AD memerhati wajah Dayah yang lena dalam pelukannya. Bengkak mata Dayah sebab menangis sebentar tadi. Dicium pipi itu lembut.
"I miss you... I'm sorry sayang..." ucap AD perlahan.
AD meletakkan Dayah perlahan di atas bantal. Segera dia bangun mencapai Vaseline pada meja solek. Dia menyapu losyen sebelum mula mengurut kaki Dayah yang bengkak. Diurut perlahan supaya tidak menganggu tidur Dayah.
"Ermmm..." Dayah mengeliat kegelian apabila kakinya diusik sebegitu. Senyum AD sambil meneruskan urutannya.
**********
Dayah membuka matanya berat. Lena sungguh dia tidur harini. Dipandang jam sebelah katil. Jarum pendek menunjukkan pukul 12 tengah hari. Terbangun dia dari tidur.
"Lamanya aku tidur..." omel Dayah sendirian.
Nasib baik AD tiada disebelahnya, kalau tak memang Dayah tidak bangun dari tidur. Lepas apa yang terjadi Subuh tadi, dia merasa malu mahu tegur suaminya sendiri. First time dia bergaduh besar dengan AD.
Dayah melangkah ke arah tingkap biliknya. Diselak membiarkan cahaya dan udara masuk. Matanya terpandang ke arah kereta milik Andika dan Johan.
"Buat apa kat sini tengah – tengah hari... lagi malu aku nak turun bawah... dengan muka baru bangun tidur ni.... Arghhh..." Dayah mendengus kecil.
Dayah mendekati katil kembali. Dikemas tempat tidurnya itu. Tiba – tiba tombol pintu dipulas. Laju Dayah melompat masuk ke dalam selimut, berpura – pura tidur. Dia malu berhadapan AD.
"Tuan puteri tak bangun lagi..." kedengaran suara Aina membebel.
Dayah tak menyahut. Kaku dia dalam selimut.
"Mana dia ?" tanya Fiya baru muncul.
"Tu tengah bungkus diri tengah – tengah hari buta ni..." tunjuk Aina.
Fiya menuju ke arah Dayah. Ditarik selimut laju sehingga menampakkan mukanya.
"Dayah oh Dayah..." panggil Fiya.
Dayah tak menjawab.
"Baik kau bangun sebelum aku suruh abang cium kau..." ugut Aina.
Dayah masih tak bergerak. Tak takut ugutan Aina.
"She still sleeping...?" AD masuk bilik.
"Tidur lagi Puteri Salju abang tu... kena kiss dulu baru bangun..." kata Aina.
Senyum AD dengar bebelan Aina. Segera AD merapati Dayah. Dielus rambut Dayah lembut sebelum mengejutnya.
"Sayang... bangun sayang... dah pukul 3 petang..." gerak AD.
Dayah kaku. Malu digerak suami sendiri di hadapan Fiya dan Aina. 'Dah la tipu aku... baru pukul 12 kot...' omel Dayah dalam hati.
"Noor Hidayah..." panggil AD lagi sambil mengelus rambutnya.
"Pengsan ke apa?" soal Aina lagi.
'Becok sungguh mulut kau Aina... aku sumbat cili baru tahu...' dengus Dayah dalam hati.
Fiya mula menggeletek kaki Dayah. Dia tahu Dayah tak boleh tahan geli. Terkiuk – kiuk kaki Dayah bergerak.
"Erm... jangan la..." marah Dayah yang masih pejam mata.
"Bangun cepat... aku lapar ni tunggu kau bangun... orang dah siap masak kot..." bebel Fiya.
"Bangun... bangun..." Aina menampar punggung Dayah seakan budak kecil.
YOU ARE READING
Gengster Terguris
General FictionAlif Danial @ AD Kerana keluarga, dia berubah. Hati mana tak terguris melihat keluarga sudah musnah. Melihatnya ibunya bermesraan dengan lelaki lain di hotel. Ayahnya berfoya-foya-foya dengan wanita muda di club. Dan adiknya, sudah lama melarikan di...