Hari ni genap seminggu aku ditangkap. Hampir tiap hari aku minta dilepaskan tapi jeritan aku berakhir dengan ubat tidur. Ya Allah, bantulah hambaMu ini.
" Makan ni..." kata AD sambil meletak makanan di atas katil.
Aku menjelingnya tajam. Mamat ni sengal ke apa ? Buta kot ? gumamku dalam hati.
" Dah, kenapa tak nak makan...makan lah..nanti Dato' kesayangan suami kau tu marah aku sebab biar kau kebuluran. Cepat makan..." bebel AD.
Geram pulak aku. " Eh pak cik, kalau kau tak bukak tangan aku macam mana aku nak makan ? Pakai lutut..? Hish...asyik mengarah je tahu." marahku.
AD kunci pintu. Hanya dia dan Dayah dalam bilik tu. Sekarang waktu Farid berehat, nanti mereka akan tukar shift pula. Dayah terkejut. Asal mamat ni kunci pintu. Jangan-jangan dia mahu apakan aku. Dayah bersedia untuk menendang kalau AD melakukan yang bukan-bukan.
" Kau jangan cuba nak lari...daripada kau fikir cara nak lepas diri, baik kau makan bagi ada tenaga. Kau lari pun, kau tetap ditangkap balik masuk dalam tempat ni. Jadi, baik kau makan.." kata AD sambil membuka ikatan di tanganku.
Aku ingat dia nak buat apa tadi. Dayah makan tanpa banyak cakap. Baik aku diam fikir cara nak keluar.
AD mula mengikat tangan Dayah kembali selepas habis makan. Aku kena telefon mak. Mesti mak risau..fikir Dayah.
" Aku nak minta tolong boleh ? " soalku pada AD.
" Kau nak apa lagi ? Pergi tandas ? tadi kan baru pergi " kata AD.
" Bukan lah..nak pinjam telefon boleh ? " kataku.
" Kau dah gila ke ? Atau kau ingat aku ni bodoh...mana ada gengster bagi pinjam handphone pada mangsa culik.. " marahnya pada aku.
" Tolong la aku... please...please..aku janji aku takkan buat apa-apa. Kau bagi je handphone aku..nanti aku pulangkan balik. Tolonglah " kataku sambil menarik baju AD.
" The answer is NO. No and it is No. Itu sama ja aku letak nyawa aku dalam lubang kubur..mana tahu kau repot polis." bebel AD.
Aku membungkam.
" Hmm...Aku nak call mak aku je kot. Korang culik aku masa aku nak balik kampung. Aku cuma nak tanya khabar ja. Aku nak bagitau aku tak jadi balik. Aku tak nak mak aku risau..tak apalah kalau kau tak percaya aku.." luahku sedih.
Lemah aku dengan perempuan ni. Tak suka betul perempuan macam ni. AD melangkah ke pintu. melihat sama ada orang yang berkawal di luar. Dia menguncikan pintunya. Lantas dia menghulur hanphone kepada aku.
" 10 minit panggilan saja aku bagi. Nah... " hulur hanphonenya pada aku.
Aku terus mendail no. telefon rumah.
Assalamualaikum, mak...Dayah ni.." kataku.
Waalaikumussalam...ha, Dayah, hang pi mana. Hana kata hang nak balik...awat tak sampai-sampai lagi. Hang sihat ka ? Hang dok mana ni... ? tanya mak.
" Cek sehat mak... mak sehat ka ?" sedih suaraku dengar suara mak. Batuk- batuk dia disana. Aku hampir nak menangis. Aku sambung perbualanku.
" Mak, cek mintak maaf la cek tak jadi balik. Bos tak bagi cuti. Ni cek ada keja kat KL ni mak... bulan depan cek balik.." air mataku tumpah.
" Tak pa la hang tak dapat balik...janji hang selalu telepon kami. Mak bukan apa.. pak hang tu selalu bising. Tanya pasai hang. Hang tu dah anak dara. Paham-paham la kenapa dia marah...tanya la khabaq dia..." pesan mak pada aku.
Ralik AD mendengar perbualan Dayah, tiba-tiba pintu bilik diketuk. AD menyuruh menamatkan panggilan.
" Mak, nanti Dayah telepon lain na.. boss panggil...kirim salam kat semua na. Assalamualaikum.." kataku lantas meletak telepon lalu menghulur pada AD.
YOU ARE READING
Gengster Terguris
Fiksi UmumAlif Danial @ AD Kerana keluarga, dia berubah. Hati mana tak terguris melihat keluarga sudah musnah. Melihatnya ibunya bermesraan dengan lelaki lain di hotel. Ayahnya berfoya-foya-foya dengan wanita muda di club. Dan adiknya, sudah lama melarikan di...