"Baiklah pelajar. Masa sudah pun tamat. Sila letakkan pen anda ke bawah. Pengawas peperiksaan akan mula mengutip kertas jawapan awak semua." Kata Ketua Pengawas peperiksaan itu menggunakan alat pembesar suara.
Pengawas peperiksaan sudah pun mula mengutip kertas jawapan pelajar. Setelah mengutip kertas jawapan pelajar, salah seorang pengawas peperiksaan mengira kertas jawapan bagi memastikan semua pelajar telah menghantar kertas jawapan.
"Okey. Awak semua boleh kemaskan alat tulis dan boleh keluar dewan sekarang. Apa-apa pun saya ucapkan tahniah kerana telah habis menjawab semua kertas peperiksaan." sambung Ketua Pengawas Peperiksaan itu.
"Terima kasih, cikgu!" Semua pelajar di dalam dewan mengucapkan ucapan terima kasih kepada pengawas peperiksaan. Mereka sudah berdiri. Kerusi dimasukkan kebawah meja.
Mereka semua mengangguk sambil tersenyum.
.....
Pelajar-pelajar tingkatan lima sekolah itu mula beransur-ansur keluar dewan. Mereka menjadi sungguh tidak terkawal kerana baru sahaja tamat menjawab Sijil Peperiksaan Malaysia. Ada yang meraung-raung, terlompat-lompat, berpelukan dan sebagainya.
"Wei semua. Sebelum balik apa kata kita ambil gambar kelas dulu?" Kata Fikri kepada semua pelajar tingkatan lima sains 1. Dia sudah mengeluarkan kamera nikonnya. Rafiq juga membawa kamera.
"Eh okey jugak tu." Balas Haikal sambil menutup beg sekolahnya.
"Jomlah. Kita ambil gambar sekelas kat mural tepi bangunan Tun Hossein Onn tu. Yang lelaki tolong ambil kerusi. Susun kat belakang. Nanti perempuan kat bawah, kau orang atas kerusi." Arah Syamimmi kepada semua rakan lelaki sekelasnya. Mereka akur.
Pelajar kelas lima sains 1 segera bergerak ke tempat yang dimaksudkan.
"Okey. Kau orang semua beratur dulu. Aku nak setkan timer kamera aku dulu." Kata Rafiq leka memegang kamera Nikonnya.
"Zara. Kau berdiri bawah aku ni. Aku dah kosongkan." Bisik Haikal ke telinga Zara. Zara tersentak lalu mengikut permintaan Haikal. Diliriknya Haikal sedang tersenyum kepada Zara.
"Okey set, one two.... eh wait! Where's my place? Jo aku nak berdiri tepi Haikal. Ko tolong tepi sikit ek." Kata Fikri mengarahkan Jovian. Tangan juga diisyaratkan supaya ke tepi sikit.
"Ala.....engkau ni Fik. Aku dah senyum tadi." Rungut Azizah kepada Fikri. Matanya menjeling Fikri tanda tidak puas hati.
"Engkau ni Zizah. Nasib baik aku nak tolong setkan kamera ni. Nak harapkan engkau? News feed Instagram aku tu bersepah je selfie kau sorang." Bebel Fikri sambil merenung muka kawannya itu. Membalas jelingan Azizah.
"Dahlah. Kita datang sini nak ambil gambar kenangan. Bukan nak dengar kau berdua bergaduh. Kang aku kahwinkan kau berdua nanti." Kata Qaseh sambil cuba meleraikan pertelingkahan rakannya itu.
"Okey. Satu dua tiga......" kata Fikri lalu berlari ke tepi Haikal.
Setelah mengambil berpuluh puluh gambar, mereka pun meminta diri.
"Gonna miss my friends." Kata Sara sedih yang sudah menglirkan air matanya sambil memeluk gengnya, Izara, Qaseh dan Qhaleesha.
"Dont forget about me." Jerit Jo kepada rakan sekelasnya lalu memboloskan diri ke dalam kereta. Tangannya dilambaikan.
"Apalah Jo tu." Qaseh membebel. Skrin Iphonenya ditekan kamera lantas mengambil selfie dirinya. Qhaleesha hanya menggeleng kepala.
"Taknak peluk along dan angah ke?" Tanya Alvian kepada adik-adinya. Ashraf sudah ketawa.
"Zara! Kau tengoklah abang kau ni gatal!" Jerit Sara sambil mencubit perut Alvian. Kini, Zara pula yang ketawa.
"Ouch.....Ganasnya adik abang ni. Kalau bakal mak mentua tengok. Maunya kena tolak awal-awal." Gurau Alvian yang giat menyakat Miasara. Tangannya mengusap perutnya yang sakit dicubit.
Mereka semua tergelak disitu.
"Abang Daiyan, Kal tumpang boleh? Abang ada hal sikit dengan pengetua. Dia balik lewat."
"Haa.....baiklah jom." Kata Daiyan sebelum meminta diri lalu berjalan ke arah kereta Volkswagen Sciroceo kelabunya.
Setelah mereka beredar. Qhaleesha segera bertanya.
"Bang Raf. Kal tu adik Cikgu Haizad ke? Patutlah turun sekolah sama, muka seiras macam actor korea yang Qhal minat tu. Lee Dong Wook tu. Alahai comelnya." Kata Qhaleesha sambil membelitkan tali begnya. Gaya memang gedik habis. Zara sudah ketap bibir.
"Aah...... Ni puji lebih-lebih ni kenapa? Dah jatuh hati ke? Abang ke adik dia?" Gurau Alvian. Suka dia tengok muka Qhal yang putih kemerah-merahan itu menahan malu.
Alvian ketawa.
Hati Izara membara.
"Dahlah! Angah macam mana malam ni? Minggu lepas cakap nak belanja kitorang tengok wayang pastu makan-makan.m." Jerit Izara kerana geram. Dia tidak tahu kenapa. Ashraf mengangkat kening. Tiba-tiba saja nak marah.
"Jadi. Malam ni lepas maghrib angah jemput kau semua. Jangan lewat,faham?" Kata Ashraf kepada teman Zar.
Kaki sudah melangkah kearah kereta. Badannya penat.
Do vote& drop some comment.
Lots of love: AJ.
YOU ARE READING
Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?
Romance"Eh.....Arjuna. Daddy belum jemput Juna ke? Ummi dah nak balik ni." Jam ditangan dikerling sekilas dan jarum kecil jam menunjukkan angka dua. Sepatutnya pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Emerald Justin sudah balik jam satu setengah petang tadi. Hai...