"Okay tak ni?" tanya AD risau. Mengelamun je Dayah dari tadi. Entah apa yang difikir Dayah.
"Abang, pujuk Dika... jangan ceraikan Aina..." Dayah cuba memujuk AD.
"No... abang tak nak masuk campur... biar dia rasa..." AD membantah.
"Semua orang pernah buat silap...abang pernah, saya pun pernah... sanggup ke abang tengok adik abang jadi janda... Aina is pregnant..." pujuk Dayah lagi.
"Enough Dayah...I don't want talk about this..." tegas AD sebelum dia keluar dari bilik.
'Ya Allah... apa aku nak buat ni?' getus Dayah sendirian.
**********
Dika melangkah laju ke arah kafe Brewmen. Laju dia duduk di hadapan seorang wanita yang menunggunya dari tadi.
"Lama tunggu..." tegur Dika.
"Takdelah... aku baru sampai.. Just a few minutes ago..."
"Kenapa kau nak jumpa aku dekat luar...? Takut AD marah ke aku gi rumah..." perli Dika laju.
"Order dulu... aku nak cakap pasal Aina sikit... kau tahukan AD tak suka aku mention nama dia dekat rumah..." jawab Dayah.
Again, pasal Aina. Dika dah rimas sangat dah dengan nama Aina. Hatinya betul – betul tawar dengan Aina.
"Kau nak cakap apa pasal dia?" tanya Dika bila sudah order minuman.
"Aku nak kau bagi Aina peluang... kali ni je... buat kali terakhir... aku yakin dia boleh berubah... tolong la Dika..." pujuk Dayah.
"No..."
"Kau tak kasihan ke dekat dia? Dia mengandungkan anak kau... dia perlukan kau..." pujuk Dayah lagi.
"She never need me... if she need me, she never do something that can make I hate her... yes, I really hates her... sebab apa? Sebab abaikan Aissa, abaikan aku dan abaikan tanggungjawab dia... dia sendiri tak pernah kasihankan diri dia... apatah lagi kami berdua..." balas Andika garang.
"Semua orang pernah buat silap... kau pernah... aku pernah... kita bukan Tuhan nak hukum siapa yang benar, siapa yang salah... sedangkan Tuhan Maha Pengampun, kenapa tidak diri kita sendiri... walaupun salah dan silap terus berulang kali kita buat..." nasihat Dayah.
"Aku betul – betul dah tawar hati dengan dia... sorry, I can't... beberapa banyak peluang aku bagi dekat dia... she never changed... memang aku bukan Tuhan untuk menghukum tapi aku ada hati... sabar aku ada batas... selama ini aku cuma bertahan sebab Aissa... tapi kali ni aku betul – betul tak boleh..." Dika tetap dengan keputusannya.
"Aku tak boleh buat keputusan untuk korang... korang perlu decides sendiri... aku cuma boleh bagi nasihat... kembali pada Tuhan, baru hidup ada keberkatan..." senyum Dayah pahit. Guess she never can't help Aina.
"Thanks for the coffee and the advice... jom, aku hantar kau balik..." pelawa Andika.
"No needs, aku nak pergi tempat lain lagi ni... aku bawa kereta. Jangan risau..." tolak Dayah.
"I need to go... apapun thanks Dayah..." kata Dika sebelum pergi.
Dayah mengangguk perlahan. Dia menghantar Andika pergi dengan anak matanya.
"Dika..." panggil Dayah laju.
Andika menoleh.
"Jangan sesekali buat keputusan melulu, istikharah pada Tuhan. Cinta yang kita pegang selama ini, yang kita ikat dalam hati kita takkan mudah terungkai kalau hati masih sayang..." ucap Dayah.
YOU ARE READING
Gengster Terguris
General FictionAlif Danial @ AD Kerana keluarga, dia berubah. Hati mana tak terguris melihat keluarga sudah musnah. Melihatnya ibunya bermesraan dengan lelaki lain di hotel. Ayahnya berfoya-foya-foya dengan wanita muda di club. Dan adiknya, sudah lama melarikan di...