AD termangu sendirian di sofa. Genap seminggu Dayah berada di rumah AD. Hari ini AD akan bawa Dayah balik ke gudang lama. Dah tak lama juga Dayah akan berkahwin dengan Dato ' Kamal a.k.a papanya sendiri.
AD bangun bersiap untuk keluar. Dia mahu menolong Dayah. Tak sanggup membiarkan Dayah jadi mangsa papanya sendiri. Dia menuju ke arah Farid yang sedang menonton tv.
"Aku nak keluar...tolong tengok perempuan tu " kata AD pada Farid.
" Lama ke ? Kau nak pergi mana ? " tanya Farid.
" Ada kerja... nanti apa – apa aku call kau... penting ni..tolong aku " ucap AD serius.
"Ok..apa-apa call aku terus.. " ucap Farid.
AD berlalu pergi.
"Mana dia nak pergi..serius je muka dia " Farid bermonolog sendirian.
"Tapi muka dia tiap-tiap hari serius..." Farid bercakap sendirian lagi.
Dia menyambung menonton tv. Malas memikirkan masalah AD.
***********
Dato' Kamal menuju ke arah keretanya. Hari ini dia memandu sendirian kerana pemandunya sedang bercuti. Tak sempat dia memandu. Pintu sebelah kirinya dibuka. Terkejut Dato' Kamal apabila pisau dihunus ke lehernya. Matanya memandang ke arah lelaki bertopeng itu.
"Sapa kau ? Apa kau nak? Kalau kau nak duit..lupakan.. aku tak ada duit..." ucap Dato Kamal gagap.
"Tak ada duit...tapi ada hati nak kahwin lain ? " kata lelaki bertopeng itu.
Dato' Kamal sentap .
" Sapa kau ?Apa kau nak, hah ? " tanya Dato Kamal lagi.
" Lepaskan Dayah...berapa hutang dia aku bayar.." kata lelaki bertopeng itu.
" Kau dah gila ? Aku tak akan lepaskan dia. Dia bakal isteri aku. Dah beratus-ratus ribu aku labur dekat dia " marah Dato Kamal.
Hujung pisau ditekan hampir ke lehernya.
"Kau sapa sebenarnya ? Mana kau tahu aku culik Dayah ? " Dato Kamal mula naik angin.
" Kau akan menyesal kalau kau tahu sapa aku. Aku bagi kata putus ? Ambil duit ini dan lepaskan Dayah ataupun aku sebar gambar kau dengan semua perempuan yang kau pernah peluk dekat club dan bunuh kau.." ugut lelaki bertopeng.
Dato' Kamal terdiam. Lelaki ini tahu segala-galanya tentang dia. Dia memilih reputasinya daripada Dayah.
"Ok..aku lepaskan dia...serahkan duit itu pada aku " ucap Dato' Kamal.
" Call penculik tu dulu, minta dia lepaskan Dayah sekarang " arah lelaki bertopeng.
Dato' Kamal meraih telefonnya lantas menelefon Johnny.
Hello, Johnny - Dato Kamal
Hello, bos..lama tak dengar khabar...apa cita mau kahwin ? - Johnny
Lepaskan perempuan tu.. - Dato' Kamal.
Kenapa bos ? Ada masalah ka ? Nak aku tolong ? - Johnny.
Tak ada apa-apa. Aku jumpa stok lagi bagus. - Dato' Kamal.
Betul ka ?Perjanjian kita macam mana ? Tak boleh bos ...anak buah saya dah lama jaga dia. - Johnny.
Aku bayar juga nanti..jangan risau...- Dato' Kamal
Kalau macam tu, ok lah... Nanti saya bagitahu anak buah saya suruh lepaskan dia. - Johnny.
YOU ARE READING
Gengster Terguris
General FictionAlif Danial @ AD Kerana keluarga, dia berubah. Hati mana tak terguris melihat keluarga sudah musnah. Melihatnya ibunya bermesraan dengan lelaki lain di hotel. Ayahnya berfoya-foya-foya dengan wanita muda di club. Dan adiknya, sudah lama melarikan di...