BAB 88

5.8K 180 1
                                    




"Hati – hati balik..." pesan Puan Fizah.

Dayah mengangguk. Disalam Puan Fizah laju sebelum mencium pipinya. Tak sanggup pula nak balik.

"Mak jaga diri... nanti cek balik lagi..." kata Dayah.

"Hang pun sama... ada masalah jangan diam... Aliff tengok Dayah ni sama... risau Mak dengan dia... kandungan dia tu dah nak sarat..." tegur Puan Fizah.

"Yalah Mak... tapi nanti Aliff booking Mak taw... waktu Dayah pantang... nak belajar juga jaga isteri waktu pantang..." sengih AD.

Senyum Puan Fizah mendengar... "Baguih la tu... bukan macam orang sebelah Mak ni... biar Mak buat semua..."

Sentap Nuar seketika. Pedas dan tajam ayatnya. Kan dah kena sindir dengan Puan Fizah.

"Yalah... nak buat macam mana, kita tak pandai..." Nuar menarik muncung masam.

"Mengada nak merajuk..." ejek Puan Fizah lagi.

"Kami gerak dulu Mak... nanti sampai lambat pulak..." Dayah minta diri. Dia mengangkat beg ke kereta.

"Aliff, Mak minta maaf na... Mak minta maaf... macam – macam Mak buat dekat hang..." ucap Puan Fizah perlahan.

"Aku pun sama... serba salah aku..." celah Nuar.

"Takpa Mak, Aliff paham... kalau saya jadi Mak pun saya akan buat benda yang sama... saya tak simpan dalam hati... kau pun sama Nuar... jangan risau... aku dah lama maafkan korang..." jawab AD.

"Hati – hati balik..." Puan Fizah menghantar mereka pergi.

Dayah melambai ke arah mereka ketika kereta bergerak pergi. Rindu dia dengan rumah mereka. Mesti dah berhabuk kena tinggal.

"Nak singgah mana – mana tak?" soal AD.

Dayah menggeleng... "Tak naklah... nak cepat sampai rumah... nanti lewat malam sampai..."

"Tak nak singgah rumah Tok Imam...?" AD memandang Dayah.

"Tak kot... mest Tok Imam meluat tengok muka saya ni hari - hari..." sengih Dayah.

"Anak dia tak..." perli AD.

"Eyyy... taknak lah...Rimaslah saya nak jumpa dia... kita balik terus..." Dayah bagi kata putus.

"Kecik hati dia nanti..." usik AD lagi.

"Abang... saya lagi risau suami saya kecik hati... saya sayang suami saya taw... walaupun dia kuat cemburu..." bidas Dayah.

AD tersenyum. Tahu hati Dayah milik dia.


**********



"Ina... be careful..." tegur Dika melihat dia laju berjalan mengejar Aissa.

Ina tak mengendah kata – kata Andika. Sibuk dia megejar Aissa yang mahu bermain dengannya.

"Anak mummy ni... jangan nakal sangat... mummy letih..." Aina terduduk di tengah laman.

"Mummy tu degil sangat... tak nak dengar cakap daddy... mana tak penat..." bidas Dika.

Aissa ketawa melihat daddy dan mummynya bertekak. Dia mula berjalan terkedek – kedek mendekati Aina sebelum mencium pipi Aina laju.

Gengster TergurisWhere stories live. Discover now