Panggilan dari telefon rumah berbunyi. Dayah segera mengangkatnya. Memberi salam.
"Assalamualaikum " aku memberi salam.
" Waalaikumusalam " Hazman menjawab.
Berderau suara aku dengar suara Man. Mesti nak minta duit dekat mak. Siap kau. Bebel Dayah dalam hati.
Tak sempat Hazman nak bercakap, Dayah terus letak telefon. Wayar telefon rumah di cabut. Puas hati aku. Biar dia datang sini kalau tak puas hati.
Tiba-tiba handphone berbunyi. Satu panggilan yang tak dikenali. Aku segera mengangkatnya.
Assalamualaikum - Dayah.
Waalaikumussalam -pemanggil.
Ni siapa ? - Dayah
Orang lah, takkan kambing nak jawab telefon kot - pemanggil.
Menyirap darah aku. Haish, kurang ajar, telefon aku nak cari gaduh.
Ni aku la...AD... - AD.
Dengar suara tu, tiba-tiba aku berdebar.
Ohh kau Alif...aku ingatkan lelaki tak siuman mana call aku nak gaduh tadi... - Dayah
Senget, aku dah cakap dah jangan panggil aku Aliff kan. Degil betul lah kau ni.. - AD.
Biarlah, mulut aku... - Dayah.
Nanti mulut tu aku ikat lagi baru kau tahu. Aku ada benda nak cakap ni...dengar baik-baik. Aku bukan saja-saja call nak kacau kau - AD.
Hmm..apa dia ? - Dayah ingin tahu.
Berdebar-debar tahu apa dia cakap. Takut.
Johnny ada rancang nak bunuh kau..sebab kau dah banyak tahu pasal kami... -AD.
Aku diam. Terkejut. Gelisah.
I'm trying to help you...Aku nak kau diam..jangan cakap apa-apa pasal penculikan kau dekat sesiapa. Buat masa ni, jangan naik KL dalam masa terdekat. Duduk je kampung. Nanti apa-apa aku call kau balik. - AD.
Aku tak tahu nak cakap apa...terima kasih Aliff, kau dan Farid dah banyak tolong aku...aku tak tahu nak balas budi korang macam mana.. - Dayah.
Ingat pesan aku...aku tak ada kat sana nak jaga kau... - AD.
Serius aku nak nangis dengar. Aku terharu.Tak sempat aku menjawab telefon aku bapak rampas. Bila bapak duduk belakang pun aku tak tahu.
Assalamualaikum, encik...kalau encik dah suka dengan anak saya apa kata encik datang minang anak saya. Saya ni bapak dia. Saya bukan apa. Kalau dah sama-sama suka, mai la hantar rombongan meminang. - Bapak.
Aku terlonggo. Mati la aku. Apa AD cakap nanti. Mesti dia nak bahan aku.
"Bapak..tu bukan boypren chek. Tu client chek la..." jawab aku sambil minta telefon.
"Hang dok diam-diam" marah bapak.
Kena marah lagi.
AD mendengar saja dekat hujung sana. Geli hati dia mendengar.
Bila nak masuk minang - Bapak. Dia menyambung tanya soalan pada AD.
"Bapak..." aku mendengus tak suka.
Bapak menjeling suruh aku diam.
In sya Allah pakcik...Kalau ada jodoh dah tak ke mana - AD menjawab selamba.
YOU ARE READING
Gengster Terguris
Fiction généraleAlif Danial @ AD Kerana keluarga, dia berubah. Hati mana tak terguris melihat keluarga sudah musnah. Melihatnya ibunya bermesraan dengan lelaki lain di hotel. Ayahnya berfoya-foya-foya dengan wanita muda di club. Dan adiknya, sudah lama melarikan di...