Butang alat kawalan jenama samsung ditekan bertubi-tubi dengan kuat. Tidak ada satu rancangan pun yang dapat menarik perhatian Zara. Mana tidaknya, matanya melekap pada skrin televisyen tetapi fikirannya entah melayang kemana. Sekali lagi, Iphonenya diambil dari atas kusyen tempat duduknya lalu matanya kembali melekap pada skrin telefonnya. Kalendar ditekan dari permukaan skrin. Tarikh yang selama ini dia dan rakan-rakannya tunggu kini menjelang bahkan mampu menegakkan bulu roma mereka. Group whatsapp 5 Science Ruby sudah mula menunjukkan bakat menaip. Dari pagi tadi sudah mula kecoh. Ada yang tak sabar-sabar dengan keputusan esok, ada yang takut dan ada yang hantar emoji menangis awal-awal. Ish! Macam budak-budak. Macam lah kau dewasa sangat, Zara. Dia hampir menepuk dahinya.
Trial exam hari itu pun dia hanya dapat 6A+, 3A dan 1B je termasuk bahasa inggeris yang dia target A- je tapi tak sangka pulak dapat A+. Bak kata Cikgu Daiyan, dia dapat score sebab asyik terkenangkan dirinya. Ya Allah, perasannya dia. Zara hanya mampu menghadiahkan Cikgu Daiyan senyum senget.
Bip....
Telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk, dari pagi tadi lagi hingga lewat petang ni pun. Kata-kata semangat dari Along dan Kak Long walaupun jauh di Dubai nun. Along dapat tender minyak kat sana jadi Encik Izhan minta Alvian yang uruskan sementara Ashraf menguruskan urusan di sini. Senyumnya masih lagi tersungging di bibir walaupun debaran didada tetap terasa. Dah rasa macam nak terkeluar jantung dari rangka ni.
Sweetie [love][love] wish you all the best. Goodluck. Arjuna love you always [smile]
Zara ketap bibir melihat mesej yang baru diterimanya. Arjuna je? Bapak dia? Zara tergelak sendiri. Suami orang tu oi, gajah betina.
Zara. Semoga mendapat keputusan yang gempak. Dapat membanggakan papa mama. Wish you luck, Zara [rose][rose]
Sekali lagi senyumnya melebar seraya dengan mesej yang baru masuk ke whatsappnya lagi-lagi orang itu ialah Cikgu Daiyan. Rasanya bahagia semacam. Dia gelak sakan.
Lagi sekali, keningnya terangkat, hairan mendengar mesej yabg masuk macam bunyi orang berperang. Kawan sekelas dia ni tak reti nak gabra ke? Zara punya nervous nak terkentut hingga boleh putus urat kentut kat atas sofa english modern style ni pun tak mampu nak taip apa-apa. Hanya mampu balas "bluetick" dan gelak.
.....
"Sara, are you alright?" Tanya Danny Tan prihatin namun hanya dibalas dengan anggukan sahaja oleh Miasara. Mukanya usah cakap. Macam orang hilang anak. Air mata yang sudah bergenang di tubir matanya. Tunggu nak jatuh lagi. Mahu saja dia menangis meraung-raung di depan dewan sekolah ni. Tapi akalnya masih lagi waras segera beristighfar.
Miasara meraup mukanya dengan kasar bak rasa kecewa yang berlubuk di hati sampai tudungnya senget ke tepi. Mukanya yang putih bersih pun nampak pink. Parah sangat ke result dia?
"Sara, kau dari mana ni? Berapa kau dapat?" Zara yang masih tertanya-tanya tentang keputusan Sara cepat bertanya. Azizah dan Qaseh berpandangan sendiri sebelum mata mereka mendarat ke wajah kelat Sara. Teruk sangat ke? Yang mereka tahu, kelas hujung je dapat result spoil, tapi bolehlah mereka dah usaha takat mampu. Bersyukur.
Rata-rata murid kelas mereka mendapat straight A dan straight A+ tapi hanya ada tiga orang sahaja yang mendapat 7A. Otak Zara ligat berfikir sebelum mata rakan sekelasnya yang lain memandang pelik terhadap Sara dan.....
"Woi! Nak aku cakap kau bebal, kau budak kelas elit. Nak cakap kau bengap tahap mandur, nanti kau marahkan aku. Ni betul-betul aku cakap kau sengal, Cik Miasara!" Ujar Zara lalu ketawa mereka bergabung di luar dewan malah ada pelajar dari kelas lain tertinjau-tinjau apa yang telah terjadi. Sara yang blur hanya diam tidak berkutik. Sakit hatinya kian parah. Dahlah dia tengah sedih, boleh pulak rakannya gelakkan dia. Sahabat derhaka ni! Kalaulah Qhaleesha ada kat sini mesti dia backupkan Sara. Rintih hati Sara. Qhal! Balik Malaysia, Qhal!
YOU ARE READING
Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?
Romance"Eh.....Arjuna. Daddy belum jemput Juna ke? Ummi dah nak balik ni." Jam ditangan dikerling sekilas dan jarum kecil jam menunjukkan angka dua. Sepatutnya pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Emerald Justin sudah balik jam satu setengah petang tadi. Hai...