"Abang... ikut je la Ina... Ina nak kenalkan abang dengan seseorang..." gesa Aina yang membontoti AD dari tadi.
"Tak nak..." jawab AD mula masuk ke biliknya.
"Kawan Ina dah ada dekat sini... ikut je lah..." Aina mula memaksa.
"What wrong with you, Aina Dahlila... abang kata abang tak nak kan... pekak ke ? Kalau nak sangat, pergi kenalkan dia dengan Andika... bagi jadi madu kau... tak payah paksa abang... abang tak nak..." herdik AD yang mula geram dengan adiknya.
"Ina nak tengok abang bahagia... salahkah apa yang Ina buat ni ?" bentak Ina.
"Ina, jaga suami dengan anak sendiri dulu sebelum nak ambil tahu pasal abang... jangan sampai Dika dah bosan dengan kau baru kau nak menangis berendam air mata... Ina bertanggungjawab pada suami dan anak Ina...bukan jadi agen cari jodoh untuk abang..." balas AD kasar.
Adiknya itu perlu diajar. Sudah lama dia perhatikan sikap adiknya. Mungkin kerana Andika terlalu bagi muka padanya. Hal AD pun, dia sibuk nak tahu.
"Aina..." panggil seorang perempuan.
"Suraya... sorry buat kau tertunggu... kenalkan ni abang aku, Aliff and abang, ini Suraya..." perkenal Aina.
"Get out..." jerkah AD.
"Abang..." Aina menarik muka geram.
AD segera menolak Aina dan kawannya keluar dari pejabat sebelum mengunci pintu itu. Aina benar – benar melampau kali ini.
"Bukak pintu ni..." jerit Aina dari luar.
"Pergi mati..." bentak AD.
"Aina, jom la... malu orang tengok... aku tak nak la kawan dengan abang kau..." ajak Suraya.
"Sue, abang aku cuma..."kata Aina terhenti bila Sue menutup mmulutnya.
"Dah, jom pergi..." Suraya menarik Aina pergi.
Sakit otak AD dengan kelakuan adiknya. Bunyi interkom dari tadi mengusut fikirannya. Telefon diangkat kasar.
"Nina, can you please stop disturb me ? Kalau betina dua ekor tu tak reti nak balik, panggil je security..." bising AD.
"Maaf boss, tapi ada barang pos untuk bos dari overseas. It need your sign to you accept it..." jawab Nina gagap.
"Coming..." AD segera menuju keluar ke arah meja Nina.
AD menurunkan tandatangan pada dokumen itu yang dberikan oleh pos carrier.
"Terima kasih... ini barang milik En..." pos carrier menghulurkan kotak kecil pada AD.
AD meneliti dari mana barang pos itu datang. Matanya tertacap ke arah satu alamat. Perth. Jantung berdegup kencang bila melihat nama Dayah.
"Nina, saya tak nak diganggu... tolong batalkan semua appointment saya harini..." kata AD sebelum masuk ke biliknya.
"Baik boss..." Nina mengangguk walaupun dia pelik dengan kelakuan bosnya itu yang berubah angin tiba - tiba.
AD merenung kotak itu. Entah kenapa dia tak sanggup membukanya sedangkan dia ingin tahu isi kotak itu. Tangannya laju membuka isi kotak itu. Matanya tertacap ke arah kotak cincin yang tersembunyi di sebalik gumpalan kertas.
AD memejam mata perlahan. Dayah sudah membuat keputusan. Dia bukan milik AD. Hati AD terluka walaupun dia pernah cakap dia akan terima segala keputusan Dayah. Dia kehilangan wanita itu. Satu – satunya wanita yang membuat dia kuat selama ini. Dia merenung kotak cincin itu sebelum membukanya.
YOU ARE READING
Gengster Terguris
General FictionAlif Danial @ AD Kerana keluarga, dia berubah. Hati mana tak terguris melihat keluarga sudah musnah. Melihatnya ibunya bermesraan dengan lelaki lain di hotel. Ayahnya berfoya-foya-foya dengan wanita muda di club. Dan adiknya, sudah lama melarikan di...