Bab 27

5.5K 196 4
                                    

Izara.....Oh.....Izara....! Aku rasanya dah gila bayang tahap overdose dah ni. Kenapalah kau buat hatiku begini parah, Zara? Tak keruan rasanya! Semuanya tak kena. Pegang ni tak kena. Pegang tu tak kena. Dah macam pepatah melayu dah, mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena, eseh berbunga pulak dah. Dah macam ayam berak kapur.

Cutinya semakin singkat sedangkan hatinya kian bergelora bak lautan hindi. Tiba-tiba timbul rindu apabila sehari tidak memandang wajah Izara. Bukan kerana Izara anak orang kaya malah anak kerabat kehormat tapi.....Ah, tak tahulah nak cakap macam mana? Hatinya sudah terpikat dengan jelingan manis dari Izara. Mula-mula jumpa dulu mukanya bukan main lagi masam masam manis. Tapi kali ini, Izara sudah pandai tersenyum malah cuba menjeling kearahnya.

Lawanya Izara! Hari-hari terkenangkan Izara sehinggakan bergolek-golek di atas katil pun dia termimpikan Izara disebelahnya. Ni kes parah!

Daiyan ketawa sendiri. Kalau tiba-tiba sahaja dia membawa keluarga rombongan meminang Izara, pasti gadis itu terkejut beruk dan menolaknya. Bukan dia tidak tahu bahawa Izara masih menganggapnya sebagai seorang guru. Dia amat yakin itu. Dia sudah cuba untuk menukar panggilan cikgu kepada abang terhadap Izara malah dibiar sepi oleh Izara.

Oh Zara! I love you! I love you.... Daiyan tersengih sendiri macam kerang busuk sehinggakan pintu biliknya diketuk pun dia tidak perasan. Telinga badak ke apa. Tersembul wajah Datin Dyana di muka pintu tetapi bayang-bayang matanya adalah wajah Izara yang sedang tersenyum manis memandang kearahnya.

"Astaghfirullahalazim, Daiyan Harith. Ini mummylah. Bukan Izara!" Kepalanya dipukul dengan bantal tidurnya. Terpinga-pinga dia seketika kemudian tersengih lagi apabila menyedari wajah mummynya berada di hadapan mata.

"You ni dah betul-betul angaulah, Daiyan. Naik meremang bulu tengkuk mummy."

Daiyan tersengih- sengih lagi. Digaru belakang kepalanya yang sememangnya tidak gatal. Hatinya lagi gatal. Gatal nak berbinikan Izara! Cis tak sedar diri.

"Err.....mummy. Bila masuk bilik ni? Tak dengar ketukan pintu pun." Tanya Daiyan seraya menggamit tangan mummynya untuk duduk kembali disisinya.

"Naik lenguh tangan ni. Ketuk macam orang nak pergi war. Tak jugak anak mummy ni bukak pintu. So, I just going in. Tak salahkan?" Datin Dyana tersengih memandang wajah merah anak teruna tunggalnya.

"Mummy....." Daiyan tidak dapat menahan tawa apabila mengenangkan tubuh mummynya bakal dirangkul kerana dia asyik teringatkan Izara.

"Berangan dalam bilik ni ingatkan Zaralah ni? Mummy nak hantar rombongan meminang, you kata tunggu dulu. Biar dia habiskan study dia. Nak tunggu sampai bila? Tunggu hingga dia convo dia punya PhD? Lama sangat tu, Daiyan memandangkan penyakit kamu ni dah parah sangat mummy tengok." Datin Dyana cekak pinggang dihadapan anaknya. Daiyan tersengih lagi. Serba tidak kena jadinya bila teringatka nama Zara dibangkitkan oleh mummynya sendiri.

"Nak apa ni mummy?"

"Matahari dah naik atas kepala you, you boleh tanya lagi nak apa? Hish budak ni. Dari pagi tak bangun-bangun. Mummy ingat dah pengsan. Tu daddy you dah tunggu kat meja makan. Mak Limah masak special katanya sebelum balik kampung."

"Mummy and daddy take a breakfast first. After that, I follow. Okay? Just give me 10 minutes to get ready." Datin Dyana geleng kepala. Ingatkan lepas subuh tadi, Daiyan tidak sambung lagi lenanya. Tapi jangkaannya meleset. Biasanya Daiyan bangun pagi tapi pagi ni lain pulak ceritanya. Lepas balik dari kenduri rumah Encik Izhan dan Puan Fadia semalam asyik termenung sahaja. Gelisah sana, gelisah sini.

"Okay if you said so. Kami makan dulu. Jangan sambung berangan lagi ingatkan Zara sampai tak lalu makan pula."

Daiyan tersengih lagi tapi kepalanya terangguk-angguk mengiyakan. Keluar sahaja Datin Dyana dari kamarnya, dia bergolek lagi. Ke kiri ke kanan. Petang nanti dia akan berjumpa Ashraf dan Haizad di rumah keluarga Ashraf. Kalau Ashraf ada di rumah, mesti Izara ada jugak. Minta-mintalah anak saudara mummynya yang gedik semacam tidak ada bertandang dirumahnya seperti selalunya.

Fuh kiri! Fuh kanan! Janganlah budak manja tu ada.

Bukan bencikan Ilyana tapi dia tidak suka benar dengan perangai gedik lagi mengada-ada Ilyana. Sikit-sikit Abang Harith, sikit-sikit Abang Harith. Naik rimas jadinya. Bila tidak dilayan, ada saja rengeknya. Bila dilayan, terlebih sudu daripada kuah. Bukan dia tidak tahu tapi buat- buat tak tahu jelah bahawa Ilyana suka akan dia. Dia bukannya budak kecik hingusan yang tak pandai nak bezakan antara layanan biasa-biasa dengan layanan yang ada 'sesuatu'. Bahkan dia pernah terdengar Ilyana memujuk mummynya untuk memaksa Daiyan menerima dirinya sebagai seorang isteri.

Tu dulu sepupu Daiyan belah keluarga daddynya. Amar Zafran pun tidak kurang segaknya malah berkerjaya sebagai seorang peguam. Daddy Amar pula mempunyai firma guaman sendiri. Tak pulak si Ilyana ni nak. Nak cakap Amar ni tak kacak, tipu pulak. Muka dah kacak malah ada auranya tersendiri untuk memikat. Apalah yang ada pada dirinya hinggakan si Ilyana ni minat gila kat dia. Nak cakap berbisnes? Dia hanya seorang guru dan dia sayangkan profesinya. Daddynya dulu bukan main mengamuk bila dapat tahu Daiyan nak jadi pendidik bukan seperti dirinya, ahli perniagaan yang berjaya. Dia bimbang siapa lagi yang akan mengurus syarikatnya memandangkan hanya Daiyan sahaja anaknya. Bila difikir-fikir lagi, dia redha dengan pilihan anaknya.

Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Mungkin!
















Maaf guys! Bab ni pendek sangat sebab saya kekurangan idea. Hehehehe tapi takpe. Saya akan cuba update lagi.

Jangan lupa komen dan vote!

Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?Where stories live. Discover now