BAB 96

6.6K 202 1
                                    



Dayah tersenyum mendengar suara merdu AD melaungkan azan dan iqamat pada anak mereka. Tangannya dari tadi tak berhenti merakam detik – detik itu.

"Tak boleh lepas abang dari kendong dia..." usik Dayah melihat AD mengendong anak mereka.

"Yelah... cinta hati kita... comel anak kitakan..." AD mula duduk di sisi Dayah.

"Muhammad Al – Fateh...?" soal Dayah suka.

"As we discussed sayang... sedapkan nama tu... thanks sebab bagi abang anugerah terindah ni..." AD mencium pipi Dayah.

"Ehem... ehem..."

Dayah dan AD menoleh. Ketawa mereka melihat Puan Fizah mula bercekak pinggang.

"Pantang... ingat sikit..." ejek Hazim sebelum meluru ke arah AD mahu melihat anak saudaranya.

"Okay, dak ni?" tegur Puan Fizah.

"Okay... bila tengok muka Mak..."Dayah membuat muka comel.

"Allah, mengadanya..." Puan Fizah membuat muka menyampah.

Dayah ketawa. Bahagia dia seketika.

"Putih pipi cucu Mak... geram Hazim tengok..." Hazim mencium Fateh sehingga dia merengek kelemasan.

"Hazim... ganggu dia tidur pasaipa...?" marah Puan Fizah.

"Mak ni..." Hazim menjuih bibir.

Fateh mula bertukar tangan. Dayah mula memujuk Fateh yang mula menangis.

"Hangpa pi makan... sat lagi nak solat Jumaat..." arah Puan Fizah melihat Fateh seakan lapar.

"Abang pergi makan dulu... nanti abang naik balik..." AD mencium dahi Dayah.

Dayah mengangguk laju. Diangkat bajunya sedikit untuk membiarkan si comel minum susu.

"Mak dah makan?" tanya Dayah bila mereka tinggal berdua.

"Dah... Mak bawak makanan dekat hang... takut lapar... hang kena makan... bagi bertenaga sikit..." Puan Fizah membuka bekal makanan.

"Sat lagi la Mak... cek tengah menyusu... Aliff dengan cek bincang... kami nak bagi nama Muhammad Al – Fateh dekat anak kami..." kata Dayah.

"Sedap nama tu... nama pembuka Kota Konstantinople... pandai hampa pilih... makan sikit, Mak suap..." Puan Fizah mula duduk dekat sisi Dayah.

"Sweet la Mak ni... ni yang sayang ni..." ketawa Dayah.

"Kan... ingat laki hang ja ka pandai sweet... Mak sayang semua anak Mak jugak... Ustazah Solehah dengan Tok Imam kirim salam... tadi depa mai rumah..." cerita Puan Fizah.

"Waalaikumussalam... depa mai buat apa?" kata Dayah yang mula menjamah makanan.

"Pasai hang la... dia nak jugak nak amik Fateh ni jadi cucu angkat dia..." bidas Puan Fizah sambil menyuap nasi pada Dayah.

"Cek tak kisah kalau Tok Imam dengan ustazah, Mak... tapi yang cek kisah tu anak dia... kenapa dia tak amik anak yatim jadi anak angkat? Cek nak jaga hati Aliff... dia geram tengok Muaz pandang cek..." luah Dayah.

"Aliff cemburu... biasa la tu... Muaz tu baik... boleh dia ajar anak hang mengaji Quran... dia tu ilmu tinggi..." pujuk Puan Fizah.

Dayah menggeleng... "Cek taw Muaz masih ada taruh hati lagi... sebab tu dia nak ambik anak cek jadi anak angkat dia... lagipun haritu waktu cek dekat Kelantan dengan Hazim... dia ada dekat sana sekali Tok Imam dengan Ustazah... selalu ajak cek sembang tapi cek tak mau... ingat lagi pasai Mak bagi nombor dekat Muaz, kami gaduh... Aliff marah la sebab dia call cek... sepatutnya call dia kalau nak bincang pasai anak kami..."

Gengster TergurisWhere stories live. Discover now