Haizad mengaup char kuetiau yang telah siap digorengnya ke dalam mangkuk besar. Itulah hidangan makan pagi yang sempat disediakannya pagi ini. Awal-awal lagi daddy dan mummynya sudah ke lapangan terbang untuk menaiki pesawat ke Australia bagi menziarahi nendanya disana. Mummynya pernah cakap, nendanya berhijrah ke tanah Inggeris itu sudah berpuluh tahun lama semenjak dia tekad menikahi suaminya, Tengku Melvin yang berketurunan Cina-Melayu. Mummynya seorang wanita yang berbangsa cina telah memeluk agama Islam apabila menikahi suaminya, moyang Haizad. Mereka sudah tiga tahun tidak ke sana atas kesibukan masing-masing. Hanya Haikal, kakaknya dan Amar sahaja yang sering ke sana melawati nenda mereka. Haizad dan Arjuna hanya sesekali sahaja memandangkan dia seorang guru yang penuh tanggungjawab malah dia juga sibuk menguruskan syarikat daddynya tetapi dia pandai membahagikan masa bersama keluarganya terutamanya Arjuna.
Untuk menambahkan serinya, hirisan daun sup, cili merah ditabur diatasnya. Kemudian, susu dutchlady low fat dari dalam kotak dituang ke dalam jag kaca berpenutup. Dua biji cawan disusun bersebelahan teko tadi. Semuanya sudah siap terhidang di atas meja makan. Tidak lupa juga, koko krunch milik Arjuna.
Haizad bercekak pinggang sambil tersenyum puas ala-ala chef yang handal, sebaik sahaja mengatur semua hidangannya ke atas meja makan. Bukan dia tak nak pembantu rumah yang sediakan tapi entahlah, dia nak dia sendiri yang menguruskan Arjuna sementara mummynya tiada.
Sekejap lagi, Haikal turun bersama Arjuna bersarapan. Jam ditangan dikerling sekilas. Masih awal lagi nak ke sekolah. Haizad tepuk dahinya sendiri.
"Ish.....Kal kan ikut mummy dan daddy." Kemudian dia tersengih malu padahal hanya dia sorang yang berada di dapur.
"Wah, sedapnya bau! Mesti Bik Lela yang masak ni?" Arjuna terpegun melihat makanan yang terhidang di atas meja makan. Sengaja dia menyakat daddynya. Dia tahu Haizad yang masak semua tu.
"How could you, honey?" Haizad pura-pura merajuk. Arjuna ketawa seraya melabuhkan punggung di atas kerusi yang ditarik oleh Haizad.
"Sorry, daddy." Arjuna tayang sengih sehingga menampakkan lesung pipit disebelah pipi kanannya. Comel!
"Ingat daddy tak pandai masak ke?" Ujar Haizad sambil tangannya ligat menuang minuman ke dalam cawan lalu diletakkan di hadapan anaknya.
"I thought you're not good enough in cooking." Arjuna masih lagi dalam mood menyakat daddynya.
"Okay, fine. Cook your food by yourself, then." Haizad melabuhkan punggung di hadapan Arjuna.
"Daddy merajuk dah." Arjuna angkat dari kerusinya lantas menghampiri Haizad. Dagu Haizad dicuit.
Haizad tersenyum
"Minumlah air tu, daddy." Dia mengambil cawan Haizad dari atas meja lalu diserahkan kepada Haizad.
Haizad memandang minuman ditangannya. Kemudian, dia memandang Arjuna dengan wajah serba salah.
"Daddy menyusahkan Juna ke?"
"Nope. Tak pernah pun." Ujar Arjuna lalu berlalu pergi untuk duduk di kerusinya. Haizad tersenyum lega. Char kuetiau yang didalam pinggan disuap ke mulut.
Haizad memandangnya hairan.
"You tak nak koko krunch ke pagi ni?"
"Taknak. Lagipun daddy dah isi pinggan ni dengan char kuetiau. Mesti daddy penatkan buat semua ni untuk Juna? Kalau mummy ada mesti dia yang sediakan semua ni kan daddy?"
Haizad tersentak mendengar kata-kata anaknya.
"Kan daddy cakap mummy kerja jauh. Nanti dia baliklah, sayang."
YOU ARE READING
Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?
Romance"Eh.....Arjuna. Daddy belum jemput Juna ke? Ummi dah nak balik ni." Jam ditangan dikerling sekilas dan jarum kecil jam menunjukkan angka dua. Sepatutnya pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Emerald Justin sudah balik jam satu setengah petang tadi. Hai...