Izara bangun dengan pelbagai perasaan yang bercampur. Apa taknya, pukul enam setengah pagi bangun untuk subuh, sampai sekarang dia belum sambung tidur.
Jika waktu sekolah dulu, memang wajib Izara tidur selepas subuh iaitu tidur sekejap di kelasnya. Hehe.Dia tidak sabar dengan kedatangan adiknya di rumah itu. Mana tak eksaitednya kalau dah tujuh belas tahun jadi anak bongsu tiba-tiba ada seseorang yang menggantikan tempatnya. Sedih tu sedihlah tapi nak buat macam mana, dulu dia jugak yang teringinkan seorang adik.
Setelah selesai mandi, dia menunaikan solat subuh. Izara sudah bersiap-siap untuk turun ke bawah membantu mamanya menyediakan sarapan.
"Morning ma." Sapa Izara lalu memeluk pinggang Puan Fadia. Puan Fadia tersenyum.
"Morning adik. Awal harini bangun, sayang?"
"Eleh. Adik memang biasa bangun awal. Mama sibuk sediakan breakfast sampai jam di dinding pun tak dipandang." Kata Izara membela diri.
"Cantik muka adik. Selalunya angah yang tolong mama kalau public holiday. Nak harapkan adik? Huh.....Matahari nak naik atas kepala baru nak bangun." Ashraf menyampuk mereka di ruang dapur. Tuala kecil dibahunya dilap ke muka. Lepas jogging katakan. Bajunya juga sudah entah ke mana.
Izara menjeling tajam kearah Ashraf.
"Mama, papa dengan along mana? Takkan masih buat taik mata burung unta?"
Izara mencari kelibat Encik Izhan dan Alvian. Sedap kacang pulut je kutuk. Kalau mulut laser dia ni memang tak boleh pakai. Straight je.
"Papa dan along ada je kat bilik bacaan. Adik mana tau. Kalau matahari naik atas kepala baru bangun." Ashraf sudah berlalu ke ruang tamu sebelum Zara meletus gunung berapinya.
"Angah!" Jerit Izara sehingga Encik Izhan dan Alvian keluar dari bilik bacaan pun terkocoh kocoh turun ke dapur mendengar suara Izara menjerit.
"Whats going on? Adik, okay?" Tanya Alvian cemas. Matanya melilau memandang sekeiling.
Selamba sahaja Izara menjawab
"Takdelah. Adik saja je nak test suara. Kot-kot boleh masuk mentor.""Apa adik ni. Terganggu papa dengar suara adik. Kalau jawapan menjawab dia tu tak merapu memang tak sah. Sekali lagi adik buat macam tu, papa tak teragak-agak hantar adik study oversea." Kata Encik Izhan setelah berlalu ke atas, bilik bacaan. Mulutnya membebel.
"Ni angah punya pasal lah ni! Tak pasal-pasal kena sound direct dengan papa."
"Angah gurau je lah. Tak sangka angin kus-kus mana sampuk adik pagi ni."
Mereka semua tergelak. Zara tarik muka.
......
"Lambatnya papa dan mama sampai nak ambik Faris. I hate waiting, you know!" Izara membebel lagi sambil membaca majalah ujang di ruang tamu. Fikirannya tidak fokus.
"Adik kalau tak membebel tak boleh ke? Sakit telinga along. Nanti tak sampai ke hari kahwin along dah pekak. Mana nak jawab tok kadi nanti." Alvian sudah buat muka sedih tapi masih comel. Ashraf tergelak.
Izara memuji dalam hati. Untung dia dapat abang-abang handsome. Kalau puji ni mana boleh depan along dan angah. Tak pasal-pasal riak diorang tu tak kebah. Alahai.
Tut tut tut.....
Iphone 6s plus milik angahnya berdering tapi orang empunya diri tidak ada disitu.
"Mana angah ni. Phone dia ni asyik berbunyi je. Memekak je telinga." Marah Izara lalu meletakkan kepala di atas paha alongnya. Telefon dibiarkan berdering.
"Ni kenapa pulak nak manja-manja ni? Dah boleh jadi mak budak dah." Alvian menggiat adiknya lalu ketawa kuat. Rambut Zara dibelai lembut.
"Angah!"
Suaranya naik satu oktaf. Alahai, kalau jiran-jiran mereka mengamuk, naya Zara. Tak pasal-pasal kena serang.
"Apa? Angah kat dalam tandas ni. Nak lepaskan hajat penting." Suara Ashraf juga naik satu oktaf menjawab.
Alvian hanya menggeleng kepala sahaja melihat telatah adik-adiknya. Kalaulah mama ada kat rumah waktu ni, Alvian berani kerat jari, Ashraf dan Izara takkan berani menjerit macam tarzan di hutan.
"Your phone is ringing! Should I pick up the phone? !" Tanya Izara dalam suara yang sengaja dikuatkan. His! Harap muka je cantik tapi suara dia? Kalau wanita nak beranak mesti terberanak dia kat situ.
"Pick it up!"
Iphone Ashraf dilekapkan ke telinga setelah hampir berbelas kali berdering tanpa sempat melihat siapa yang menelepon.
"Assalamualaikum. Siapa di sana? Ada urusan apa saudara menelefon?" Tanya Izara sambil menahan ketawanya dari meletus. Alvian pulak dah naik buat muka pelik. Suara dah ala-ala komando askar.
"Err.....maaf. Ni number phone Ashraf Izhaq right? Or i had call a wrong number? Tapi ni nombor dia masa kitorang masih study oversea lagi. I'm Daiyan Harith." Terang si pemanggil di hujung talian sana yang sudah gagap. Dan akhirnya ketawa Izara meletus. Alvian sudah naik hairan.
"Ya Allah. Cikgu Daiyan ke tu? Maaflah. Ingatkan makwe angah tadi. Dia tengah lepaskan hajat di tandas dari tadi lagi. Dah nak dekat setengah jam jugak lah." Izara membebel sambil tergelak-gelak.
Suara di hujung talian sudah ketawa terbahak-bahak.
"You're so funny, Zara. May I have your phone number? Please, dear." Tenang saja Daiyan meminta nombor telefon bekas pelajarnya. Hatinya berharap agar Zara mahu memberinya.
"Hah? For what? Cakap kat corong telefon ni pun okay." Izara sudah berdalih.
"Adik buat apa ni? Lama sangat bergayut ni?" Ashraf sudah buat muka pelik melihatnya adiknya yang gelisah. Kalah cacing. Dear? Euww naik loya tekak ni.
"Nah. Cikgu Daiyan call." Bagus angah.
Angah penyelamat adik kali ni. Thanks. Iphone milik Ashraf dihulurkan.
"Bak sini." Lalu menarik rambut adiknya yang panjang mencecah bahu. Rambut Zara sudah kelihatan tidak senonoh.
"Sakitlah! Nah rasakan!" Jerit Izara lalu menggeletek pinggang Ashraf.
Ashraf sudah terbaring di lantai. Iphonenya masih dilekapkan ditelinga tapi masih belum menjawab gerangan di sana kerana terlalu geli.
Suara Ashraf sudah naik serak akibat terlalu banyak menjerit.
Ashraf mengalah. Izara menang.
"Alvian Izran! Ashraf Izhaq! Ariana Izara!" Jeritan Puan Fadia kuat malah suaranya sudah naik berpuluh-puluh oktaf.
Kalah suara orang guna mikropon.
Ketiga-tiga mereka sudah telan air liur. Habislah kali ini.
"Ah sudah." Kata mereka serentak.
Muka? Memang tak dapat nak cakap lagi dah. Memang macam orang baru jeluar dari pecut. Pucat je.
Lagi pucat apabila panggilan Daiyan masih bersambung. Dengar ke dia tadi? Malunya.
Do vote& drop some comment.
Lots of love: AJ.
YOU ARE READING
Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?
Romance"Eh.....Arjuna. Daddy belum jemput Juna ke? Ummi dah nak balik ni." Jam ditangan dikerling sekilas dan jarum kecil jam menunjukkan angka dua. Sepatutnya pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Emerald Justin sudah balik jam satu setengah petang tadi. Hai...