Hati Haikal sakit. Sakit bila mengetahui Dayah berkahwin. Apatah lagi dengan orang yang dia paling benci. Marahnya meruap – ruap. Dia tak dapat menerima kenyataan bila tahu Dayah bukan miliknya.
Selama ini Dayah menolak cintanya. Berkali – kali dia mencuba tapi hati Dayah sekali tak dapt dia miliki. Apa kelebihan yang ada pada AD pun dia tak tahu sehingga Dayah suka padanya.
Haikal mengeluh kasar. Dihempas barang yang berada di hadapannya. Staf yang berada di luar pejabatnya terkejut dengan amukan Haikal.
"Tak guna...!!!" bentak Haikal.
File – file yang berada di mejanya semua dihempas ke lantai.
"Once I can't get you, Dayah... there no one can have you... I will make sure both of you suffer..." dendam Haikal.
Terkejut Dato' Sidek selepas mendengar aduan dari P.A Haikal yang Haikal sedang mengamuk. Segera dia menapak ke bilik Haikal.
"Haikal...apa semua ni?" tanya Dato' Sidek melihat bilik Haikal bersepah.
"None of your business, daddy..." Haikal mendengus kasar.
"My business when you make problem at the office and you are my son..." jawab Dato' Sidek laju.
"The problem is you. Kalau daddy and mummy tak paksa Haikal kahwin dengan Linda, Dayah tak akan kahwin dengan lelaki tak guna tu..." bentak Haikal.
"Haikal... you and Dayah done have nothing... Dayah tak suka Haikal. She not love you... apa yang susah sangat Haikal nak faham ?" suara Dato' Sidek meninggi.
Haikal mendengus kasar. Ditolak Dato' Sidek ke tepi sebelum dia berlalu keluar dari pejabatnya.
Dato' Sidek mengucap. Tak sangka Haikal boleh jadi sebegitu sekali.
**********
"Ingat pesan abang, jangan nakal – nakal keluar dengan Fiya nanti... jangan pandang lelaki lain... duduk kalau penat... jangan berlari..." pesan AD.
"Abang ni... ingat saya budak – budak ke nak lari..." Dayah menarik muncung masam.
"Mulut tu...Cium kang baru tahu... dengar pesan abang taw... risau nak bagi sayang keluar..." kata AD.
Permintaan Dayah mahu keluar bersama Fiya membuat dia risau. Apatah lagi dengan keadaan dia sedang mengandung. Ikutkan hati dia tak mahu membenarkan Dayah keluar. Mahu saja Dayah berehat di rumah.
"Ya abang... saya akan ingat pesan abang... abang jangan la risau... saya keluar kejap je ni..." jawab Dayah.
AD mengangguk. Dicium dahi Dayah laju. Dipeluk Dayah dengan erat.
"Abang, dah lewat nak pergi pejabat... cepatlah..." ronta Dayah dalam pelukan AD.
"Sayang ni... halau pulak..." AD mula merajuk.
"Merajuk pulak..." omel Dayah perlahan.
"Abang dengar..." jegil AD.
Tersengih Dayah melihat muka AD menahan geram. Didekatkan dirinya dengan AD. Dicium kedua belah pipi AD sebelum ciuman itu berakhir di bibir AD.
"Abang... jangan la merajuk... tak hensem nanti...saya janji saya jaga diri...nanti saya call abang kalau ada apa – apa..." pujuk Dayah.
AD tersenyum mendengar.
"Hati – hati taw... ingat pesan abang... abang pergi kerja dulu..." kata AD.
Dayah mengangguk seraya mencium tangan AD. Dihantar AD ke kereta.
YOU ARE READING
Gengster Terguris
General FictionAlif Danial @ AD Kerana keluarga, dia berubah. Hati mana tak terguris melihat keluarga sudah musnah. Melihatnya ibunya bermesraan dengan lelaki lain di hotel. Ayahnya berfoya-foya-foya dengan wanita muda di club. Dan adiknya, sudah lama melarikan di...