Dayah termenung di ruang tamu dua tiga hari ini. Tangisan Maina yang meraung dari tadi Dayah tak sedar sama sekali. Hana yang sudah masak di dapur hairan kenapa anaknya tak berhenti menangis. Dia menuju ke ruang tamu. Terkejut dia melihat Dayah sedang termenung di sofa sedangkan anaknya yang sedang menangis tak dihiraukan. Hana bengang. Dikendong anaknya dan menuju ke arah Dayah. Tangannya laju menampar Dayah.
"Oiihh..sakit la..hang ni pasaipa?" marah Dayah.
"Pasaipa hang tanya...Maina duk teriak dari tadi hang tak dengar ka ? Duk mengelamun apa ?" Hana mula marah balik.
"Erkk..aku tak dengaq pun.." jawab aku selamba.
Hana mula geram. Tangan dia laju menarik telinga Dayah.
"Mana hang nak dengar..dari tadi dok mengelamun ? Aku tak taw hang sampai mana dah...eii, geram betui aku. Tak taw bila hang kawin nanti macam mana. Anak duk teriak lapar, hang sibuk mengelamun.." Hana mula membebel. Dia menarik telinga Dayah.
"Sakit la..."aduku lagi sambil menggosok telinga.
Dayah mula bercerita.."Ok..aku mintak maaf..aku tengah dok pikiaq ni... aku tak taw nak buat macam mana ? Aku mintak maaf...".
Hana mula duduk di tepi Dayah. Dia nak taw juga kakak dia seorang ni ada masalah apa.
"Masalah apa ? Cuba cerita kat aku? Mana taw aku boleh tolong?" tanya Hana lagi.
"Aku ada gaduh dengan kawan aku sorang ni..nama dia Aina. Dia cemburu aku rapat dengan Fiya..Dia selalu rasa kami berdua sisihkan dia tapi hakikatnya tak. Dia yang sisihkan diri dia. Fiya tu ajak aku dok balik dengan depa semua satu rumah tapi aku tak mau sebab aku rasa aku ni suka bagi masalah dekat depa.." jujur aku bercerita pada Hana.
"Kawan hang yang kita jumpa kat market tu ka ?" tanya Hana lagi.
Aku mengangguk laju. Aku menghulur tangan aku nak ambil Maina tapi Maina tak nak..dia merajuk dengan aku rasanya.
Hana mula bagi cadangan... "aku cadang hang duk dengan depa balik..jernihkan balik hubungan dengan depa..bincang elok-elok..duduk satu meja..bincang.."
Aku menggeleng tanda tak setuju.
"Kenapa ?" tanya Hana balik.
Aku mula bersuara " aku ada masalah dengan gengster sebelum ni...depa dulu selalu datang memerhati rumah tu..even masalah aku dah selesai, aku takut depa mai cari aku...aku tak mau kawan aku kena apa-apa.."
Hana terkejut.
Hana mula ingin tahu..."Gengster ? Apa pulak masalah hang dengan depa ?"
"Aku ada la cari pasai dengan depa..tapi dah settle..tak yah risau..tapi aku takut depa kacau kawan-kawan aku la.." jawab Dayah.
Hana diam.
"Kalau hang takut depa kacau hang lagi, hang lapor polis terus. Tapi aku rasa hang kena duduk satu rumah dengan kawan-kawan hang balik... Selesai masalah hangpa semua.." jelas Hana.
"Ka hang tak mau bagi aku duduk rumah hang ?" balas Dayah sinis.
Hana geram.
Dia menjawab "Mana ada... aku tak kisah la hang duk sini..".
"Bagi je la aku duk sini kalau macam tu..." aku membalas balik.
Hana menjawab "balik je Dayah rumah sewa lama hang tu.. hang duk sini lagi lama, aku rasa Maina pun meluat kat hang. Mintak jaga dia pun cukup susah."
"Yela-yelah..nanti aku tanya kawan aku dulu.." Dayah menjawab.
"Dah..jom makan.." ajak Hana.
**********
YOU ARE READING
Gengster Terguris
Ficção GeralAlif Danial @ AD Kerana keluarga, dia berubah. Hati mana tak terguris melihat keluarga sudah musnah. Melihatnya ibunya bermesraan dengan lelaki lain di hotel. Ayahnya berfoya-foya-foya dengan wanita muda di club. Dan adiknya, sudah lama melarikan di...