BAB 81

4.5K 172 5
                                    



Tangan Dayah yang sejuk dipegang lembut sebelum dikucup perlahan. Sayu AD melihat Dayah terbaring dengan wayar penuh pada tubuhnya. Air matanya tumpah kerana gagal melindungi Dayah.

"Kenapa sayang buat abang macam ni? Abang tak boleh kehilangan sayang... bangun please..." sayu AD mula bercakap dengan Dayah.

AD menyeka air mata pada pipinya.

Dia bercakap lagi... "Sayang kena bangun... abang perlukan sayang... anak kita perlukan sayang... kalau abang kehilangan sayang, abang akan kehilangan anak kita juga... sayang janjikan tak akan tinggalkan abang..."

Kedatangan Puan Fizah dengan Hazim menghentikan lamunannya. Dia segera menyeka air matanya.

"Hang buat apa dekat sini?" soal Puan Fizah kasar.

"Saya nak jaga Dayah, Mak..." jawab AD perlahan.

Puan Fizah membidas laju "Tak payah... nanti mati pulak anak aku... aku boleh jaga dia... hang boleh balik..."

"Mak... bagi Aliff jaga dia..." pujuk AD.

"Jaga... kalau hang jaga dia elok – elok, Dayah takkan jadi macam ni... semua ni salah hang..." suara Puan Fizah meninggi.

"Mak... kita kat hospital..." tegur Hazim.

"Dayah isteri saya... saya akan jaga dia... Mak suka ataupun tak, saya akan jaga Dayah..." AD bagi kata putus.

"Abang... jangan keruhkan lagi keadaan..." nasihat Hazim.

AD diam. Dia tak akan berganjak dari situ walaupun dia kena halau keluar. Dia tetap mahu bersama Dayah.

"Keluar..." bentak Puan Fizah kuat.

Tiba – tiba mesin yang mengawal gerak jantung Dayah berbunyi. Tercengang AD seketika.

"Dayah..." panggil AD.

Puan Fizah turut mendekati tubuh Dayah yang mula bergerak. Dia cemas. Tak tahu apa yang perlu dilakukan. AD laju menekan butang kecemasan yang berada di situ.

Dr. Surida masuk ke bilik Dayah ditempatkan. Nafas Dayah mula turun naik. Nurse segera menghidupkan mesin defibrillator untuk menyelamatkan Dayah.

"Tunggu luar..." Dr. Surida mengarah mereka keluar.

Puan Fizah menggeleng tidak mahu sebelum nurse menolak mereka bertiga keluar dari wad. Puan Fizah mula menangis.

AD diam tak berkutik. 'Ya Allah selamatkanlah isteriku Ya Allah... aku perlukan dia disisiku...' doa AD dalam hati.



**********



Dayah memerhati sekeliling. Dia berada di satu tempat yang tak pernah dia lihat.

"Nur Hidayah..." sapa satu suara.

Dayah segera menoleh. Kelu dia melihat bapak sebelum lari memeluk bapak erat.

"Bapak... Dayah tak mimpikan..." tanya Dayah memandang muka bapak lama.

"Belum tiba masa hang untuk berada di sini... hang kena kuat, Dayah..." pesan bapak.

"Maksud bapak?" Dayah tak faham.

Bapak memegang tangan Dayah sebelum memimpin Dayah ke satu bilik. Kelu Dayah melihat diri dia terbaring di atas katil dengan wayar yang berselirat pada tubuhnya.

Gengster TergurisWhere stories live. Discover now