BAB 85

5.4K 179 4
                                    



Bawa balik Dayah sekarang... - Puan Fizah.

Dia tak mau balik... Hazim nak hantar dia pi airport lepas ni... dia nak pi luar negara... dia tak mau balik dah... - Hazim.

Hang hasut apa dekat dia, Hazim... dia tu tengah mengandung... dia baru sembuh dari sakit... - Puan Fizah.

Mak... Dayah boleh jaga diri dia... Mak tak payah risau... dia dah patah hati dengan kita semua... - Hazim.

Hazim... tolong la Mak merayu... bawak Dayah balik... Mak risau tau dak... Hangpa dekat mana? – Puan Fizah.

Luar pada Kedah... Mak tak payah risau, dia selamat dengan Hazim... - Hazim.

Bawa balik dia... cakap kat dia, Mak nak bincang pasai benda ni... hang dengar dak cakap Mak... - Puan Fizah.

Cek takkan balik Mak... berenti paksa Hazim... Assalamulaikum... - Dayah.


Puan Fizah mengurut dadanya lemah. Terasa darah tinggi dia naik sejak dua tiga bulan ini dengan sikap anak – anaknya.

"Bila Dayah dengan Hazim nak balik...? Soal AD laju.

"Dayah tak mau balik... depa tak dak dalam Kedah... Hazim cakap Dayah nak pi luar negara... mak risau ni..." muka Puan Fizah cemas.

AD diam. Takkan Dayah betul – betul nak ke luar negara. Sedih hati dia mendengar.

"Habis tu, nak buat macam mana?" Hana mengigit jari.

Puan Fizah mendekati AD laju... "Telefon Hazim, Aliff... pujuk dia bagitau dekat mana depa... Mak risau ni... bawak Dayah balik..."

"Mana mungkin, Mak... Hazim takkan bagitau Aliff lepas apa yang Aliff buat pada Dayah..." bidas AD laju.

Puan Fizah menggeleng... "Mak yakin dia akan bagitau hang... hang cakap dengan dia, Mak takkan paksa Dayah pisah dengan hang... suruh dia bawak Dayah balik..."

Aliff memandang mak mertuanya lama. Betul ke dengan apa didengarinya tadi. 'Mak mahu menipu ni...' omel AD dalam hati.

"Aliff tak mau menipu Mak... lagi marah diaorang nanti kalau Aliff cakap macam tu..." AD tak setuju.

"Tipu apanya... Mak serius... takkan Mak nak main – main pulak... hang ni bila Mak bagi peluang... hang tak seriyes pulak...?" bebel Puan Fizah.

"Mak, yakin dengan keputusan Mak?" soal Hana terkejut.

"Mak yakin... Mak tak sanggup hilang anak Mak sorang..." jawab Puan Fizah serius.

AD memeluk Puan Fizah erat. Dicium pipi tua itu. Syukur dia Allah buka hati mak mertuanya.

"Terima kasih Mak..." AD mencium tangan Puan Fizah bertubi – tubi.

"Allah... hang ni... telefon Hazim lekaih... suruh depa balik..." arah Puan Fizah.

AD mengangguk. Laju dia mendail no. telefon Hazim.



**********


Dayah memandang air laut yang biru. Terlupa dia akan masalah yang dihadapinya. Matanya jatuh pada sepasang suami isteri. Teringat dia pada AD. Tak tahu lelaki itu sihat atau tak?

"Assalamualaikum..." tegur seorang lelaki.

Dayah menoleh. Terkejut dia melihat lelaki itu. Adam Muaz. 'Apa dia buat kat sini...?' omel Dayah dalam hati.

Gengster TergurisWhere stories live. Discover now