Dah dua hari bapak tak tegur Dayah. Dia masih marah dengan sikap Dayah terhadap AD. Baginya kali ni Dayah betul – betul melampau.
Adik – adik Dayah sedar akan perubahan bapak. Nampak ketara pada wajahnya. Kalau makan pun, bapak tak akan bercakap dengannya mahupun membebel.
"Dayah, mak nak tanya hang sikit..." kata mak sewaktu makan.
Saif, Nuar dan Aliah diam mendengar.
"Hmm...apa mak ?" tanya aku balik.
Dayah dapat rasa soalan yang akan ditanyakan padanya ada kaitan dengan bapak.
"Hang buat apa dekat pak hang, sampai dia marah lagutu sekali...mak tak pernah tengok dia marah kat hang sampai tak tegur dua tiga hari...cuba hang cerita kat mak... pasaipa?" tanya mak.
"Bapak marah sebab cek tak hormat orang...tak jaga perasaan orang, malukan dia...memang salah cek mak...memang patut bapak marah..." luah Dayah.
"Sebab hang halau kawan hang tu ka ?" soal mak lagi.
Aku mengangguk laju.
"Awat hang buat lagutu...hang tak pikiaq ka kesihatan dia, Dayah..." bebel mak kesal.
Aliah menyampuk... " bapak tu selalu sakit Dayah...ada darah tinggi...jangan terlampau bagi tekanan dekat bapak... hang selalu buat dia risau...setiap kali dia telepon tanya, mesti dia sebut pasai hang....dia risaukan hang Dayah...turunkan ego sikit...".
Dayah diam. Kata – kata Aliah ada benar.
"Tak semua lelaki sama...sampai bila hang nak buat kami risau dekat hang Dayah...sampai bila? Mak bapak ni belum tentu hidup esok lusa...bapak nak tengok hang bahagia. Hang taw dak bapak serba salah sebab dia, hang tak mau kawin... " tambah mak lagi.
Dayah mula bersuara... " Jodoh tu urusan Tuhan, mak... Cek tak mau cakap pasai kawin lagi...tolong paham cek...mak nak suruh cek buat apa pun cek boleh buat. Bapak nak suruh cek berenti keja cek berenti...tapi soal hati biar cek buat keputusan mak... Keputusan cek serahkan pada Allah..."
"Dayah..." Aliah cuba memujuk aku lagi.
"Tolong, jangan paksa..." kata Dayah sebelum dia berlalu meninggalkan dapur.
Aliah mengeluh perlahan.
Harini, Dayah balik KL bersama Aliah, Saif, Hana dan Munir. Nasrun dengan Nuar akan balik esok pagi.
"Hati – hati bawak kereta..." pesan mak.
Saif mengangguk laju.
"Mak, nanti ada masa kami balik lagi mak.." kata Hana.
"Mana Dayah...? Dah nak gerak ni..." kata Aliah.
Dayah menolak pintu perlahan. Kelihatan bapak sedang tidur. Mata Dayah sebak melihat wajah bapak.
"Maafkan cek bapak. Cek tak mampu nak tunai apa yang bapak nak. Cek tak mampu nak jadi anak baik. Maafkan cek atas semua salah cek..." kata Dayah sebelum dia mencium dahi bapak.
Entah kenapa dia rasa sayu. Air mata Dayah menitis. Dayah megeluarkan sekeping sampul dan diletakkan di sisi katil. Hadiah untuk mak dengan bapak.
"Cek balik dulu..." kata Dayah sebelum dia meraih tangan bapak sebelum dikucup.
Dayah segera keluar dari bilik bapak.
"Mak, cek balik dulu naa...nanti cuti cek balik mai jenguk mak pulak...kata Dayah sambil memeluk mak.
YOU ARE READING
Gengster Terguris
General FictionAlif Danial @ AD Kerana keluarga, dia berubah. Hati mana tak terguris melihat keluarga sudah musnah. Melihatnya ibunya bermesraan dengan lelaki lain di hotel. Ayahnya berfoya-foya-foya dengan wanita muda di club. Dan adiknya, sudah lama melarikan di...