Cukup tiga bulan Dayah bercuti di rumah. Bapak semakin pelik sebab lama Dayah bercuti. Aish bapak ni...sepatutnya dia happy aku bercuti..tolong dia di kampung.
Nasib baik Hana bawa balik kereta Dayah dekat kampung waktu majlis tunang Sakinah, kalau tak alamatnya bas lagi la jawabnya.
"Minum ayaq teh ni...Pukul berapa nak bertolak ?" tanya Mak menghentikan lamunan aku.
"Petang ni mak..dalam pukui 5 cek bertolak...sampai KL dalam pagi esok.." jawab aku.
"Nak mak masak apa-apa ka hang nak bawak balik..?" tanya mak lagi.
Aku sengih. Mengangguk kepala minta makanan kegemaran dibuat.
Mak menuju ke dapur.
Dayah mengambil telefon lalu mendail nombor telefon Fiya. Nombornya dipadam kembali. Ada ke diorang nak aku duduk situ balik.
Dayah mengeluh. Tangannya mendail nombor telefon Hana.
Assalamualaikum, Hana.. aku ni Dayah. – Dayah.
Waalaikumussalam, sihat ka ? Kenapa call ? - Hana.
Hmmm sihat...aku nak tumpang tidur rumah hang sementara ni boleh dak ? – Dayah.
Boleh ja..mai la duduk sini...tapi hang pasaipa ? Gaduh dengan housemate ka ? – Hana.
Dak aih..aku nak duduk sat ja...sementara nak cari rumah sewa baru...tak gaduh apa aih – Dayah.
Aku ingat ada apa...mai la...nanti aku bagitau Munir. Bila nak mai..? - Hana.
Aku bertolak petang ni...esok sampai... - Hana.
Ok..apa-apa bagitau balik..kirim salam kat mak dengan bapak. Assalamualaikum... - Hana.
In sya Allah, nanti aku bagitau...Waalaikumussalam.. – Dayah.
Dayah melangkah ke dalam bilik mengemas pakaiannya. Banyak baju yang hendak dia kemas. Ikutkan hati dia tak nak susahkan Hana. Dia mahu balik rumah sewanya. Tapi risau kawan-kawannya masih marah dekat dia terutama Aina.
Habis saja Dayah mengemas, dia menuju ke dapur menolong mak masak. Menghabiskan sedikit masa bersama mak sebelum balik KL.
"Dayah.." panggil mak.
"Kenapa mak ?" tanya aku.
Mak menyambung... " Hang marah lagi ka dekat Man..? Dah la tu...hang pa adik beradik..sampai bila nak gaduh...?".
When my mums starts again about my brother dan aku malas nak bertekak panjang..."Yelah mak..tapi kalau dia buat lagi perangai...sumpah cek tetak dia mak..." kata aku bagi amaran.
Tamparan mak hinggap kat bahu aku.
"Mak, sakitlah..cek cakap benda betui.." aku mengeluh.
"Dia abang hang, salah silap dia kita tegur dengan cara betui..bukan dengan marah, bergaduh...balik KL nanti jangan duk gaduh dengan orang pulak...bawak berbincang elok-elok.." mak mula bagi nasihat.
Aku mengiyakan kata-kata mak.
Semua barang aku masukkan dalam kereta. Makanan yang mak bagi pun aku dah masukkan dalam kereta. Sedih pulak nak tinggal mak sorang-sorang. Nasib baik la Sakinah ada.
"Mak, cek pi dulu na...kirim salam dekat bapak...Kinah..jaga mak dengan bapak... apa-apa call.." jawab aku.
"Hati-hati Dayah..jangan bawak laju-laju..kalau penat berhenti berehat.." kata mak.
YOU ARE READING
Gengster Terguris
Ficción GeneralAlif Danial @ AD Kerana keluarga, dia berubah. Hati mana tak terguris melihat keluarga sudah musnah. Melihatnya ibunya bermesraan dengan lelaki lain di hotel. Ayahnya berfoya-foya-foya dengan wanita muda di club. Dan adiknya, sudah lama melarikan di...