"Assalamualaikum..." tegur Tok Imam.
"Waalaikumussalam, Tok... awal keluar..." balas Dayah yang mengambil udara segar pantai.
"Saja ambil angin... sementara nak pi pondok sat lagi... Tak sejuk ka hang?" Tok Imam duduk di kerusi di hadapan Dayah.
"Cek keluar lepas Subuh tadi... saja bangkit awai sementara tunggu matahari terbit..." sengih Dayah.
Tok Imam mengangguk... "Tok tunggu semalam... hang tak mai pun... tak sudi ka terima pertolongan Tok...?"
Diam Dayah. Tak sangka Tok Imam masih ambil berat pasal masalah yang menimpa dirinya.
"Cek bukan tak mau terima Tok... cek malu nak ceghita masalah keluarga kat Tok... ya la Tok selalu bantu cek... cek malu dengan Tok asyik susahkan Tok... lagipun cek takut aib keluarga cek..." luah Dayah.
"Tok tolong ikhlas... sapa – sapa pun Tok tolong... Tok faham bila hang cakap pasai aib... takpa Tok tak paksa hang... tapi kalau perlu nasihat Tok... telefon Tok... mana Tok boleh tolong, Tok tolong..." pesan Tok Imam.
Dayah senyum sebelum mengangguk laju. matanya memandang apabila melihat Muaz menghampiri mereka. Laju dialihkan pandangan ke arah pantai.
"Borak pasai apa ni? Serius ja Muaz tengok Walid berbincang ?" celah Muaz yang baru muncul.
"Tak dak apalah... ummi hang dah siap ka?" Tok Imam mengubah topik.
"Siap dah... tunggu kat kereta... kita sarapan dulu baru bergerak pergi sekolah pondok..." jawab Muaz.
"Ha Dayah... ikut kami pi sarapan... nanti kami hantar hang balik kat sini.." pelawa Tok Imam.
"Eh... takpalah Tok... sat lagi Hazim cari cek pulak..." tolak Dayah laju.
Muaz menyampuk... "Jomlah... nanti ana call Hazim... enti tapau sarapan untuk dia sekali nanti..."
"Takpa... takpa...nanti susahkan pulak nak hantar balik... perjalanan enta jauh lagi..." bidas Dayah.
"Jomlah... jangan ketegaq sangat... kesian dekat anak lapar..." Tok Imam memberi kata putus.
"Yelah... Tok ni suka paksa cek..." Dayah menjuih bibir masam.
Sengih Muaz melihat muncung Dayah masam. Comel Dayah pada matanya. Laju dia mengikut Dayah dari belakang ke arah kereta.
"Enta jalan depan..." Dayah tak selesa bila Muaz dibelakangnya.
"Ladies first..." Muaz tetap berjalan di belakang Dayah.
Dayah membidas geram... "Saidina Umar pernah berkata dia lagi sanggup berjalan di belakang singa dari berjalan dari belakang seorang wanita..."
Sentap Muaz seketika. Pedas dan berbisa cara Dayah menegur dia. Laju dia berjalan ke hadapan menyaingi walidnya. Walidnya ketawa sebelum mengangkat thumbs up pada Muaz yang sudah malu.
**********
Laju AD mengetuk chalet yang didiami Hazim. Lama dia menunggu sebelum pintu itu dibuka.
"Dah sampai...?" Hazim mengeliat kasar.
"Baru bangun... dah pukul 10 kot..." bebel AD meluru masuk chalet.
"Penat... last kursus semalam habis pukul 11... ngantuk kot... lima hari tak cukup tidur..." jawab Hazim mamai.
"Mana Dayah?" soal AD melihat Hazim keseorangan.
YOU ARE READING
Gengster Terguris
General FictionAlif Danial @ AD Kerana keluarga, dia berubah. Hati mana tak terguris melihat keluarga sudah musnah. Melihatnya ibunya bermesraan dengan lelaki lain di hotel. Ayahnya berfoya-foya-foya dengan wanita muda di club. Dan adiknya, sudah lama melarikan di...