BAB 43

5.7K 216 10
                                    



Hari ini merupakan hari terakhir Dayah bekerja di Mega Seni. Dia sibuk menghabiskan meeting terakhirnya sebelum berhenti kerja. Dato' Sidek merancang untuk membuat jamuan perpisahan namun ditolak keras oleh Dayah.

"Dayah..." panggil Mei Mei bila melihat Dayah berkemas.

Muka Mei Mei sedih kerana dia akan kehilangan Dayah. Satu – satu kawan yang dia ada.

"Ya, Mei..." jawab Dayah.

"I will miss you...jangan la pergi..."rayu Mei Mei.

Dayah senyum pahit. Lagi lama dia di sini lagi sakit hatinya.

"Zakif kan ada..." seloroh aku.

"Hmm...susah nak jumpa kawan sebaik you..." Mei Mei bersedih.

"Ala... nanti I balik Malaysia kita jumpa... kalau rindu kita Skype la, WhatApps, email... I pun akan rindukan you jugak..." pujuk Dayah.

Dayah memeluk Mei Mei erat. Terkejut Zakif melihat Dayah dan Mei Mei berpelukan.

"Korang dah kenapa? Bermesraan bagai ?" tanya Zakif .

"Banyak bikin sakit hati la you ni...Dayah mau berhenti la..." marah Mei Mei.

"Berhenti...serious ke Dayah... kenapa? " soal Zakif lagi.

Dayah mengangguk laju.

"Tempat aku bukan dekat sini...aku nak ke luar negara, harini aku last dekat sini..." cerita Dayah.

Zakif diam. Sejak ayah Dayah meninggal, dia berubah. Pemergian ayahnya memberi tamparan hebat kepada Dayah.

"Sedih pulak aku... tak ada rezeki nak kerja dengan kau lagi..." jawab Zakif.

Dayah tersenyum.

"Apa kata kita makan ramai – ramai sebelum Dayah balik..?" ajak Mei Mei.

"Tak payah la..." tolak Dayah.

"Kau ni... sporting la sikit...last kan kau kerja... jom la..." bebel Zakif.

"Buat habis duit je makan besar – besar..." bidas Dayah.

"Takde...aku nak gi ajak yang lain...kau kena join... " Zakif menghilangkan diri dari bilik pereka.

"Sayang AD tak ada...dia cuti...kalau ada dia lagi meriah..." kata Mei Mei.

"Bukan rezeki dia..." Dayah senyum tawar.

'Kalau AD ada, aku akan lagi sedih' bisik Dayah dalam hati.

Muka Dayah cuak bila Dato' Sidek dan Haikal turut serta makan bersama mereka. Tak sangka ramai staf yang turun untuk meraikan perpisahan dengan Dayah.


"Sial kau...kau panggil satu department kita makan, kenapa ?" marah Dayah dengan nada berbisik.

Zakif tersengih seraya berkata " Aku nak kau pergi nanti kau akan rindu pada kami...nak bagi kau kenangan..." balas Zakif.

"Banyak la kau punya kenangan...asal Dato' Sidek dan Haikal ada sekali...?" marah Dayah lagi.

"Yang tu aku tak tahu... sumpah..." Zakif mengangkat tangannya laju.

Dayah menjuih bibir geram.

Dato' Sidek bangun. Sepertinya mahu bercakap sesuatu.

"Asalamualaikum dan salam sejahtera... seperti yang kita tahu, hari ini kita kehilangan seorang pekerja yang sangat berbakat... beliau beberapa kali telah melonjakkan syarikat kita ke tempat yang lebih tinggi. Sayangnya, hari ini dia akan pergi meninggalkan kita. Dia akan pergi berhijrah ke luar negara pada bulan depan...berikan tepukan gemuruh kepada Cik Nur Hidayah bt Hashim..." ucap Dato' Sidek bersemangat.

Gengster TergurisWhere stories live. Discover now