Bab 1

22.1K 405 16
                                    

Pagi yang cerah pada pagi itu merupakan hari pertama persekolahan bagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi setelah berakhirmya cuti pertengahan tahun. Dirinya dihantar dan dijemput oleh driver papanya yang sudah disediakan khas untuknya. Terasa diri begitu teruja untuk menghadirkan diri ke sekolah memandangkan ini tahun terakhir dia belajar di sekolah itu, sebelum melangkah ke alam remaja seterusnya.

Jam tangan ditangan dikerling sekilas. Mulutnya menguntum senyuman manis.

"Masih awal lagi ni." Gumam hatinya yang berbunga-bunga riang. Bebola matanya meliar ke dalam kawasan sekolah. Kedengaran suara kecilnya menyanyi. Ni eksaited tahap lembu nak berak. Kalau lembu dengar maunya dia koma kena tendang sampai ke benua Somalia.

"Wah, Tun Ariana Izara binti Tun Amir Izhan. Ketua pengawas sekolah yang selalu datang awal. Mimpi apa kau semalam datang awal harini?".

Nik Miasara Adibah, kawan baiknya sendiri menegur sebaik sahaja mereka bertemu di tepi blok pentadbiran. Ingatkan dia yang paling awal rupanya ada makhluk lain lagi yang lebih awal. Matanya dijulingkan ke atas malah kedua tangan diletakkan ke atas bahunya yang sudah siap tersarung blazer maroon.

Muka eksaited memang dah tak boleh nak cover-cover  lagi. Kelihatan gembira sungguh memandangkan sudah hampir dua minggu tidak bersua muka. Rindunya tuh disini!

"Cis! Inilah Miasara, anak Tan Sri Manaf kalau sehari tak perli hidup aku memang tak complete hidup kau. Waktu duduk dalam perut mak kau selama sembilan bulan 10 hari patutnya tuhan bagi bisu je. Tak menyusahkan mana-mana telinga orang."

Rajuk Izara sambil menunjukkan muncung itiknya itu.

Qhaleesha dan Qaseh sudah terkekeh ketawa. Suara tak usah cakap. Macam orang guna mikrofon. Ni anak dara ke anak beruk? Wah! Pedas sungguh kata-kata kau Zara. Tak padan sungguh dengan raut mukanya yang ayu.

"Alolo..... Merajuk pulak Izara aku ni. Tak senonoh betul muka kau tu Zara. Dah macam anak dugong dah aku tengok."

Balas Qhaleesha cuba meredakan keadaan sambil cuba memujuk Izara. Izara mencebik bibir. Anak dugong dia kata aku? Zara menjeling tajam.

Qhaleesha menelan rakus air liurnya. Haa.....tahu takut. Baru jeling, belum keluarkan kuasa veto dia. Mahu pengsan sebulan.

Kalau Izara merajuk seminggu malah berbulan bulan lama pun dia mampu. Hati tak berapa nak kental sangat. Dengan Ashraf memang merajuk tak boleh nak tahan lama. Ada saja nak disakatnya.

"Nasib badanlah kau orang kawan dengan aku yang senget ni. Hehe eh? Aku senget ke?"

Gumam Izara dalam hati. Senyum sinis dibibir tersungging tetapi tiada satu pun kawannya yang perasan.

"Eh geng! Daripada kau layan rajuk Izara ni baik masuk dewan sekolah. Ada faedah jugak. Boleh usha Cikgu Irfan dari jauh."

Qaseh sudah tersengih macam kerang busuk. Ingatannya sudah melayang bersama-sama Cikgu Irfan. Mereka bertiga mencebik. Tahulah cikgu tu masih bujang, hot lagi.

Tapi takkan mereka tak tahu, Cikgu Irfan tu cikgu! Ulang suara, cikgu! Qaseh tersedar dari lamunannya apabila dia terasa dahinya ditepuk perlahan. Qaseh mengaduh kesakitan padahal tepuk tak kuat mana.

"Aku rasa dah nak start assembly ni. Penatlah aku berdiri je. Kang aku slim kaki. Gelap masa depan aku nak jadi model. Cikgu Irfan pun rasanya takde selera nak tengok aku."

Marah Nur Qaseh Ramia binti Qhil Razli. Qaseh ni nampak je kasar tapi baik orangnya tau. Bak kata pepatah omputeh,  don't judge by its cover. Hehe. Kalau dah masuk bab berangan memang dia juaranya. Kalau ada pertandingan berangan, rasanya Qaseh dah banyak koleksi piala kat rumah.

"Hee.....sorry geng. Aku gurau je kot. Rindulah kau orang." Kata Izara dengan nada yang gembira. Tangan kanannya lantas memaut kemas bahu Sara. Masih tiada tanda-tanda nak beredar ke dewan. Qaseh buat muka toya.

"Ye kitorang tahu dan hafal sangat attitude kau tu, Zara. Umur dah 17 tapi perangai mengalahkan baby yang baru lahir."

Ada ketawa halus dihujungnya kedengaran.

"Eh jomlah, lenguh dah kaki aku ni. Rasanya dah longgar skru kaki."

Rengek Qaseh mula berkira-kira untuk melangkah ke arah dewan sekolah. Dia sudah tak sabar nak tenung muka Cikgu Irfan. Tenung banyak kali pun, tetap takkan jemu. Kalau dah tiap-tiap hari mahu muntah hijau jugak. Hehe.

"Jom!" Serentak mereka berkata begitu, kasut dihentak ke lantai lantas menuju ke dewan sekolah. Pelajar yang berada berdekatan mereka mengerling sekilas. Hanya mampu menggeleng kepala. Pengawas tak serupa pengawas.

Mereka bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi dalam tingkatan lima.

Sekelas pulak tu. Diorang mengambil aliran sains. Antara paling cerewet tetapi kasarnya ya ampun dalam kalangan diorang tu ialah Tun Ariana Izara dan Nur Athi Qhaleesha. Ada saja nak diadunya. Tu apa. Ni apa. Bosan tu. Bosan ni. Naik rimas pulak.

Biasalah anak manja papa, anak bongsu pulak tu. Tak sedar diri dah tua. Hehe..... taklah tua sangat sampai naik berkedut muka. Pakai kolagen banyak mana pun, takkan dapat. Berkerut mengalahkan  selimut yang belum dilipat kemas.

Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?Where stories live. Discover now