Bab 16

6.6K 258 0
                                    



Hubungan aku dengan Man semakin keruh selepas kami bergaduh hari itu. Dia dah jarang balik rumah. Marah barang kali dengan kata-kata aku. Biarlah, aku tak peduli. Abang tak guna lansung. Geram pulak aku bila ingatkan dia...Suara mak memanggil memecahkan lamunan aku.

"Dayah...mai tolong kat dapur ni...hang duk dalam bilik buat apa ? Nak jadi anak raja ka ?" sindiran kejam mak memanggil aku.

"Ya mak, cek mai ni..." jawab aku malas nak gaduh.

Mak bercekak pinggang bila aku masuk dapur. Susah benar dia nak tengok aku masuk dapur.

"Esok adik hang nak tunang...awat hang jadi macam ni...? Tolong la sama..Awat ? Nak jadi puteri Raja ka ?" mak mula membebel.

"Mak...tu...menantu mak kan ramai..." aku tunjuk ke arah adik ipar aku yng sedang sibuk bergelak ketawa kat luar.

Mak membuntangkan matanya kat aku. Geram. Ada je budak ni nak menjawab. Aku mula ambik port untuk buat kerja. Aish..tak adil betul. Mana boleh macam ni..Siap korang.

"Munir...."

"Anwar"

"Saif"

Jerit aku memanggil adik ipar aku. Mereka yang berada di luar mula masuk ke dapur. Mak memerhati aku. Sorry mak..everyone will cooked today.

"Ha, nak apa ?" tanya Anwar.

"Mak cakap...malam ni kita masak..Dia nak rasa air tangan menantu dia..." kata aku.

Mak menjeling tajam. Guna nama mak jugak.

"Erkk,...mana kami semua pandai masak" jawab Anwar lagi.

"Tengok muka mak...harini dia bad mood..angin semacam...macam mana ni..." jawab aku nada gelabah.

Saif memerhati aku. Muka dia macam tak percayakan aku.

"Betul ke kak ? Saif mula curiga.

"Pergi la tanya mak.." jawab aku acuh tak acuh. Risau pulak Saif tanya. Tolong jela kak ipar kau ni Saif ooii....

"Biar aku panggil Hana suruh tolong kita sekali.." kata Munir berlalu pergi.

One knock, two more.

"Mak,..." Saif panggil.

Gulp. Habislah aku.

"Meh, Saif tolong potong ayam..." jawabnya.

Lega aku. Aku angkat tangan thumbs up kepada Saif. Nuar terkebil-kebil. Tak tahu nak buat apa.

"Aku nak buat apa ni..." tanya Anwar.

Aku tersengih. Idea jahat muncul di fikiran aku.

"Kupas bawang ni...lepas tu potong halus-halus..." arah aku sambil menghulur pisau dan papan pemotong kepadanya.

Aku mula mengupas kulit kentang. Manakala Munir aku suruh dia mengopek kelapa.

Adik-adik aku terkejut semua suami mereka sedang tolong di dapur. Nak tak nak mereka kena tolong.

"Nasrun...kenapa mata abang berair" tanya Nuar.

Nasrun tersengih melihat suaminya. Aku sudah geli hati dengan perangai Nuar. Nampak sangat dia tak pernah tolong Nasrun dekat dapur.

"Nuar, kenapa nangis?" tanya aku.

"Diamla...ni semua salah hang..." marah Nuar.

Aku mula ketawa terbahak-bahak. Mak memerhati je perangai aku. Mengeleng kepalanya terhadap aku.

Gengster TergurisWhere stories live. Discover now