Tumpuan Puan Fadia dan Encik Izhan kini tidak lagi pada tumpuan pada perbualan mereka bersama jiran yang hadir awal untuk membantu majlis perkahwinan anak mereka tatkala pemandangan mereka beralih kepada seseorang yang hadir bersendirian sambil menjinjing beg hadiah sederhana besar masuk ke halaman runah. Siap berbaju Melayu berwarna krim sedondon dengan baju tema keluarga mereka hari itu dengan songkok yang tersarung di atas kepalanya serta bersamping hitam keemasan. Segak penampilannya dan kelihatan sungguh kacak bergaya tidak sebagaimana kebiasaannya hanya berbaju kemeja atau tidakpun berbaju T sahaja. Puan Fadia melambai kearahnya. Mata tetamu lelaki yang sedari tadi tercari-cari nampak lega melihat lambaian seseorang yang amat dikenalinya.
"Assalamualaikum Aunty Fadia dan Uncle Izhan." Sapa tetamu lelaki tadi lantas menundukkan sedikit badannya untuk bersalam dengan Encik Izhan.
Mereka agak terperanjat buat pertama kalinya melihat penampilan Daiyan Harith. Lelaki berkulit cerah itu belum pernah dilihat mereka berpakaian baju Melayu lengkap. Hari ini barangkali julung kalilah agaknya mereka dapat melihat jejaka berdarah Melayu-Hokkien itu dalam gaya Melayu.
Memanglah majlis ini ramai yang datang memakai pakaian rasmi. Jadi sangkaan mereka Daiyan akan hanya berkemeja sahaja kerana mereka jarang sekali melihat Daiyan berpakaian sebegitu walaupun umat Islam memyambut Hari Raya Puasa, Daiyan datang ke rumah mereka hanya berkemeja. Solat jumaat pun dia memakai baju Melayu tetapi sekejap sahaja.
"Waalaikumsalam Daiyan. Wow! You look smart and cool with this baju Melayu today."
Puji Puan Fadia ikhlas lantas menghadiahkan senyuman kepada rakan rapat anak mereka itu. Dia sudah mengenali Daiyan hampir empat tahun lamanya semasa Ashraf dan Daiyan mengambil degree dalam bidang berlainan di University of Brunel, London.
Daiyan ketawa menyembunyikan malu mendengar pujian Puan Fadia. Semata-mata rancangannya bersama Ashraf, dia sanggup menukar gaya. Ditambah pula sekarang ini dia semakin gemar berbaju Melayu, biarpun ini baju Melayu pinjam dari sepupu lelakinya sahaja. Nak harapkan baju Melayu dia sendiri, dalam bilik pakaiannya hanya ada 5 pasang sahaja. Itupun mummynya yang tempah di butik untuk menyambut hari perayaan.
"Daiyan, uncle mintak diri dulu. Nak siap-siap sementara tetamu belum hadir. Kalau nak jumpa Ashraf, naik atas. Macam tak biasa pulak kat rumah uncle." Kata Encik Izhan lalu menepuk bahu kanan Daiyan sebelum hilang kedalam rumah agamnya.
"Daiyan. Where's your mummy and daddy? Aunty tak nampak pun." Tanya Puan Fadia sambil matanya meliar mencari gerangan yang dia cari.
"Oh. My daddy should attends his important meeting with American client at Jakarta. So mummy accompany daddy while his PA can't follow him there but they asked me for give this bag to Along." Terang Daiyan lalu menunjukkan beg kertas ditangannya.
Selepas beberapa ayat bertukar antara dia dan Puan Fadia, Puan Fadia terpaksa mengundur diri kerana dia perlu melayan tetamu yang kian ramai. Daiyan lantas masuk ke dalam rumah itu lalu menuju ke tangga untuk menaiki ke tingkat 3. Dimana semua bilik tuan tumah berada termasuk bilik Ashraf. Dari jauh dia sudah melihat pintu bilik Ashraf yang terletak dihujung sekali.
.....
Bunyi ketukan yang kuat dan padu pada pintu bilik Ashraf beserta dengan suara ala-ala hulk oleh Daiyan amat menarik perhatian bilik sebelah iaitu bilik Izara. Bilik Izara terletak diantara bilik Ashraf dan bilik Alvian. Dengan malas Izara keluar dari biliknya kerana dia sedang menidurkan anak Paksunya, Aaron. Dahlah Aaron ni kalau nak tidur mesti ada orang dodoikan. Maksu pulak sibuk menemani Kak Aina didalam bilik pengantin yang dulunya bilik bujang Along, Mak Andam yang terkenal ditempah khas oleh mama untuk menantunya. Bunyi diluar bilik sebelah dah macam orang nak pergi berperang. Gamat bunyinya. Izara keluar untuk melihat apa yang berlaku tanpa melihat siapakah gerangan lelaki itu. Hatinya sudah panas bak gunung berapi yang menunggu masa hendak meletus dan orang yang membuat heboh diluar biliknya memang menempah bala daripada Izara.
"Woi sedara, ada pepatah yang tercatit dalam buku komsas tingkatan tiga saya dulu yang berbunyi, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Tahu tak brader? Kang patah 16 tulang belakang sedara saya kerjakan. Apa buta tahap kesepeluh ke mata sedara tu? Saya yang rabun ni punyalah nampak butang loceng yang duk bertenggek tepi pintu tu siap ada passcode machine lagi, tu kalau sedara tahu passcode nya baru terbuka pintu tu. Kalau tak tahu, tekan je lah butang tu, tak payah sedara nak meraung macam orang histeria bagai. Hantu tengok sedara macam ni pun tak kempunan tahu? Bangggg..... tengok tu bangggg. Tekan je bang." Tak pasal-pasal keluar lawak bodoh tahap tahi cicak tapi dia bukan buat lawak pun memangdia tengah bengang. Nal dodoikan Aaoron punyalah payah nak nyanyi suara ala-ala suprano, siap tepuk-tepuk punggung bagai dengan rancangan Alongnya lagi. Memang berasaplah dia.
Daiyan yang sedari tadi terpekik terlolong melopong mulutnya mendengar bahasa Izara. Amboi, sangkanya Izara seorang yang lemah lembut tetapi sangkaannya dulu meleset setelah mendengar sendiri ayat power yang baru sahaja keluar oleh mulut kecil Izara. Tepat sungguh sangkaan Ashraf yang menyatakan bahawa Izara seorang yang manja tetapi kasar orangnya. Mungkin disebabkan dia seorang sahaja anak perempuan dalam adik beradiknya. Kalilah.
"Ariana Izara. It is you?" Tanya Daiyan lagi bagi memastikan itu adalah Izara. Mana tahu yang depan bilik tu jelmaan Izara ke, dari keluar bilik tadi kepalanya ditundukkan. Kot-kot sangkaannya betul ke yang depan ni makhlus halus berupa Izara ke. Tak ke haru jadinya nanti.
Tiba-tiba badan Izara terasa ada renjatan elektrik yang menyambar badannya lantas dia mengangkat kepalanya dan..... rahangnya jatuh ke bawah bagi kedua kalinya dihadapan bekas cikgunya, Cikgu Daiyan Harith.
"Yes. It's me, Cikgu Daiyan. What are doing here? I mean infront of Angah's room. Then shout like errr..... 'orang sewel'" kata Izara menahan malunya. Tu lah tadi orang dulu cakap terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padah jadinya. Celopar sangat mulut kau Zara.
"Abang panggil Ashraf dari tadi sampai naik lenguh tangan ni. Dia tak buka pintu pun." Jelas Daiyan kepada Izara. Hampir 15 minit juga kot dia bertapa dihadapan bilik Ashraf.
Izara sudah naik geli gelemen mendengar perkataan abang dari mulut Daiyan sampai badannya dah pun macam cacing kena panggang . Dia tak biasa dengar kot.
"Are you okay, Zara? Menari-nari ni kenapa?" Daiyan sengih-sengih. Bukan dia tidak tahu penyebab Izara berkelakuan sedemikian tetapi dia malas ambil tahu.
"Errrr....nothing just.... it's okay then. Jom Zara bukakan pintu bilik Angah. Passcode dia senang je." Izara berjalan ke arah Daiyan lalu menekan tombol diatas mesin kata laluan pada bilik Ashraf dan..... pintu bilik terbuka tetapi bukan disebabkan Izara. Ashraf yang membuka pintu biliknya sendiri.
"Daiyan, maaflah. Perut aku ni meragam dari tadi. Dah hampir sejam aku dalam jamban bilik. Aku dengar kau terpekik terlolong tadi tapi memang aku tak dapat nak tolong. Perut aku ni buat hal." Kata Ashraf sambil menekan perutnya. Muka dia pucat macam baru keluar dari tepung.
"Angah, are you okay? Macam mana Angah nak jadi pengapit lepasni kalau sakit macam ni? Nak adik panggilkan mama?" Zara sudah berkira-kira mahu turun ke bawah tetapi dihalang oleh Ashraf.
"No need. Sakit sikit je ni. Daiyan boleh gantikan tempat Angah. Lagipun baju Melayu Daiyan pun sedondon dengan adik. Angah nak rehat kejap."
"Okay if you said so." Kata Izara walaupun hatinya berat mengizinkan tetapi melihat rupa gaya Ashraf, dia terpaksa mengalah lalu berlalu masuk ke bilik pengantin memandangkan kurang dari 15 minit lagi majlis resepsi bermula.
Daiyan dan Ashraf sudah pun memboloskan diri ke dalam bilik Ashraf.
"Kau memang jahat Ashraf tapi berbaloi." Kata Daiyan menumbuk bahu Ashraf sebelum mereka berdua ketawa bersama.
"Maafkan abang, Zara" ucap Daiyan perlahan.
Do vote & drop some comment.
Lots of love: AJ.
YOU ARE READING
Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?
Romance"Eh.....Arjuna. Daddy belum jemput Juna ke? Ummi dah nak balik ni." Jam ditangan dikerling sekilas dan jarum kecil jam menunjukkan angka dua. Sepatutnya pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Emerald Justin sudah balik jam satu setengah petang tadi. Hai...