"Cik Ngah... nak tidur sini..." Maina mendekati Dayah.
"Tak boleh sayang... tak muat... sian Pak Ngah nanti... tidur dengan Mama la..." pujuk Dayah.
Maina menggeleng... "Mama jahat... dia tak nak bagi Maina adik... benci mama..."
"Jangan cakap macam tu... Mama baiklah... Mama sayang Maina tu..." tegur Dayah.
"Kalau dia sayang, dia patut bagi adik..." Maina menarik muncung masam.
"Suruh Tok pujuk... lepas tu suruh papa pujuk... gerenti Mama bagi..." bisik Dayah.
"Betul ke?" soal Maina teruja.
"Yelah... nanti Maina pujuklah Tok... dia cakap dengan Mama..." Dayah bercakap perlahan takut didengari Hana.
"Nanti Maina pujuk Tok... terima kasih Cik Ngah..." Maina cium pipi Dayah.
"Tapi ni rahsia kita bertiga taw....shhh..." Dayah meletak jari pada bibir Maina.
"Fateh sekali?" soal Maina lagi.
"Yelah... dia dengar..." ketawa Dayah.
Maina membuat tanda okay. Laju dia keluar mencari neneknya.
Dayah memerhati AD yang membaca surah Al – Mulk pada telinga Fateh. Lena dia tidur dalam pelukan AD. Sejuk hati Dayah melihat mereka berdua dalam hidupnya.
"Abang..." panggil Dayah melihat AD meletak Fateh di atas katil.
"Ya sayang... nak apa?" tanya AD.
"Nak peluk gak... asyik Fateh je..." sengih Dayah.
"Jealous ke?" AD ketawa sebelum memeluk Dayah.
"Jealous banyak... kita rindu abang... makan pun tak lalu... mandi tak basah... tidur tak lena..." Dayah mula bermanja.
"Sayang... abang lagi cemburu dengan sayang... geram tengok Fateh dapat mesra dengan ummi dia..." AD menjuih bibir.
"Tu mengada... tak boleh nak menggatal..." cebik Dayah geram.
"Cemburulah tu... kan abang puasa tiga bulan..."AD mencium pipi Dayah.
"Sian dia... rindu kita..." usik Dayah.
"Rindu sangat – sangat..." AD mendekatkan kepalanya dengan Dayah.
"Bertuah punya budak..." bergema suara Puan Fizah seketika.
Telinga AD dan Dayah dipulas kuat... geram dengan anak menantunya dua orang ini.
"Mak... Fateh tidur..." Dayah meletakkan jari pada mulut.
"Mana Mak tak bising... hampa dua ni gatai sangat... hang tu tengah berpantang..." bebel Puan Fizah.
"Peluk je kot..." Dayah menarik muncung masam.
"Yalah tu... ni Mak nak tanya... hang cakap apa dekat Maina... teriak dia dekat luar nu..." tanya Puan Fizah.
"Cakap apa?" soal Dayah balik seakan tidak tahu.
"Mak sekeh hang nanti... hang ngajar budak – budak benda bukan - bukan..." marah Puan Fizah.
Dayah membidas laju "Mana ada Mak... cek suruh dia mintak hak dia ja..."
Puan Fizah geram. Ditarik telinga Dayah lagi sekali. Geram dengan perangai nakal Dayah.
"Sakitlah... putuih telinga cek..." Dayah menggosok telinganya.
YOU ARE READING
Gengster Terguris
Fiksi UmumAlif Danial @ AD Kerana keluarga, dia berubah. Hati mana tak terguris melihat keluarga sudah musnah. Melihatnya ibunya bermesraan dengan lelaki lain di hotel. Ayahnya berfoya-foya-foya dengan wanita muda di club. Dan adiknya, sudah lama melarikan di...