Dayah mula gelisah..hari ini genap dua bulan seperti yang Dato' Kamal katakan. Mahu atau tidak mahu dia kena langsai bayar hutang harini. Dia tak nak kahwin dengan Dato' Kamal. Orang tua itu sesuai dijadikan bapak mertuanya atau datuknya.
Aku mesti lari...tapi aku tak nak diorang pergi kampung halaman aku. Aku tak nak menyusahkan mak dan bapak. Aduh..macam mana ni. Dayah bercakap sendirian. Dayah mundar mandir depan ruang tamu. Aina memerhatikan tingkah lakunya dari tadi.
"Dayah...!!!" sergah Aina dari belakang.
"Opocot, aku main...eh...aku lompat bintang.." melatah Dayah.
Aina ketawa terbahak-bahak. Tak sangka Dayah kuat melatah.
" Kau ok ke ? Aku tengok kau macam kucing kehilangan anak...kau dah kenapa nak lompat bintang bagai. Cuba cerita ? Mana tahu aku boleh tolong ?? " kata Aina. Sisa ketawanya masih ada.
Dayah geram. Aku tengah ada masalah ni, boleh pulak dia sergah aku. Mati aku kau nak bayar hutang aku ke ? Jawab dalam hati. Tangannya terus mencubit Aina. Geram dia.
"Sakitlah Dayah.." marah Aina.
" Nasib baik aku tak ada penyakit jantung. Kau nak ke aku mati cepat ? Kalau aku mati...kau nak ke tanggung masalah aku. Aku ni ada masalah besar kau tahu tak ? " bebel Dayah. Tanpa sedar dia dah terlepas cakap.
" Masalah apa? Kalau aku boleh tolong..aku tolong...kalau kau tak bagitahu masalah kau pada aku macam mana aku nak tolong kau ? Lagi satu, kau tak boleh mati cepat. Aku baru nak buli kau. " kata Aina.
" Hamboi...hamboi...tak padan dengan muda nak buli yang tua. Jangan kurang ajar eh... Aku backhand jap g kau sampai dekat kekasih hati kau tu...." marah Dayah.
Aina berkata "Hahahahaha....ok...kau ngaku kau dah tua..ok nenek..aku tak kan buli kau. Boleh tak kita bercakap tentang masalah kau tadi. Kongsi la...aku tolong kalau aku mampu.. ".
Dayah menjeling. Tersedar atas keterlanjuran bercakap, Dayah diam. Dia tak nak sesiapa pun terlibat dalam masalahnya. Dia mula mengubah topik.
" Sapa nama pakwe kau ? Asal mana eh ? Kau tak nak kenalkan dengan kitaorang ke ?" tanya Dayah bertubi-tubi.
" Eh minah ni...ubah soalan... Asal cerita pasal aku pulak ?? Aku nak tolong kau ni...cepatlah...Baik kau bagitahu.." gesa Aina.
Dayah tak nak cakap. Aina menggoyang badan Dayah berkali-kali supaya berceritakan padanya. Namun Dayah tetap tak nak bercerita.
" Ok...fine...aku tak kan tanya kau lagi kau ada masalah apa...aku tak kan masuk campur lagi urusan kau...Dan aku tak kan tegur kau lagi...kau kata kau kawan aku...tapi kau nak kongsi masalah dengan aku pun tak nak " marah Aina.
Aina bangun, masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dihempas.
Dayah terkejut. Dia sedih. Maafkan aku.. Aku tak nak korang terlibat dalam masalah aku. Aku perlu pergi dari sini. Sebelum mereka datang sini dan ganggu kawan-kawan aku.
Dayah masuk dalam bilik dan mengemas barangnya. Dia mencapai kunci keretanya. Myvinya mula meninggalkan rumah sewa yang diduduki. Dia dah meletakkan nota dan sejumlah duit sewa rumah. Tanpa Dayah sedar, ada mata-mata yang memerhatikannya dan mengekorinya selama ini.
************
Fiya pulang ke rumah selepas bertemu ayah dan ibu Johan. Mereka sibuk membincangkan pertunangan mereka. Fiya tak sabar untu menanti detik bahagianya.
" Aina... Dayah... aku dah balik... mak Joe ada bagi lauk ni untuk korang... jom la makan... sedap weh.." panggil Fiya. Panggilannya tak disahut. Dia hairan. Sekali lagi dia memanggil "Aina... Dayah ". Ok..dia pelik. Selalu ada je bergelak bergaduh depan tv ni.
Dia ketuk pintu bilik Aina. "Aina...Aina..." panggilnya sambil mengetuk pintu.
Aina membuka pintu. Matanya merah. Kelihatan baru sudah menangis. Fiya gelabah. Apa yang terjadi ni?
Fiya bertanya " Kau ok tak ? Aina..kenapa ni...? Kenapa kau menangis ? Mana Dayah. "
" Jangan sebut nama Dayah depan aku.. aku tak suka ..aku tak ada kawan macam dia " kata Aina dengan sedu bersisa. Habis bergaduh dengan Dayah, Aina mendapat panggilan dari Andika. Andika mahu pergi. Pergi mengubat hatinya yang luka. Mana hatinya tak terluka lagi.
" Eh , kenapa ni... apa yang Dayah dah buat pada kau ? Aku balik bawa makanan nak makan dengan korang. Korang gaduh ke ? " tanya Fiya hairan.
" Sori Fiya, aku tak ada selera. Aku nak tidur. Pleasee..don't disturb me. " rayu Aina lantas tutup pintu.
Fiya melangkah ke bilik Dayah. "Dayah...Dayah..." panggil Fiya. Tak ada yang menyahut.
Fiya mengetuk pintu. Dia memanggil lagi. "Dayah...bukak pintu ni...kita bincang.. apa yang terjadi sebenarnya Dayah...? Kau buat apa dekat Aina.. ? ".
Tak ada sahutan. Fiya bengang. Tombol pintu dipulas. Tak berkunci. Fiya mula pelik. Bilik Dayah gelap. Tiada orang. Lampu dinyalakan. " Mana Dayah pergi.." getus Fiya. Pandangan terhenti pada sampul surat di atas katil.
Tangannya membuka sampul itu. Ada sejumlah wang dan surat. Fiya mula membaca.
Assalamualaikum,
ke hadapan kawan-kawanku yang comel dan sengal..
Aku Nur Hidayah Bt Hashim dengan rasa rendah hati... aku minta maaf... Aku harus pergi. Aku tahu aku pergi tanpa memberitahu korang. Mungkin ini jalan yang terbaik.
Fiya,
Walaupun umur kita sama, bagi aku, kaulah kakak kerana kau selalu ada waktu aku susah.Semua masalah aku kau selalu ada. Aku selalu menyusahkan kau. Aku malu pada kau. Sekarang kau menghitung hari untuk bertunang..lepas ni aku dah tak ada tempat mengadu. Aku sakit sikit kau jaga aku, aku tak makan kau masakkan untuk aku... Aku terharu..aku rasa aku tak layak jadi kawan kau. Maaf andai aku tak dapat hadir hari pertunangan kau, Fiya. Aku doakan kau bahagia.
Air mata Fiya tumpah. Dia menyambung baca.
Aina,
Lawakkan kita. Tiga tahun serumah baru dua bulan kita rapat. Bagi aku, dulu kau seorang budak sombong. Tapi bila aku dah lama kenal kau aku rasa kau ni senget macam Fiya jugak. Suka buli aku. Aku tak kisah. Sebab kau kawan aku. Aku suka menghabis masa dengan kau.Tapi harini, aku dah lukakan hati kau. Aku minta maaf. Harap kau tak terasa hati lagi dengan aku. Aku bukan tak nak bercerita. Aku tak nak menyusahkan kawan yang baru aku kenal.
Fiya... Aina...
Aku ada masalah. Sebab tu aku harus pergi. Aku tak nak melibatkan korang. Aku tak nak korang terluka gara-gara masalah aku. Aku nak selesaikan sendiri. Maafkan aku kerana tak mampu berkongsi satu masalah ni dengan korang.
Korang...jaga diri baik-baik. Andai takdir mengizinkan, kita akan bertemu kembali. Maaf aku pergi tanpa ucap selamat tinggal. Maaf aku pergi dalam membuat kau sakit hati. Jangan benci aku taw.
Aku nak minta tolong korang... tolong jaga mak dan bapak aku..tolong tanya khabar mereka bagi pihak aku.. tapi jangan bagitahu aku dah tak duduk dengan korang... :'(
Bagi aku persahabatan kita seperti lebih sukar dari matematik. Lebih rumit dari fizik, lebih susah dari biologi. Tetapi kita tak sebosan sejarah kerana kita penuh chemistry. Salam perpisahan. Aku pergi dulu. Assalamualaikum. (aku menangis weyh..)
Salam sayang,
Nur Hidayah bt Hashim
Fiya menangis. " Dayah...mana kau Dayah...kenapa kau pergi...? Ya Allah...jagalah dia..lindungi dia..moga dia tak apa-apa..." rintih Fiya. Aina datang ke bilik Dayah.
"Fiya, jom makan, aku.....kenapa kau menangis ?" tanya Aina tak sempat sambung katanya.
Fiya menyerah surat pada Aina. Lagi kuat Aina menangis.
Dayah dah pergi.
YOU ARE READING
Gengster Terguris
General FictionAlif Danial @ AD Kerana keluarga, dia berubah. Hati mana tak terguris melihat keluarga sudah musnah. Melihatnya ibunya bermesraan dengan lelaki lain di hotel. Ayahnya berfoya-foya-foya dengan wanita muda di club. Dan adiknya, sudah lama melarikan di...