Petang itu, dia dikejutkan dengan dua kejutan iaitu Haikal, musuhnya, tetapi Haikal melayannya dengan baik sekali. Mungkin dia sudah sedar dengan kelakuannya. Bagus ni petanda baik. Zara tersengih.
Yang kedua, young lady yang cantik bak bidadari petang itu ialah bakal kakak iparnya. Nama diberi Aina Danisha binti Ahmad. Kak Aina sebenarnya PA Alvian. Kak Aina juga seorang dari keluarga yang sederhana dan dia merupakan anak tunggal. Kak Aina ni asalnya orang Johor.
Tarikh berlansungnya hari perkahwinan along ialah selepas Izara tamat peperiksaan SPM dan tepat pada hari lahir Alvian iaitu 20 disember. Tahun ni along 24 tau. Mesti tak caya kan?
Iphone Zara berdering dan dia melihat nama yang tertera di skrin.
"Hello. Assalamualaikum, Zara. Aku rindu la kat hang."
"Waalaikumussalam. Wah.....Nik Miasara Adibah called aku? Kau mimpi apa ni? Rindu-rindu bagai. Naik loya tekak aku." Zara terkekeh ketawa. Ini turn dia nak kacau Sara.
"Hehe.....latihan math yang Cikgu Haizad bagi tu dah siap ke belum? Pastu Fizik, Kimia?" Tanya Sara sebaik sahaja tawa Zara reda. Suaranya sengaja dikuatkan agar Zara dengar. Mana nak dengar kalau ketawa macam tak ingat dunia.
"Kau called nak tanya homework aku ke, Sara? Patutlah Mikhail tu otak dia bernas lagi daripada engkau." Leter Izara. Ketawanya meletus lagi. Kali ini lebih nyaring daripada tadi. Sara menjauhkan telefon dari telinganya.
"Hish....engkau ni. Kalau bab mengutuk aku. Bagi je kat engkau. Engkau lah juara parodinya. Takpela Zara. Aku nak tido ni." Rajuk Sara, berkecil hati dengan kata-kata Zara. Kalau dah mengutuk, memang tak ada tapis-tapis lagi.
Zara seakan-akan perasan dengan suara Sara. Macam dah berjauh hati. Dia ketap bibir. Hatinya diselubungi rasa bersalah yang amat.
"Sorry la Sara. Aku nasihatkan kau je. Kenapa kau tanya homework aku? Aku dah siap semua dah." Pujuk Izara, hatinya berharap agar Sara tidak lagi berjauh hati terhadapnya. Mulutnya ditampar lembut oleh dirinya.
"Aku nak tanya je sebab aku dengar kalau pelajar tak siap homework yang diberi maka diorang akan didenda. Peraturan baru. Cikgu disiplin yang arahkan. Aku just nak ingatkan engkau je."
"Ya Allah, Sara. Maaflah. Aku tak berniat pun....." Rasa bersalahnya kian menebal.
"Tak apa, Zara. Lagipun kitakan kawan so selalu lah menegur kesilapan masing- masing kalau ada buat silap. Jangan main tengok saja. Biarkan dia orang buat yang tak senonoh. Sahabat yang baik seharusnya memimpin sahabat ke jalan yang benar. Sahabat yang baik itu adalah anugerah. Tidak perlu yang berserban atau berpurdah. Cukuplah yang selalu memimpin kita berbuat kebaikan." Pintas Sara sebelum meminta diri untuk tidur. Salamnya berbalas.
....
Wajahnya disembamkan ke bantal. Ya Allah.....sebelah tangannya mencari Nexcare Cold Pack yang berada lama di tepi bantal. Saja buat persiapan awal. Ditekannya kuat diatas kepala. Sakit.... dia mengetap bibir menahan rasa. Memang sakit! Rasa macam kena pelangkung guna papan. Rasa bersalahnya masih ada. Sampai naik migrain kerana asyik memikirkan temannya. Zara mengubah posisi tubunhya agar berbaring sebelah kanan. Sunnah okey! Telunjuk dan ibu jarinya mencengkam kuat pelipis dengan tangan kiri pula kuat menekancold pack ke kepala. Tak tahan betul rasanya.
Iphonenya tiba-tiba berbunyi. Sebelah tangannya meraba mencari Iphonenya. Siapa pula nak menelefon tengah-tengah kepala dia tak betul ni. Nak call Sara, awal tadi dah Sara cakap nak tido sebab berjauh hati. Atau itu hanya alasan. Ah! Makin sakit kepala memikirkannya.
"Helo. Assalamualaikum." Talian dijawab tanpa memandang nama pemanggil. Datar suaranya dengan wajah kembali disembamkan ke bantal.
"Wa'alaikumsalam." Teragak-agak suara lelaki itu menjawab. "Kak Zara?"
Kepala Zara terangkat. Dia merenung skrin Iphonenya. Mikhail?
"Mikha!" Dahinya berkerut mengenangkan si pemanggil. Suaranya lemah semacam.
"Bunyi muffled semacam aje. Kak Zara ada kat bawah tempurung ke?" Mikhail ketawa.
"Tak payah tempurung sangatlah Mikha.Kak Zara sekeh kepala kau."
Mikhail ketawa besar. "Ooo.....dah tidur eh? Mesti mimpikan Cikgu Irfan."
"Kurang asam punya adik....." Ketawa Zara juga kedengaran. Denyut di kepalanya tadi sudah tidak terasa.
"Siapa yang minat Cikgu Fifi angkat tangan." Zara masih tidak mahu kalah.
"Dia lelaki macam Mikha, kak. Ingat gay ke apa?"
Ketawa Zara masih tidak padam.
"Kenapa tiba-tiba called?"
"Err.... Kakak Mikha cakap nak mintak maaf kat Kak Zara, kalau dia ada buat silap kat Kak Zara. Dia cakap Kak Zara kecil hati dengan dia. Dia nak cakap sendiri kat Kak Zara tapi migrain dia serang lagi."
Kening Zara terangkat seraya tersenyum. So, dia dan Sara sama-sama migrain? Haha. Chemistry terlalu kuat.
"Kak Zara okey?"
"Okey." Ceria suaranya menjawab.
"Betul ni?" Tanya Mikhail lagi, kurang yakin
"Betul."
"Kak Zara......" Dia berhenti sejenak.
"Apa dia?"
"Akak migrainkan? Baik tidur sana. Jangan lupa makan ubat tau."
Kening Zara terangkat lagi. Macam mana budak ni tahu padahal dia tak sentuh pun pasal tu dari tadi.
"Kak Zara?" Panggil Mikhail lagi.
"Apa dia? Tadi suruh akak berehat kan. So, bila nak hang up called ?" Zara memejamkan matanya. Matanya sudah layu. Tunggu masa nak terlelap lagi. Hatinya sudah tenang sebab Sara salah faham terhadap dirinya. Sara ingatkan dirinya yang bersalah tapi mulut Zara ni celopar sangat. Nanti jumpa bolehlah minta maaf.
"Kak Zara lupa nak tanya satu benda lagi kat Mikha."
"Apa?" Otaknya ligat berfikir. Matanya sudah menengadah siling.
"Taknak tanya Cikgu Irfan sihat ke tidak?" Di hujung talian, bibir Mikhail sudah berbunga sengih mengusik meski nadanya innocent habis.
"Mikhail!" Jerit Zara kuat.
Mikhail sudah terkekeh ketawa. Zara menjulingkan matanya keatas. Bibirnya diketap.
"You ni tak belajar ke? Dah pandai sangat?" Soal Zara memandang jam sudah menganjak angka dua belas. Dia sudah benar-benar mengantuk.
"Dah. Lepas ni sambung lagi. Nak belajar pun macam bingung sebab nota lupa bawah meja." Mikhail mengeluh.
"Nak stay up ke?"
"Ye."
"Dah tu belajarlah lagi. Kak Zara nak beradu dengan prince charming kakak." Matanya masih terpejam tetapi masih berborak di talian.
"Tak sama lah, Kak Zara." Mikhail senyum tawar.
Mata Zara membulat. Tak sama?
"Huh?"
"Nota tu penting kak, selalunya Mikha belajar dengan nota tu."
Zara tepuk dahi. Pulak dah.
"Tak apalah, Kak Zara berehat dulu. Selamat malam." Mikhail menghela nafas panjang.
Mata Zara bersinar. Mikhail sudah minta diri. Maksudnya dia boleh tidur? Oh yeah!
"Okey. Thanks. Goodnight too." Talian diputuskan sebelum salam berjawab. Iphone miliknya diletakkan di tepi bantal. Gebar ditarik sehingga menutupi seluruh anggota badannya. Dan....
Tidur!
Do vote & drop some comment.
Lof of love: AJ.
YOU ARE READING
Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?
Romance"Eh.....Arjuna. Daddy belum jemput Juna ke? Ummi dah nak balik ni." Jam ditangan dikerling sekilas dan jarum kecil jam menunjukkan angka dua. Sepatutnya pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Emerald Justin sudah balik jam satu setengah petang tadi. Hai...