umar, aku mengadu dekat dia. Dia pandai memujuk... cara dia menyenangkan hati kita " balas Fiya.
YOU ARE READING
Gengster Terguris
Художественная прозаAlif Danial @ AD Kerana keluarga, dia berubah. Hati mana tak terguris melihat keluarga sudah musnah. Melihatnya ibunya bermesraan dengan lelaki lain di hotel. Ayahnya berfoya-foya-foya dengan wanita muda di club. Dan adiknya, sudah lama melarikan di...