AD merenung telefonnya. Berharap sangat Dayah menelefonnya kembali. Sungguh dia cemburu melihat gambar Andika bersama Dayah tadi. Seakan mereka adalah sebuah keluarga.
"Dayah..telefon la aku..." AD bercakap sendirian.
"Boss, Aina..." kata Nina melalui interkom terputus bila Aina meluru masuk ke arah biliknya sambil menangis.
"What wrong with you...?" soal AD terkejut.
"Dika, abang..." segera dia memeluk AD.
"Kenapa dengan dia ?" soal AD lagi.
"Dia pergi outstation bawa Aissa... dia marah dengan Aina..." menangis Aina dalam pelukan AD.
"Dia tak ajak Aina ke ? Atau Aina yang tak nak ikut ?" AD meleraikan pelukan Aina.
"Kami bergaduh... dia marah sebab Aina tinggal Aissa dengan pembantu rumah. Dia bawa Aissa pergi sebab dia tak harap Aina akan jaga Aissa semasa dia tak ada..." cerita Aina.
Dia mula menyindir "Nampak tak salah sapa sekarang ni ? berapa kali abang pesan pada Aina, jaga suami elok – elok... jaga anak elok – elok... tapi apa Aina buat ? Sibuk nak menjodohkan abang dengan kawan – kawan Aina, shopping, lepak..."
"I not come to fight with you and heard you nagging me..." bidas Aina.
"Then what ? Buat apa datang sini ? kenapa mengadu pada abang ? Abang nasihat tak pernah nak dengar. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Aina Dahlila, you are not young anymore. Takkan nak tunggu suami tinggalkan kau jumpa perempuan lain baru nak berubah ?" marah AD.
Aina diam.
"Kalau tak sayang Andika, lepaskan dia... jangan buat dia nampak macam lelaki dayus..." tambah AD lagi bila melihat Aina diam.
"Abang..." air mata Aina kembali menitis. Tak sangka abangnya sendiri sanggup berkata begitu pada dia.
"Syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suami... berubahlah Aina..." nasihat AD. Segera AD memeluk adiknya yang masih menangis.
Pintu pejabat AD dikuak.
"Sorry boss ganggu, boss nak kena pergi Perth esok. Freelance want to meet you boss...if you can't it will be alright..." kata Nina.
"Perth ?" tanya AD.
"Yes boss... you will be there for two week...if you can..." kata Nina.
"Okay, I will go..." AD tersenyum. Gembira membayangkan dia dapat jumpa Dayah.
Nina mengangguk tanda faham sebelum dia keluar.
"Ingat pesan abang Aina...berubahlah... duduk dekat rumah tu cuba Aina fikir, Aina renung balik salah – salah Aina. Hati manusia ni boleh berubah, begitu juga hati dia... pujuk dia balik..." kata AD melihat Aina masih lagi menangis.
Aina mengangguk perlahan sebelum mengelap air matanya.
"And jangan risau pasal abang... abang dah ada seseorang nak jaga abang... berhenti la bawa kawan – kawan Aina datang sini... abang tak suka..." pesan AD lagi.
Terbeliak mata Aina mendengar abangnya berkata begitu.
**********
"Berapa hari kau dekat sini?" tanya Dika.
"Dua minggu... ada kerjasama dengan syarikat Freelance..." jawab AD.
YOU ARE READING
Gengster Terguris
General FictionAlif Danial @ AD Kerana keluarga, dia berubah. Hati mana tak terguris melihat keluarga sudah musnah. Melihatnya ibunya bermesraan dengan lelaki lain di hotel. Ayahnya berfoya-foya-foya dengan wanita muda di club. Dan adiknya, sudah lama melarikan di...