AD merenung cincin yang ditempah khas untuk hari perkahwinan dia bersama Dayah. Dia sendiri design cincin perkahwinan mereka.
"Hmm...calon pengantin termenung..." Dika menghentikan lamunan AD.
AD tersenyum sinis.
"Macam mana persiapan ?" soal Johan.
"Almost done... tinggal pengantin perempuan balik bersama baju pengantin..." jawab AD bersahaja.
"Tak balik lagi..." muka Dika terkejut.
AD menggeleng.
"Seriously... akad nikah lagi dua minggu kot...kau tak call Dayah ke tanya ?" soal Johan lagi.
"Aku tengah merajuk dengan dia..." jawab AD laju.
Ketawa Dika dan Johan meletus.
"Yelah, aku cakap sikit semua dia tak setuju.... tak nak dewan, tak nak catering, tak nak bersanding..." cerita AD.
"Memang dia tak nak... semua tu buang duit bagi dia..." balas Johan.
"Aku bayar kot, satu sen dia tak keluar...apa yang bazirnya...?" bidas AD laju.
"She not likes other woman...dia cuma nak hebah dia dah berkahwin bukan nak menunjuk pada orang. Takkan kau tak tahu keluarga Dayah macam mana... mereka bukan jenis orang yang jenis membuang duit. Lagi satu, tiada adat bersanding dalam Islam bagi Dayah. Dia memang menjaga bila sesuatu perkara itu berkait dengan agama..." tambah Johan.
AD diam. Benar cakap Johan. Selama ini Dayah sangat menjaga diri dia. Cuma dia yang selalu ambil kesempatan ke atas diri Dayah.
"Kau cakap macam kau kenal Dayah dah lama...mana kau tahu?" soal Dika hairan.
"Aku, Fiya dan Dayah belajar sekali kot dulu. Tapi aku kenal Dayah waktu kami belajar Diploma. Fiya kenal waktu kami buat Degree... kira aku kawan rapat dia jugak sebelum bertemu dengan Fiya...kau beruntung dapat kahwin dengan Dayah..." balas Johan.
"Kenapa aku tak tahu pun yang kau study dengan dia dulu... aku ingatkan Fiya ja study sekali dengan dia...?" AD membuat muka hairan. Soalan itu juga berbaur cemburu.
"Tak payah nak cemburu sangat..." tegur Dika bila AD menampakkan cemburunya yang ketara. Marah betul dia bila ada lelaki rapat dengan Dayah.
"Yes, I'm jealous... " AD mengerling tajam. Ketawa Johan mendengar kata – kata itu.
"Borak apa seronok sangat ?" Fiya mendulang air dari dapur sambil dibontoti Aina.
"Pasal wedding abang kita sorang ni... lagi dua minggu nak jadi suami orang..." jawab Dika.
"Sapa perempuan tu?" soal Aina nak tahu. Entah kenapa abangnya berahsia dari dulu lagi tentang buah hatinya.
"Adalah..." ujar AD selamba.
"Abang, sampai bila nak berahsia dari Aina...Aina nak tahu juga siapa perempuan yang mencuri hati abang tu... takkan nak tunggu hari akad nikah baru abang nak cakap..." balas Aina geram.
Fiya bersuara "Ermmm, aku pun nak tahu juga siapa perempuan tu... ?"
"Tunggu je lah hari akad nikah nanti..." AD tetap tak mahu membuka mulut.
"Abang, salahkah Ina tahu sapa calon kak ipar Ina...macam mana la abang kenal dia....entah– entah nak kikis duit abang ja..." bebel Aina lagi.
"Aina Dahlila, she not a woman likes that... she better good more than you because she use her mouth to praise to Allah not likes you to use your mouth accusing and pot pet pot pet...." bidas AD garang.
YOU ARE READING
Gengster Terguris
General FictionAlif Danial @ AD Kerana keluarga, dia berubah. Hati mana tak terguris melihat keluarga sudah musnah. Melihatnya ibunya bermesraan dengan lelaki lain di hotel. Ayahnya berfoya-foya-foya dengan wanita muda di club. Dan adiknya, sudah lama melarikan di...