Dayah memandang dirinya yang memakai baju putih. Terkelu dia apabila sedar dirinya berada di hospital. Kelibat AD sudah nampak dari jauh. Laju dia mengejar AD.
"Abang...!!!" jerit Dayah kuat.
AD tak menoleh mahupun berhenti. Dia terus berjalan seakan tidak mendengar suara Dayah. Dayah mula pelik apabila AD mula masuk dalam wad.
"Abang, tak dengar ke saya panggil?" tanya Dayah bila dia mendekati AD.
AD tak menjawab. Matanya jatuh pada tubuh yang diselubungi selimut putih. Air mata jantannya tumpah. Terduduk dia di hadapan mayat tersebut.
Ahli keluarganya mula datang. Mata Puan Fizah seakan baru lepas menangis.
"Mak... mayat siapa ni?" soal Dayah ketar.
Puan Fizah tak menjawab. Dayah mula kelu. Hatinya berdebar. Entah kenapa mereka semua seakan tidak nampak dia di situ. Laju dia mendekati mayat yang berada di hadapannya. Terketar – ketar Dayah menarik kain putih pada muka mayat. Dia mahu tahu siapa yang mati. Matanya terbuka luas melihat mayat itu adalah dirinya.
"Allah..." tersedar Dayah dari lena.
Dayah terduduk. Mimpi tadi membuat dia semakin tak tenang. Hatinya berdebar. Laju dia mencapai air sebelum minum dengan rakus sekali.
"Ya Allah... apa yang cuba kau sampaikan padaku, Ya Allah..." rintih Dayah perlahan.
Dia segera bangun mengambil wuduk. Dia mahu solat istikharah. Hatinya tak tenang.
**********
Assalamualaikum, sayang... - AD.
Waalaikumsalam... abang... ingat dah lupa isteri...? – Dayah.
How can I forget you... I miss you so much... abang makan tak kenyang kat sini... mandi tak basah... tidur tak lena... - AD.
Yelah tu... Abang sihat? –Dayah.
Sihat... isteri abang sihat tak? rindu abang tak? Baby sihat? – AD.
Saya dengan baby sihat... saya kalau duduk kampung tak rindu abang... happy duduk sini... - Dayah.
Sampai hati tak rindu abang... abang sedar sapa abang ni... mata tak sepet, hidung tak kembang, kepala botak, gigi pun jogang... - AD.
Hahahahahaha... abang ni... saya dah suruh kan ambil rambut saya sikit... abang yang tak nak... abang, saya nak balik KL lah lusa... - Dayah.
Eh... abang lama lagi kat sini... sapa nak jaga sayang nanti... risau abang... duduk kampung dulu... nanti abang balik ambil sayang... - AD.
Abang... saya rindu rumah kita... and I want you know I miss you so much... whatever happen, I will always love you... first and last forever... - Dayah.
I love you too sayang... I really love you... apapun terjadi pada abang suatu hari nanti... abang nak sayang tahu apa yang abang buat ni sebab abang sayangkan isteri abang... - AD.
Jadi, saya boleh balik rumah kita kan... saya nak balik lusa... - Dayah.
Sayang, dengar cakap abang... tak mau lawan – lawan... - AD.
Yelah – yelah... abang balik la cepat... rindu ni... - Dayah.
Alolo, sian dia rindu suami... nanti abang usahakan ye, sayang... minum susu tak? – AD.
YOU ARE READING
Gengster Terguris
Fiksi UmumAlif Danial @ AD Kerana keluarga, dia berubah. Hati mana tak terguris melihat keluarga sudah musnah. Melihatnya ibunya bermesraan dengan lelaki lain di hotel. Ayahnya berfoya-foya-foya dengan wanita muda di club. Dan adiknya, sudah lama melarikan di...