Bab 28

5.9K 245 3
                                    


Lagi seminggu Dayah kena hantar tendernya. Dia terlampau sibuk. Pergi pejabat, balik rumah dan Dayah masih lagi dengan tender. Makan minum dah tak dihiraukannya lagi. Apa yang penting, dia berjaya ,menyiapkan tendernya.

Pintu bilik diketuk. Mata Dayah sedikit tidak memandang siapa yang masuk. Fokusnya matanya masih tertumpu pada kerjanya. Zakif dan Mei Mei dah gelabah bila gerangannya Datin Rose.

"Khusyuk benar awak Dayah sampai tak sedar saya masuk ke dalam bilik ini..." Datin Rose bersuara apabila Dayah tidak menyedari kedatangannya.

Terkejut apabila Datin Rose menegurnya. Dayah terus bangun.

"Datin..maafkan saya...saya tengah siapkan kerja yang Datin minta..." balas aku.

"It's okay... saya suka tengok awak bekerja keras...saya datang melawat sebenarnya...by the way, good lucks.." kata Datin Rose.

Dayah rasa lain bila Datin Rose datang melawatnya. Apatah lagi memberi dia kata semangat.

"Terima kasih Datin...I appreciate it..." jawab aku sambil senyum.

Datin Rose segera keluar selepas menyapa Dayah. Dia tersenyum sendiri.

Rasanya seperti dia sedang merancang sesuatu.

"OMG... Dayah, you dengan Datin ada apa – apa ke ? " soal Mei Mei.

Aku mengeleng.

" Nothing...but I feel something fishy..." kata aku.

Zakif bersuara... "hati – hati je Dayah. Simpan elok elok tender. Softcopy make sure ada lebih...orang seperti Datin, kita tak boleh jangka apa dia akan buat...".

Aku mengangguk.

"Thanks guy for worrying me..." kata aku.

Mei Mei mejawab... " kita kan satu team..".

Aku tersenyum.

Dayah mula menyimpan softcopy tender pada pen drive lain..semua kerja yang dia buat pada komputer di pejabat dipindahkan pada komputer ribanya.

Kedengaran suara seorang perempuan menjerit di luar.

"Darling...." jeritnya dari jauh bila nampak Haikal.

Haikal menoleh. Seorang perempuan lari ke arahnya.

"Sayang, you kenal I tak ?" tanya perempuan itu.

Haikal menunding jari kepadanya.

"Awak cakap dengan saya ke ?" soal Haikal balik.

"You...." marah perempuan itu.

"I'm sorry, I guess you tegur salah orang...saya pergi dulu.." jawab Haikal berlalu pergi.

"Muhamad Haikal Ikhmal bin Dato' Sidek.." jerit perempuan itu.

Jeritannya membuat Haikal terkejut dan membuat semua staf memandang mereka.

Dia menghampiri Haikal.

"You ni melampau..." katanya sambil memukul Haikal.

Haikal mengadu kesakitan.

"Awak siapa sebenarnya...kenapa pukul saya?" Haikal mula bengang.

"You ni kan...Melampau sangat...nama I pun lupa...baru jumpa minggu lepas...Linda lah..." marah dia.

Haikal mula mengingat. Kepalanya cuma mengingat Dayah, no other women. Dia teringat. Anak Dato' Imran yang mummy kenalkan kepadanya minggu lepas.

Gengster TergurisWhere stories live. Discover now