BAB 37

6.2K 248 11
                                    


"Asal tak gerak aku bangun...?" suara Aina mendatar.

Fiya menjawab... " Berkali – kali dia ketuk pintu bilik kau pagi tadi, miscall kau pun dia dah buat..."

"At least tunggu la aku bangun..." kata Aina.

"Tunggu kau, sampai petang dia tak bertolak lagi...kau buat apa sampai lewat malam...?" bebel Fiya.

Air mata Aina menitis. Dia segera masuk bilik. Menangis kerana tak dapat jumpa Dayah buat kali terakhir. Tangannya mencapai laju telefonnya.


10 miscalled from Dayah.

1 mesej from Dayah.


Aina membuka mesej dari Dayah.


Assalamualaikum, Aina.

Aku balik dulu. Jaga diri.

Berhenti balik lewat. Aku tak suka.

Ada masa jumpa lagi.

Bye – bye =( =(

Aina meraup mukanya sedih. Dayah...hope we will meet again.


**********


Terkejut mak melihat Dayah membawa balik banyak barang.

"Hang dari mana? Banyak barang..." kata Puan Fizah.

"Rumah sewa la mak...ni semua barang cek dari sana...cek balik duk sini mak, tu yang bawak balik semua barang ni..." jelas aku.

"Maksud hang, hang duk sini tak balik KL dah?" tanya mak lagi.

"Ya mak, cek outstation dekat sini tiga bulan...lepaih tu cek nak berenti keja...nak cari keja dekat sini...senang nak jaga mak dengan bapak. Nanti mak dengan bapak nak pi Mekah, cek boleh jaga Hazim..." cerita Dayah lagi.

Puan Fizah diam. Dayah suka risaukan orang lain dari dirinya.

"Mak ni...orang cerita...menung pulak..." rungut Dayah.

"Kemas la barang hang, mak nak pi dapur...masak..." jawab mak.

Dayah mengangguk laju.

Handphone Dayah berbunyi saat dia sedang berkemas. Tertera nama Aliff pada skrin. Bibir Dayah mengukir senyum. Laju Dayah menjawab panggilannya.


Assalamualaikum... - AD.

Waalaikumsalam...nak apa? - Dayah.

Amboi, garangnya...takut kita kat sini... - AD.

Kalau kau nak usik aku, baik aku letak telefon... - Dayah.

Ala kau ni tak sporting la..usik sikit tak boleh...aku rindukan kau la... - AD.

Rindu nak buli akukan...kau sama je dengan Zakif... - Dayah.

Takdelah... aku rindu nak jumpa kau...aku makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena... - AD.

Mengada...gatal...aku cubit nanti... - Dayah.

Nak aku pergi Kedah tak ? Nak bagi kau boleh cubit aku... - AD.

Bukan setakat cubit, parang aku bagi... - Dayah.

Gengster TergurisWhere stories live. Discover now