Bab 12

6.1K 221 1
                                    

Kring kring kring......

Loceng berbunyi menunjukkan masa matapelajaran kimia, Cikgu Fatihah sudah tamat. Buku diatas meja diangkat ke dadanya.

"Assalamualaikum murid murid." Kata Cikgu Kalsom, guru matapelajaran Sejarah. Rotan panjang ditangannya dilibas laju.

"Waalaikumsalam wbt, Cikgu Kalsom." Semua pelajar di kelas itu menjawab. Mata mereka masih lagi merenung rotan ditangan cikgu itu. Masing-masing menelan air liur.

"Baiklah, keluarkan buku teks sejarah kalian dan awak, Saiful, tolong kutip latihan yang saya bagi minggu lepas. Yang tak siap, sila ambil nama dan serahkan kepada saya." Arah Cikgu kalsom. Tangannya sudah menulis beberapa perkataan di papan tulis.

Izara teringat sesuatu bahawa kerja sekolah sejarah yang Cikgu Kalsom beri pada minggu lepas belum disiapkannya. Masih kosong suci lagi murni di dalam failnya. Peluh di dahinya menitik laju.

"Semua dah hantar cikgu kecuali err...."

"Kecuali siapa Saiful?" Jerkah Cikgu Kalsom. Siapa yang tidak kenal cikgu harimau ni? Patutlah andartu, perangai takut lelaki nak dekat. Getus hati Qhaleesha. Matanya dijulingkan keatas.

"Izara dan Haikal, cikgu."

"Awak berdua ke depan. Dan pergi ke padang sekolah, cabut rumput. Selepas itu,selepas tamat persekolahan hari ini. Tolong susun peralatan sukan dalam bilik stor. Faham?" Lantang suara cikgu itu. Rotannya dilibas ke atas meja Fateen. Terperanjat dia yang sedang sibuk menyalin perkataan di papan tulis.

"Fa....ham....cik...gu..."

"Pergi sekarang! Tak sedar diri nak SPM tak lama lagi. Kalau awak berdua ingkar arahan saya.  Siap. Ke bilik disiplin jawabnya."

Sebenarnya Izara tidak dapat terkena panas terlalu lama kerana sakit yang dialaminya sewaktu kecil. Darah merah pekat keluar dari hidungnya mengalir dengan pantas dan lalu segera dirinya memanggil Haikal.

"Kal! Kal! Tolong Zara, Kal! Ambik ubat dalam beg sekolah Zara. Cepat Kal!" Lemah suara Zara memanggil Haikal. Dirinya sudah terjelepok keatas rumput.

"Ya Allah, Zara. Banyaknya darah. Selalunya darah keluar sikit je. Zara tunggu dan baring kat sini. Kal ambik ubat Zara." Pantas Haikal berlari mendapatkan ubat Zara setelah membaringkan Zara.

Cikgu Daiyan yang terlihat Zara terbaring di tepi padang lantas berlari mendapatkan Izara.
Dia tidak tahu hendak meminta bantuan sesiapa kerana pejabat terletak jauh dari padang sekolah. Telefon dipoket seluar slacknya dikeluarkan. Tetapan kenalan ditekan. Nombor Haizad segera ditekan.

Dia segera menelefon Cikgu Haizad untuk meminta bantuan.

"Haizad! Tolong aku Zad. Haa...hee... ketua pengawas pengsan dengan darah banyak keluar kat tepi padang sekolah." Cemas Cikgu Daiyan yang memangku kepala Zara. Darah semakin banyak mengalir dari hidung dan mulutnya. Terpercik sedikit kemuka Daiyan apabila Zara batuk kecil.

"Baiklah jarak aku dengan padang pun dekat ni. Aku saja ronda-ronda tadi...."

Tut.....

"Belum lagi aku habis bercakap. Daiyan ni. Eh dia cakap Ketua Pengawas maksudnya Izara lah kan? Ya Allah Zara." Air mata lelakinya menitik laju. Langkahnya segera diatur laju menuju ke padang.

"Abang Daiyan. Ni ubat Zara. Dia yang minta Kal ambik kat beg dia tadi. Orang dalam kelas mungkin pergi makmal komputer."

Cikgu Daiyan segera menyuapkan Zara ubat cecairnya dan air mineral yang sempat dibeli Haikal di kantin.

Zara tersedar.

"Kal! Cikgu! Bawak Zara tempat teduh. Zara panas." Lemah suara Zara menuturkannya. Daiyan mengangkat tubuh Zara ke bawah pokok rendang. Haikal hanya mengikut dari belakang.

Sementara Haikal mengelap darah Zara menggunakan baju sekolahnya. Dia kini hanya mengenakan plain black matte Polo Shirt. Baju Cikgu Daiyan juga sudah berlumuran dengan darah milik Zara.

Setibanya Haizad di sana, Zara sudah tersedar lalu tanpa berfikir panjang, dia terus mengendong Zara dan membawanya ke Klinik Bakhti berdekatan. Langkahnya juga diatur untuk pergi ke parkir kereta.

Cikgu Daiyan dan Haikal melopong lalu berpandangan sesama sendiri.

"Yang kau berdua masih tercegat kat sana kenapa? Kal, bagitau guru kelas, yang abang bawak Zara ke Klinik. Pastu kemas barang sekolah Zara. Kau pulak Daiyan, jumpa cikgu yang denda budak dua ekor ni. Cakap apa yang terjadi. Ko jangan risau. Zara ni adik Raf. Aku bawa dia pergi klinik dulu lepastu aku hantar dia balik rumah."

"Baiklah abang. Tapi Kal nak balik dengan siapa? Petang ni Cikgu Kalsom suruh Kal dengan Zara kemas stor sukan pulak." Terang Haikal kepada abangnya. Kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan. Bajunya yang berlumuran darah tadi dilipat sebelum dibasuh.

"Kal balik dengan Abang Daiyan. Pasal Cikgu Kalsom, abang dah suruh Abang Daiyan jumpa dia. Kal jangan risau. Abang gerak dulu."

Daiyan dan Haikal mengangguk laju tanda faham akan arahan Haizad.

....

Zara bersandar lesu di kepala katil. Sakit! Itu yang dirasakannya. Tiba-tiba dia bingkas bangun. Iphonenya bergetar didalam poket baju sekolahnya. Dia tersenyum apabila melihat nombor yang tertera di skrin.

"Assalamualaikum."

"Wa'alaikumsalam. Kal!"

"Apa cerita hari ni? Dak okey ke?"

"Dah kebah sikit. Say thanks to your big brother."

Haikal ketawa.

"Ooo....lepas abang aku gendong je, kau dah sihat."

Zara turut ketawa.

"Mana adalah. Maunya aku kena kejar dengan anak bini dia."

"Bini dia?" Haikal ketawa kuat.

Kedengaran suara budak-budak merengek dengan Haikal. Kening Zara terangkat sebelah. Macam best ada adik.

"Aku letak dulu, Zara"

"Wait! Adik kau?" Tanya Zara.

"Who?"

"That boy."

Haikal ketawa lagi. Tak bosan ke gelak je? Zara angkat bahu.

"Anak saudara aku."

"Oh okey."

"Okey." Talian diputuskan dan Zara sambung berehat. Apabila mengenangkan Haizad mengendongnya tadi, serta-merta mukanya terasa panas menyerbu.

Oh tidak! Zara menekup mukanya. Malu tapi mahu.
















Do vote & drop some comment.

Lots of love: AJ. Tq.

Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?Where stories live. Discover now